Novel : Antara mahligai ego dan cinta 5
Sudah dua hari Mak Munah dimasukkan ke wad. Keadaaanya masih sama.
Dia masih tidak sedarkan diri. Larra menggengam erat tangan Mak Munah.
Pintu bilik itu dikuak dari luar membuatkan Larra segera menoleh.
“Puan
Zahnita” ujarnya apabila melihat majikannya itu datang. Pantas tangan
dihulur untuk bersalam. Wanita itu tersenyum. Larra bangun sebagai tanda
memberi laluan untuk wanita itu untuk duduk pula.
“Mak Munah
macam mana? Ada apa-apa respons?” soal wanita itu. Larra mengeluh
sebelum menggeleng. Sempat tangannya membetulkan selimut Mak Munah.
“Macam tu jugalah Puan. Doktor pun cakap dia….dah tak ada harapan” ujar Larra.
Puan Zahnita mengeluh perlahan sebelum pandangannya dialihkan memandang
Adlea di sisinya. Dia
sebenarnya, berasa kasihan terhadap gadis itu.
Pagi-pagi dia terpaksa menyiapkan tugas rumah. Selesai memasak terpaksa
pula gadis itu bergegas ke hospital menjaga Mak Munah.
“bawa
bersabar Lea. Erm, tak apalah. Malam ni biar saya yang jaga Mak Munah.
Lea baliklah rumah. Berehat” ujar Puan Zahnita. Jelas serba salah wajah
gadis tiu.
“tapi puan…” kata-katanya pantas dipotong.
“tak
ada tapi-tapi. Saya yang ikhlas nak jaga Mak Munah malam ni. Awak dah
beberapa malam dah berjaga dekat hospital. Mata tu tengok. Dah macam
burung hantu dah. So, malam ni awak baliklah. Tidur awal. Biar saya yang
jaga Mak Munah ya” ujar Puan Zahnita bersungguh-sungguh. Larra menarik
nafas panjang sambil mengangguk perlahan. Rambutnya yang panjang dikuak
ke belakang.
“terima kasih puan. Saya balik dulu” ujar Larra
sambil bersalam. Sesungguhnya badannya sememangnya terasa sakit-sakit
semenjak beberapa hari yang lalu kerana tidak dapat posisi tidur yang
betul. Mujur malam itu Puan Zahnita menawarkan dirinya pula untuk
menjaga Mak Munah.
****
“Kau ada dengar cerita pasal Elle?”
soal Joe memulakan bicara. Berkerut dahi Aqiem mendengar. Tengku
Dzafril Haidhar mengambil keputusan untuk sekadar mendengar dan melayani
perasaannya sendiri sahaja. Malas mahu turut serta dengan cerita yang
tidak tahu akar pucuknya. Elle? Entah perempuan mana entah.
“Ada. Aku dengar dia dah balik Malaysia semula kan?” balas Ayie. Kelihatan Joe mengangguk-angguk.
‘Mana kau dapat tahu dia dah balik sini?” soal Fahim pula sambil menoleh ke arah Joe.
“member aku punya member punya member jumpa dia kat airport lebih
kurang 3 minggu lepas” ujar Joe. Aqiem mengangkat keningnya seraya
tergelak kecil.
“Fuh! gila lah. Member punya member pun still
ingat pasal dia. Betul-betul diva dia ni” ujar Ayie sambil tubuhnya di
sandarkan ke sofa. Satu kepulan asap dihembuskan ke udara.
“iyelah. Lepas apa yang berlaku dulu tu, kan dia terus hilangkan diri.
Dengar cerita tinggal dekat luar negara. Terus hilang khabar berita,
tiba-tiba sekarang muncul semula” ujar Fahim pula.
“Wait! Wait!
Who is Elle?” soal Aqiem. Soalan Aqiem membuatkan Fahim dan Joe serentak
tergelak serentak memandang Aqiem yang jelas kelihatan penuh tanda
tanya. Ayie membongkokkan tubuhnya duduk merenung Aqiem.
“Kau tak
tahu ke Aqiem? Biar betul? Ke saja pura-pura tak tahu?” soal Joe. Aqiem
menjongketkan bahunya sebelum menggelengkan kepalanya.
“serious kau tak tahu. Kau kan duduk Ampang, Takkanlah tak tahu” ujar Fahim pula.
“Kau orang ni pun, aku namanya je duduk Ampang tapi mana kenal sangat budak-budak dekat Ampang ni” ujar Aqiem.
“Oh lupa. Budak sekolah asrama” perli Ayie sambil tergelak.
“Haish Yie. Bunyi macam nak makan kaki aku je” balas Aqiem sambil mengangkat tinggi kakinya. Tergelak Joe dan Fahim mendengar.
“wo. Wo.. Relax brother. Aku gurau je” ujar Ayie sambil memandng ke arah Aqiem.
“Dah-dah. Elle tu diva dekat Victoria Hill highschool” ujar Joe. Bulat
mata Tengku Dzafril Haidar mendengar nama sekolah itu disebut.
“eh! Aku tahu sekolah tu. Sekolah tu bukan sekolah anak-anak orang kaya
je ke? Swasta kan?” soal Tengku Dzafril Haidhar yang mula menyampuk
setelah mendiamkan diri sedari tadi. Dia tahu tentang sekolah itu kerana
dia pernah di tawarkan untuk masuk ke sekolah itu oleh bapanya selepas
bapanya beriya-iya untuk mengeluarkannya dari sekolah terdahulu.
Tambahan pula, ada rakannya yang koma akibat kemalangan turut bersekolah
di situ.
Fahim menoleh.
“A’ah. Adik aku sekolah sana.
Budak-budak dari golongan elit je boleh masuk sekolah tu” ujar Fahim
bersahaja. Tengku Dzafril Haidhar menyandarkan badannya ke sofa.
“So kenapa dengan budak Elle tu. Bunyi macam popular sangat je” ujar
Tengku Dzafril Haidhar mula berminat untuk turut serta dalam perbualan
antara rakan-rakannya. Botol arak di hadapannya dituang ke dalam
gelasnya.
“Memang! Memang dia popular pun dulu. Elle, ketua gang
HotVicious. Terkenal kot. Cantik gila” ujar Ayie. Aqiem mengangkat
keningnya kurang percaya dengan kenyataan yang diberikan.
“HotVicious? Tu menatang apa pulak tu?” soal Aqiem sebelum meneguk air syaitan di gelasnya.
“HotVicious tu nama gang dia orang. Terdiri daripada 6 orang perempuan
paling cantik, kaya dan paling berpengaruh la senang cerita dekat
sekolah tu” ujar Joe. Aqiem mengangguk-angguk tanda faham.
“Banyak kot gang gedik macam tu dekat KL ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Sambil mencapai gelas arak di atas meja.
“Kau tak tengok lagi dia orang, Zaf” ujar Ayie sambil memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar.
“Memangla Zaf, tapi tak historic macam apa yang berlaku dekat ketua
gang HotVicious ni” balas Fahim. Sempat Tengku Dzafril Haidhar menoleh
memandang Fahim.
“Apa yang historic?” soal Aqiem teruja. Keningnya diangkat tinggi memandang ke arah Fahim.
“Dia orang tu semua kaki buli. Kalau buli tu bukan setakat biasa-biasa
tapi boleh sampai bawak budak tu… Out terus dari sekolah tu tau” ujar
Joe. Jari telunjuk dijentik di udara. Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan
kening. Apsal aku macam pernah dengar pasal cerita ni, bisiknya di
dalam hati.
“Ada ea group macam tu. So apa yang historic. Kau tak
jawab lagi soalan aku Yie” soal Aqiem lagi sambil melepaskan kepulan
asap rokoknya.
“Aha okay-okay, yang historicnya, untuk
pengetahuan kau orang, lepas satu kejadian hitam, Elle sendiri keluar
dari sekolah tu. Tahu sebab apa?” soal Ayie. Tengku Dzafril Haidhar
menggeleng. Sedikit berminat untuk mengetahui cerita selanjutnya
“Tahu, sebab dah sebabkan mangsa buli hampir bunuh diri sampai koma”
sahut Fahim selamba. Tengku Dzafril Haidhar mula berasa ada
kesinambungan dengan cerita yang di dengarnya sebelum ini. Namun dia
tidak mahu mencelah. Dia masih mahu mendengar cerita selanjutnya dari
mulut rakan-rakannya.
“Kau ni Yim baru aku nak cerita kau dah cerita dulu” marah Ayie. Tergelak Fahim mendengar.
“Haa okay-okay. Kau cerita lah pasal awek kau ni. Cerita-cerita” ujar Fahim.
“Aku pernah tengok dia masa tengah dekat kelab ni. Dia tu tak silap,
muda dari kita setahun” ujar Ayie. Fahim terdiam sejenak sambil matanya
memandang tepat ke arah Ayie. Duduknya dibetulkan, lebih fokus untuk
mendengar cerita.
“kau pernah jumpa dia. Apsal kau tak pernah cerita pun” ujar Joe.
“Dah kau orang tak pernah tanya” balas Ayie sambil tersengih. Rasa
sedikit bangga barangkali dengan tumpuan yang diberikan oleh
rakan-rakannya terhadapnya.
“Eh betul ke cantik?” soal Aqiem pula. Ayie mengangguk-angguk sambil mengunjukkan ibu jarinya ke atas.
“cerita lah camne kau boleh jumpa” ujar Tengku Dzafril Haidhar tidak sabar. Ayie tersenyum sambil menarik nafas panjang.
“masa tu…….” ujar Ayie cuba mengimbau kembali kenangan masa lampau dia di kelab itu.
—————————————–
“Yie, kau tengok perempuan-perempuan yang dekat hujung sana tu”
beritahu rakannya Izzat. Dia menoleh ke arah yang ditunjukkan dan kini
dia melihat sekumpulan gadis-gadis muda sedang berdiri dan berbual
rancak seolah-olah meraikan sesuatu.
“Nampak, kenapa?” soalnya kembali sambil menoleh memandang sahabatnya.
“Okay, sekarang kau fokus dekat yang tengah-tengah tu. Cun tak?” soal
rakannya lagi. Ayie memandang hairan ke arah sahabatnya itu.
“Yang mana?’ soalnya kembali.
“Kau ni rabun ke apa? Yang pakai dress hitam, rambut panjang tu lah”
marah Izzat. Ayie kembali menoleh ke arah yang ditunjukkan. “amacam?”
soal rakannya lagi tidak sabar.
“Tak nampak pun muka” ujar Ayie
lagi sambil duduk bersandar. Yang sebenarnya dia malas untuk melihat
gadis yang ditunjukkan oleh rakannya itu. Entah siapa-siapa je yang dia
suruh aku tengok. Dahlah perempuan tu membelakangkan aku. Penat la nak
tengok, ngomelnya di dalam hati.
“Kau ni, kata nak tengok sangat
siapa budak-budak HotVicious yang kita orang dok cerita tu. Aku nak
tunjuk kau tak nak pulak tengok” marah Izzat membuatkan Ayie terkejut.
Bulat matanya memandang Izzat di sebelahnya.
“Hah HotVicious.
Budak Elle tu eh?” soalnya kembali jelas teruja. Izzat mengangguk.
Serentak dia kembali menoleh ke arah sekumpulan gadis-gadis muda itu
dengan perasan yang berkobar-kobar. Izzat ni. Cakap la awal-awal tu
kumpulan HotVicious. Baru lah aku minat nak tengok.
Nasibnya baik kerana kini gadis bergaun hitam itu telah pun pusing menampakkan wajahnya.
“Wow” hanya sebaris kata itu yang mampu di luahkannya. Tergamam melihat gadis bernama Elle itu. Sememangnya cantik.
“Eh kau, dah bagi tengok, kau tengok macam nak telan ek. Tengok je
boleh. Nak dekat jangan haraplah” ujar Izzat membuatkan Ayie menoleh ke
arah rakannya itu.
“Apasal pulak”
“indah rupa dari khabar.
Dia orang semua anti lelaki la Yie” beritahu Izzat. Ayie mengerutkan
keningnya sambil sekali lagi matanya tak lepas memandang sorak dan tawa
dari kumpulan gadis itu.
“Apasal ea?” soal Ayie. Izzat mengangkat bahu.
“Yang aku tahu, dia orang punye moto, “don’t trust boy. Boy is suck’
lebih kurang macam tu la. So dengan kata lain, dia orang tu single tapi
not available” ujar Izzat bersungguh-sungguh.
“Biar betul la seh.
Entah-entah dia orang tu. lessssss…” belum sempat Ayie menghabiskan
ayatnya kedengaran kekecohan berlaku di hujung sana. Segera mereka
berdua menoleh untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Sorry cik,
saya tak sengaja” ujar seorang gadis berbaju merah memohon maaf pada
gadis yang bernama Elle itu. Kini susuk tubuh dan wajah ketua kumpulan
HotVicious itu lebih jelas apabila orang ramai mula beransur-ansur ke
tepi.
Pang!
Ayie tergamam melihat dalam sekelip mata
sahaja gadis berbaju merah telah jatuh di lantai sambil tangannya
menekap mukanya. Masih perit ditampar barangkali.
“Lain kali,
kalau nak menari tu, toleh la kiri kanan! Jangan nak main langgar je.
Geli la aku tengok muka kau!” ujar Elle lagi sebelum mencapai gelas
berisi arak di tangan salah seorang rakan-rakannya sebelum pantas
mencurahkan ke atas gadis berbaju merah itu sehingga basah wanita itu
akhirnya.
Melihat keadaan wanita itu yang dalam kebasahan, kesemua ahli HotVicious ketawa mengejek wanita itu sebelum meninggalkan kelab.
“what the….”
———————————
“apasal
kau tak tolong awek baju merah tu? Kesian doh kena macam tu. Tak masal
nak simbah orang” marah Aqiem. Joe turut mengangguk-anggukkan kepalanya
sebagai isyarat bersetuju dengan kata-kata Aqiem.
“Jahat doh, perempuan macam tu” ujar Fahim pula
“sesuka hati nak lempang orang. Tak belajar sivik apa” ujar Tengku Dzafril Haidhar.
“Aku tak buat cerita. Memang tu realiti yang aku nampak masa aku jumpa dia dulu. Perangai dia orang memang teruk” ujar Ayie.
“muka cantik tapi sayang, perangai tak cantik” ujar Joe.
“kalau aku jumpa perempuan ni, memang aku kena kan cukup-cukup. Perangai macam sial” ujar Tengku Dzafril Haidhar.
“Okay bet. Kalau kau jumpa perempuan ni, aku nak kau kotakan apa yang
kau cakap tu. Tengok. Bila dah jumpa kau boleh buat ke tak” ujar Fahim
sambil jarinya menunjuk ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sudahpun
bersandar di sofa hitam itu.
“apa yang tak bolehnya. Aku boleh
kenakan dia cukup-cukup. Cuma masalahnya sekarang aku tak tahu nak jumpa
dia dekat mana” ujarn Tengku Dzafril Haidhar kembali.
“eleh. Alasan la Zaf. Kau tu pantang tengok perempuan cantik. Mana kau boleh tahan dengan perempuan macam Elle tu” perli Joe.
“kau ingat aku ni gila perempuan sangat ke Joe” balas Tengku Dzafril Haidhar.
“Tapi. Tapi.. Tapi.. Tapi dari yang aku dengar, budak Elle tu kalau ada
masalah, dia akan datang lepak tenangkan diri dekat KL Tower. Kau
trylah Zaf pergi situ. Kot-kot jumpa ke” saran Ayie.
“pehal gagap pulak dia ni” ngomel Fahim perlahan namun masih mampu didengari oleh Tengku Dzafril Haidhar.
“gila! Dia buat lagi ke sekarang. Tu zaman bila punya cerita tu” ujar
Joe. Sempat matanya melirik ke arah Aqiem yang sudahpun terlena di
tempatnya. Sudah mabuk barangkali.
“tak adalah. Aku bagi tips je dekat budak Zaf ni. Kata nak jumpa” ujar Ayie.
“fuh! Ni agak-agak kalau aku ayat dia, dia nak tak?” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Segera Joe menoleh ke arah lelaki itu.
“haa, tadi kau cakap nak kenakan dia cukup-cukup. Sekarang nak ayat pula. Mana satu ni Zaf? ” soal Joe sambil tersengih.
“aku nak main-mainkan dia lah ni Joe” ujar Tengku Dzafril Haidhar dengan nada sedikit tinggi.
“Kau lupakan je la niat kau nak mainkan dia Zaf. Dia tu hati batu
punya. Dah banyak laki usha dia, dia tak layan” ujar Fahim pula.
“Eh belum cuba belum tahu” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Belum pernah
lagi dia gagal dalam memikat perempuan. Tiada perempuan yang tidak
tunduk dan cair melihatnya.
“Agh kau dah ada tunang. Jangan sibuk
lagi dengan Elle. Elle bagi dekat aku yang still belum berpunya ni.”
gurau Joe. Mencebik bibir Tengku Dzafril Haidhar mendengar kata-kata
Joe.
“masalahnya Elle tu nak ke dekat kau Joe?” ujar Fahim sambil tergelak.
“Apa? Tak cukup handsome ke aku?” soalnya sambil memegang mukanya.
Tengku Dzafril Haidhar tergelak kecil melihat reaksi wajah rakannya itu.
Sememangnya Joe bukanlah dalam kategori yang kacak, namun begitu, wajah
lelaki itu bukanlah hodoh. Sekadar sedap mata memandang.
“Takpe
Joe. Aku back up kau la. Biasa kalau perempuan cantik ni memang dapat
lelaki tak handsome” ujar Ayie. Terkulat-kulat Joe memandang ke arah
Ayie.
“Ai Yie. Kau kang yang makan kaki aku nanti” ujarnya sambil
tergelak mengulangi kata-kata Aqiem pada Ayie sebentar tadi. Mereka
serentak ketawa berdeka-dekah.
“tapi apa cerita ek dekat
gang-gang dia yang lain tu sekarang. Yang aku cuma tahu, adik aku cakap.
Lepas Elle, keluar dari sekolah tu. Gang tu terus hilang taring. Senang
cerita dia orang dah tak buli-buli lagi dah” ujar Fahim.
“yela, mastermind dia tak ada” ujar Tengku Dzafril Haidhar.
“Aku dengar, ahli dia orang yang nama Diana tu dah kahwin la sekarang” ujar Ayie.
“eh kahwin juga. Bukan moto dia orang, ape kebendanya tadi. Don’t trust
boy” ujar Tengku Dzafril Haidhar dengan kerutan di keningnya.
“gila! Tu masa zaman sekolah dia je la. Takkanlah tak nak kahwin sampai ke tua. Rugi lelaki. Dahlah semua cun” ujar Fahim.
“Kalau aku dapat lah salah seorang dari dia orang tu alangkah
bertuahnya. Tak payah Elle la. Yang tu susah sangat nak dapat. Ahli gang
dia yang lain-lain tu. Boleh tahan apa” ujar Joe pula.
“tapi Elle tu dah kahwin ke belum?” soal Ayie.
“tak tahu pula aku. Dah lah kot. Duduk luar negara lama sangat. Kahwin dengan mat salleh agaknya” ujar Joe.
“Erm, aku ada benda nak tanya dekat kau orang ni” ujar Tengku Dzafril
Haidhar tiba-tiba membuatkan masing-masing rakannya terpinga-pinga
memandangnya.
“tanya apa? Macam serius sangat je bunyi dia Zaf” soal Fahim. Tengku Dzafril Haidhar tergelak kecil mendengar soalah Fahim.
“yang koma tu, lelaki ke?” soalnya. Fahim mengangguk.
“A’ah. Lelaki. budak tu suka Elle tak silap aku. Tapi Elle buli dan
mainkan perasaan dia sampai dia hilang kawalan and try bunuh diri.
Kenapa kau tanya?” soal Fahim.
Kini yakinlah Tengku Dzafril
Haidhar. Elle adalah nama perempuan yang pernah memainkan perasaan
sahabatnya, Syazril sehingga menyebabkan rakannya tertekan lalu mencuba
untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan sekolah mereka.
Dia pernah tekad untuk membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada
rakannya itu. Masih jelas keadaan rakannya di layar matanya. Terbaring
di atas katil, berbulan-bulan lamanya. Dia yakin gadis itulah yang
dicarinya selama ini. Elle. Nama itu di simpan kemas dalam kotak
ingatannya.
“Apasal kau tanya doh? Muka serius sangat” soal Joe pula membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tersedar.
“tak ada apa-apalah. Aku tanya je” ujarnya sambil tersenyum. Lantas arak di tangannya diteguk rakus.
*****
Larra
termenung sendirian di dalam bilik itu. Otaknya masih ligat memikirkan
tentang Mak Munah. Teringat kembali kata-kata doktor padanya siang tadi.
Mujur bukan Faris yang perlu ditemuinya.
“Sel-sel kanser pada
paru-paru Puan Maimunah telah meliputi hampir 70 persen dari
paru-parunya” ujar doktor tersebut. Larra mengangguk-angguk seolah-olah
faham. Tumpuannya diberikan seratus peratus ke atas apa yang diberitahu
oleh doktor itu.
“Jadi, apa punca yang menyebabkan kanser tu,
doktor?” soalnya kembali. Doktor itu menarik nafas panjang sebelum
meletakkan pen yang dipegangnya di atas kertas-kertas di atas mejanya.
“Baiklah,
seperti kita tahu, setiap organ dalam tubuh manusia termasuklah
paru-paru mengandungi sel-sel yang khusus untuk menjalankan fungsi
masing-masing. Untuk organ tersebut berfungsi dengan baik, sel-sel yang
telah rosak atau mati perlu diganti dengan sel-sel yang baru. Ada tindak
balas dalaman dalam tubuh badan manusia yang akan mengawal sel-sel yang
pecah ni dari terus membiak. Maksudnya, tak ada sel berlebihan lah”
Larra mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.
“baiklah, tapi karsinogen merupakan agen luaran yang menyebabkan pembentukan kanser.” sambung doktor itu. Berkerut dahi Larra.
“jadi
salah satu penyebab kanser adalah karsinogen ni?” soal Larra kembali.
Pegh! Aku ni dah macam belajar Biologi pula. Dilihatnya doktor itu
mengangguk sambil tersenyum
“Ya, cik Adlea. Karsinogen ni amat
berbahaya kerana ia akan masuk ke dalam sel badan kita, dan menyebabkan
sel tu menjadi abnormal sampai proses pertumbuhannya menjadi terganggu”
“So
kesannya, sel-sel tadi yang sepatutnya berhenti membiak, jadi tak
berhenti membiak dan terus berpecah, membiak dengan lebih banyak lah
maksudnya. Jadi, jisim sel yang berlebihan inilah yang kita panggil
sebagai ketumbuhan” jelas doktor itu panjang lebar. Larra menelan air
liurnya. Baru kini dia faham.
Dummm!!
Satu bunyi kuat
menerpa gegendang telinganya. Beristighfar dia berulangkali menahan rasa
terkejutnya. Hampir saja luruh jantungnya mendengar bunyi itu. Hilang
terbang lamunannya tentang doktor itu. Yang hanya kini perasaan
bimbangnya. Ish! Bunyi apa pula tu. Dahlah aku seorang-seorang je dekat
rumah ni.
Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya dan berjalan
perlahan menuju ke ruang tamu. Dia menangkap bayang seseorang sedang
terhuyung hayang dalam kegelapan malam. Ruang itu memang sengaja
digelapkan ketika dia hendak masuk ke bilik tadi. Cepat-cepat dia
bersembunyi di sebalik dinding.
Eh? Siapa pula yang mabuk ni. Takkan Tuan Hakimi kot. Bisiknya di dalam hati. Dia mengamati susuk tubuh lelaki itu.
“Zaf”
sepatah nama itu muncul di bibirnya. Mengucap panjang dia melihat
lelaki itu dalam keadaan mabuk kini menuju ke arah tangga. Tidak lama
kemudian lelaki itu hilang dari pandangannya.
Setelah lama berdiam
diri dan akhirnya dia yakin bahawa lelaki itu kini sudahpun masuk ke
biliknya, perlahan-lahan dia memberanikan diri untuk keluar di sebalik
persembunyiannya menuju ke arah pintu yang masih belum di tutup oleh Zaf
sebentar tadi.
Balik dahlah mabuk. Lepas tu pintu pun tak reti
tutup. Menyusahkan orang betullah! Marahnya di dalam hati sambil
tangannya pantas menutup rapat pintu itu dan menguncinya kembali.
“Eh
kau! Diri situ!” arah satu suara garau membuatkan Larra yang baru
berpusing ingin menuju ke bilik kini terkejut. Rasa takut mula menjalar.
Suara siapa pula tu malam-malam ni. Langkahnya mula diatur laju.
“Kau
pekak ke?!!” tengking suara itu lagi. Setelah mengamati suara itu, kini
Larra yakini itu adalah suara milik Zaf. Dia menoleh ke arah tangga dan
benar tekaannya lelaki itu sedang duduk di salah satu anak tangga di
situ sambil merenungnya tajam.
Larra mula berasa tidak sedap hati.
Agh sudah, dahla aku berdua-duaan dengan dia dekat dalam rumah ni. Puan
Zahnita dekat hospital. Tuan Hakimi pergi Kelantan. Dibuatnya ada benda
lain yang berlaku tak ke naya aku, ngomelnya di dalam hati.
Pantas,
kakinya diatur laju ingin menuju ke biliknya. Berniat untuk tidak
mengendahkan arahan lelaki itu ke atas nya namun tubuh lelaki itu
terlebih dahulu menghalangnya.
“Kau nak pergi mana?” soal lelaki itu serius sambil memandangnya. Larra memalingkan wajahnya dari terus memandng lelaki itu.
“saya
nak masuk bilik. Nak tidur” ujarnya dingin. Kedengaran lelaki itu
tergelak kecil membuatkan Larra segera menoleh. Kau apahal ketawa? Aku
ada buat lawak ke?
“a..aku ada benda nak tanya kau” ujar lelaki
itu. Larra menjeling. Kelihatan lelaki itu sedikit serabai dengan
rambutnya yang kusut masai. Bau mulut lelaki itu yang kurang
menyenangkan menyebabkan dia terpaksa menapak ke belakang bagi menjauhi
lelaki itu. Rasa loya tekaknya dengan bau masam yang terbit dari lelaki
itu. Tak suka betullah aku bau arak ni!
“eleh! Macamlah kau tak
pernah sentuk arak” kedengaran satu suara ghaib mengejeknya beserta
dengan ketawa besar. Berkerut keningnya sedikit mengiyakan kata-kata
itu. Lantas, dia menoleh ke arah lelaki itu yang telah pun berdiri
sambil bersandar pada sofa.
“Apa? Cakap cepat!” soalnya endah tak
endah. Eh! Tergarang pula aku dekat dia ni. Tapi ah lantaklah! Aku
memang tak suka dia. Benci meluat semua ada dekat mamat perasan bagus
ni!
“apa pendapat kau tentang…….Hik! Hik!” kata-kata lelaki itu
sambil tersedu-sedu sebelum terdiam lama membuatkan Larra sedikit
tertunggu-tunggu dengan ayat yang seterusnya. Agh! Bukan sedikit
tertunggu-tunggu. Memang aku sangat tertunggu pun apa yang lelaki ni nak
cakap. Beberapa detik berlalu namun lelaki itu masih lagi berdiam.
Larra mendengus perlahan. Tidur ke apa dia ni?
“….. Kahwin paksa?”
akhirnya lelaki itu menghabiskan jua ayatnya. Berderau darah Larra
mendengar soalan itu. Apahal tanya aku pulak mamat ni. Takkan dia pun
ada masalah yang sama macam aku juga kot!
“erm.. Erm. Bagi saya
benda tu tak wajar sebab.. Sebab.. Semua orang ada hak dengan pilihan
mereka sendiri” tergagap-gagap dia ingin menjawab soalan itu. Hatinya
mula diasak pelbagai soalan tentang tujuan lelaki itu bertanyakan soalan
itu padanya. Tahukah lelaki itu, bahawa dia juga merupakan salah
seorang mangsa kahwin paksa. Okay, sampai aku terpaksa lari rumah.
Tengku
Dzafril Haidhar menoleh ke arah gadis itu sambil tersenyum. Dari cahaya
rembulan yang menerobos masuk melalui tingkap-tingkap di atas banglo
itu, membuatkan jelas kelihatan betapa mempesonanya wajah gadis itu.
Darah lelakinya mula bergelora. Pantas dia menutup matanya rapat-rapat
sebelum bangun menghampiri gadis itu.
“kahwin tu tak perlu zaman
sekarang. Yang penting…..” lelaki itu menghampirinya sambil berbisik di
telinganya. “duit” ujarnya. Larra mencebik. “Aku tak tahulah kenapa
bapak aku boleh tunangkan aku dengan perempuan tu” sambungnya lagi.
Larra mengerutkan dahinya.
“tunang?” soalnya kembali sedikit
hairan. Biar betul dia ni pun kena tunang paksa, soalnya sendiri. Berapa
banyak kes dekat KL ni kena macam aku kena? Dilihatnya lelaki itu
mengangguk.
“aku tak pernah terfikir pun nak kahwin. Tiba-tiba dia
boleh tunangkan aku dengan perempuan sial tu. Dia tak tau yang aku
benci perempuan, aku benci tunang aku, benci mak aku, benci….KAU” ujar
lelaki itu akhirnya. Larra mendengus perlahan. Eleh kau! Poyo betul. Kau
nak benci perempuan sangat, gay ke apa?
“saya tak peduli la pasal
hidup awak. Pasal awak kena kahwin ke, tunang ke, cerai ke, apa ke,
ingat saya peduli?” soalnya kerek. Lelaki itu menoleh memandangnya.
“And
thanks, untuk pengetahuan awak, saya laaaaagi benci dengan awak”
sambungnya lagi. Sengaja ditekannya perkataan lagi itu. Biar lelaki itu
tahu betapa bencinya terhadap lelaki itu. Fuh! Keluar pun apa yang aku
simpan selama ni. Sememangnya sepanjang dia tinggal di situ, dia memang
menyampah dengan perangai majikannya yang ini.
Dilihatnya lelaki
ketawa besar mendengar jawapannya sebelum berhenti mengelilinginya dan
berdiri di hadapannya. Rasa mual pula memandang wajah lelaki itu
lama-lama.
“baguslah tu, sama-sama benci. I hate you Elle” ujar
lelaki itu sebelum rebah ke arahnya. Larra tergammam sejenak mendengar
ayat terakhir lelaki itu. Namun lebih memeranjatkan baginya kini apabila
lelaki itu telah pun tidak sedarkan diri menyebabkan dia terpaksa
menahan lelaki itu dari terjatuh.
Otaknya masih memikirkan tentang
kata-kata lelaki itu. Dia pasti lelaki itu menyebut bahawa lelaki itu
bencikan, Elle. Siapa yang Elle yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Takkan
aku kot. Mana mungkin lelaki itu tahu tentang kisah silamnya atau
mungkin lelaki itu sememangnya tahu rahsia dirinya yang cuba ditutupi
selama ini. Perasaannya mula bertukar tidak enak.
“Zaf! Zaf!”
panggilnya berulang kali namun masih sepi. Panggilannya masih tidak
berjawab. Larra mengeluh keras sebelum tubuh lelaki itu dipapahnya
perlahan-lahan menaiki tangga.
“aku janji kalau aku jumpa kau Elle
aku akan kenakan kau cukup-cukup. Aku benci kau!!” ulang lelaki itu
lagi sambil tangannya cuba menggapai-gapai sesuatu.
Bau masam yang
menusuk hidungnya sekali sekala menyebabkan dia hampir sahja muntah di
situ. Namun di sedaya upaya menahannya. Ugh! Menyusahkan betul la kau
ni. Dahlah mabuk lepas tu aku pula kena papah badan kau yang berat ni
naik tangga. Busuk!
“eeeeii! Awak janganlah gerak ke sana sini.
Saya nak tolong papah pun susah tahu tak!” marah Larra apabila hampir
sahaja dia tergelincir ketika lelaki itu bergerak bertentangan arah
dengannya.
“Eh perempuan kampung! Kau kenal tak siapa Elle?” soal lelaki itu tiba-tiba. Larra mengerutkan dahinya. Apahal dengan mamat ni?
“aku tanya kau ni” ngomel lelaki itu lagi. Larra menggeleng-gelengkan kepalanya.
“perempuan
kampung macam kau, mestilah tak kenal kan siapa Elle tu. ”
terus-terusan Tengku Dzafril Haidhar merengek menyebut-nyebut tentang
gadis bernama Elle itu. Larrra menjeling. Tak payah nak tak kenal
sangatlah.
“Elle. Elle” rengek lelaki itu.
Larra kian jadi
tidak tenteram mendengar namanya diulang-ulang. Kenapa lelaki itu
menyebut nama itu. Tahukah lelaki itu betapa runsingnya dia kini
mendengar nama itu. Tombol pintu dicapainya sebelum pintu bilik lelaki
itu pantas dikuak sebelum tubuh lelaki itu dipapahnya masuk ke dalam
bilik.
“Elle” sekali lagi nama itu disebut. Larra benar-benar
geram dan kali ini dia menolak lelaki itu sekuat hati menyebabkan Zaf
terdorong ke hadapan dan tertonggeng di atas katilnya. Padan muka kau!
Melihat keadaan lelaki itu yang langsung tidak sedarkan diri,
cepat-cepat dia berlari keluar dari bilik itu.
Jantungnya masih
berdegup kencang. Rasa takut. “Kalau dia betul-betul tahu siapa aku,
habislah” ujarnya sambil memejam matanya erat. Namun beberapa detik
selepas itu dia melepaskan satu keluhan berat. Dia menarik nafas lagi.
“Now
relax Larra. Tak ada bukti pun, kalau dia nak cakap aku Elle. Sekarang
aku Adlea bukan Elle” tegas Larra. “Aku Adlea. Bukan Elle” ujarnya
berulang kali sambil berjalan menuju ke biliknya.
*****
Tengku Dzafril Haidhar masuk ke bilik mesyuarat itu. Dilihatnya semua staf-staf sudah menunggunya di situ.
“Maaf.
Saya terlambat sikit” ujarnya sambil duduk di kerusinya. Dilihatnya
semua staf-stafnya sudah berbisik sesama sendiri membuatkan dia jadi
tidak sedap hati.
“Encik Fauzi. Ada apa-apa yang tak kena?”
soalnya sambil memandang ke arah lelaki itu membuatkan lelaki itu
berhenti dari berbisik dengan Encik Halim yang duduk di sebelahnya.
“Tengku
dah lambat hampir satu jam” ujarnya tegas. Tengku Dzafril Haidhar
mengerling ke arah jam tangannya. Benar, mesyuarat sepatutnya bermula
dari jam 9 pagi tadi. Namun atas kelewatannya bangun pagi tadi, mereka
semua terpaksa menunggunya untuk sampai ke pejabat selama sejam. Itupun
setelah Aqiem, yang bertugas sebagai PA nya menelefonnya berpuluh kali
demi memastikan dia hadir ke pejabat hari ini.
“Maafkan saya
sekali lagi. Saya kurang sihat sebenarnya. Sebab tu saya datang lambat”
ujarnya. Memang benar. Pagi tadi ketika dia bangun, dia mula selsema.
Encik
Fauzi mengangguk tanda faham. Namun hati kecilnya berkata-kata.
Walaupun kau sakit, tak semestinya kau boleh datang pejabat sesuka hati.
Mentang-mentanglah syarikat ni bapa kau yang punya. Macam aku tak ada
kerja lain, desisnya di dalam hati.
“kalau Tengku tak sihat, eloklah berehat sahaja. Tunda meeting ke” ujar Puan Husna.
“no.
Its okay. Erm, sekali lagi maafkan saya semua” ujarnya seolah-olah
kesal dengan tindakannya datang lambat ke pejabat itu. Dilihatnya reaksi
semua staf-stafnya seolah-olah mulai bosan dengan perangainya. Ini
bukan kali pertama dia hadir lewat ke mesyuarat. Pernah juga dia
menyebabkan semua staf-stafnya tunggu berjam-jam lamanya di bilik
mesyuarat namun akhirnya dia membatalkan sahaja mesyuarat itu.
“Baiklah kalau tak ada apa-apa. Boleh mulakan pembentangan sekarang?” soalnya kembali.
******
Mak
Siah sekadar menggeleng kepalanya sahaja melihat gelagat Datin Marissa.
Dari pagi tadi, ada sahaja benda yang dibuatnya. Tidak duduk diam. Bila
disuruh berehat, dimarahinya pula. Lengan bajunya disingsing tinggi.
“tengok
apa tu Mak Siah?” soal suara di sisinya membuatkan dia yang sedang leka
memerhatikan gelagat Datin Marissa pantas menoleh. Nafisah sudahpun
berdiri di sebelahnya. Dia segera mengunjukkan ke arah Datin Marissa
dengan mulutnya.
“dari pagi tadi dia tak duduk diam. Habis satu
rumah ni dikemasnya” bisik Mak Siah. Nafisah mengangkat keningnya seraya
menoleh memandang ke arah Datin Marissa yang sedang mengeluarkan segala
jenis gelas dari dalam almari di sudut itu.
“iye ke? Tak pernah-pernah saya tengok dia rajin macam ni” ujar Nafisah pula.
“tu lah. Mak Siah tengok pun terkejut. Dia tak pernah macam ni” ujar Mak Siah pula. Satu keluhan berat dilepaskan.
“tak
payah pelik sangatlah tengok saya rajin hari ni. Dari awak berdua diri
situ ngumpat saya, baik awak ke sini. Tolong saya bersihkan habuk-habuk
dekat gelas ni” ujar Datin Marissa membuatkan Nafisah tersengih-sengih
malu. Sementara Mak Siah pula lekas-lekas bergerak menuju ke arah Datin
Marissa diekori oleh Nafisah di belakangnya.
“Datin nak saya
tolong apa? Lebih baik saya je yang lap semua gelas ni. Datin, pergilah
berehat” pujuk Mak Siah. Datin Marissa mendongak memandangnya.
“biar
lah saya nak buat kak. Biar saya kemas. Akak tolong saya pun cukuplah”
ujarnya ke arah Mak Siah membuatkan wanita itu terdiam.
Pandangannya
beralih ke arah Nafisah. “Bawakan kain lap bersih ke sini, Nafisah”
arahnya ke arah Nafisah yang sekadar berdiam diri sedari tadi. Gadis itu
mengangguk sambil berjalan masuk semula ke dapur. Mak Siah pula sudah
duduk bersila di sampingnya.
“sebenarnya, ada apa-apa majlis ke
nak buat Datin. Sibuk benar saya lihat Datin kemaskan rumah” ujar Mak
Siah ke arah Datin Marissa. Dilihatnya wanita itu tersenyum nipis.
“saya
bukan apa. Dah lama sangat tak rasa mengemas rumah sendiri. Selama ni
main serah dekat akak je bersihkan semua” ujarnya sebelum melepaskan
satu keluhan berat. Sempat Mak Siah menjeling ke arah majikannya itu.
Wajahnya kelihatan kusut. Seperti terkenangkan selalu.
“Datin teringatkan Cik Larra ya?” selanya membuatkan wanita itu pantas menoleh ke arahnya.
“Ini
kainnya Datin” ujar Nafisah sambil turut bersila di situ. Datin Marissa
mencapai satu gelas sambil dilapnya gelas itu bersih-bersih.
“saya
bukan apa kak. Saya buat semua kerja, sengaja sibukkan diri saya ni,
sebab tak nak fikir sangat pasal Larra. Saya masih tak boleh terima,
anak saya lari dari rumah” luahnya. Nafisah mengerling ke arah Datin
Marissa.
“Datin tak ada terima satu pun berita dari dia?” soalnya. Datin Marissa dilihatnya menggeleng. Wajahnya masih kelat.
“saya
memang berharap pun yang satu hari, anak saya tu balik semula ke rumah
ni, Nafisah” ujarnya perlahan. Namun tidak lama kemudian dia mengukir
senyum. Nafisah sekadar memandang. Eh! Apahal pula dia ni senyum
seorang-seorang. Entah-entah Datin ni dah tak betul agaknya.
“Mak
Siah ingat tak apa permainan kesukaan Larra masa kecil-kecil?”soalnya
sambil memandang ke arah Mak Munah. Baru kini Nafisah mengerti maksud di
sebalik senyuman itu. Wanita itu tersenyum gara-gara teringatkan kisah
silam.
“hem, ingat. Saya ingat lagi dia paling suka main buih
sabun” ujar Mak Siah turut tersenyum. Sememangnya dia adalah pengasuh
buat Larra sejak kecil.
Datin Marissa tergelak kecil.
“Kadang-kadang,
saya selalu terfikir. Jahat sangat ke saya dengan Dato’ ni paksa anak
sendiri berkahwin bukan dengan kehendak hati dia?” soal Datin Marissa.
Nafisah menggeleng.
“mungkin Cik Larra belum kenal agaknya dengan Tengku Dzafril Haidhar tu. Itu sebab dia tolak” ujar Nafisah.
“tapi
kalau lah mereka berdua tu bersatu. Saya suka, Datin. Sebabnya sama
padan. Yang Tengku tu kacak tinggi, cik Larra pula cantik, tinggi lampai
juga” sokong Mak Siah. Datin Marissa hanya tersenyum. Tidak dinafikan
calon bakal menantunya itu sememangnya mempunyai paras rupa yang kacak.
Pendek kata, mereka berdua memang sama padan.
“entahlah. Pemikiran
orang-orang muda sekarang, susah kita nak teka. Kita kata A, dia orang
kata B. Kita kata S dia orang kata U” ujar Datin Marissa. Mak Siah dan
Nafisah tergelak melihat muncung Datin Marissa itu.
“zaman
sekarang dah tak sama dengan masa kita dulu. Habis tu Datin, keluarga
Tan Sri tu dah tahu ke belum pasal Cik Larra hilang?” soal Nafisah.
Datin Marissa menggeleng-gelengkan kepalanya.
“saya dengan Dato’
memang nak beritahu pasal hal ni dekat keluarga mereka. Tapi sekarang
ni, Tan Sri tu tengah ada dekat Tokyo. Dengar-dengar buka hotel mereka
dekat sana. Jadi terpaksa tunggu sampai dia balik seminggu dua lagilah”
ujar Datin Marissa.
“kaya betul ya, Tan Sri Tengku Radzi tu. Hotel
dia tu, ada hampir dekat semua negara dekat Asia ni kan Datin?” soal
Mak Siah. Datin Marissa menganguk. Bulat mata Nafisah mendengar.
“Iye ke Mak Siah. Ingatkan dekat Malaysia je ada” ujar Nafisah.
“yang
dekat Malaysia ni. Syarikat induk dia je. Vermillion Hotel tu kan
memang hotel antarabangsa. 6 bintang. Dah banyak kali dah keluar dekat
TV pun” ujar Datin Marissa. Nafisah sekadar tersengih.
“Manalah
saya tahu, Datin. Saya tak tahu sangat pasal hal-hal dunia korporat ni”
ujar Nafisah. Datin Marissa tersenyum memandang Nafisah.
“Kamu tu
Fisah. Tak ada lagi ke calon lelaki nya. saya ni nak juga merasa makan
nasi minyak awak” ujar Datin Marissa sengaja mengusik Nafisah yang kini
sudahpun berusia 28 tahun.
“tak ada siapa yang berkenan dekat saya
Datin. Saya ni rupa tak ada, harta pun tak. Pandai pun tak. Manalah ada
orang nak dekat saya. Lain la kalau Cik Larra tu. Sekali petik, sepuluh
yang datang” ujar Nafisah. Teringat pula dia pada seraut wajah lembut
milik Larra.
“ada pula cakap macam tu. Awak tu cantik je saya tengok. Pandai memasak” ujar Datin Marissa.
“ermph,
Nafisah. Kalau pasal Cik Larra tu jangan cakaplah. Dia dari zaman
sekolah lagi memang ramai yang nakkan dia. Dia je yang tak hendak” ujar
Mak Siah sambil terkekek ketawa.
*****
Setelah selesai
menjemur pakaian, Larra mengemaskan semula pingan mangkuk kotor yang
berada di ats meja. Rasa sunyi pula rumah itu setelah pemergian Puan
Zahnita dan Tuan Hakimi ke tempat kerja masing-masing pagi tadi. Tuan
Zaf pula, jarang sekali nampak batang hidungnya turun bersarapan pagi
bersama-sama. Jadualnya masuk ke pejabat ikut suka hatinya. Dah pergi
pejabat juga agaknya. Larra membuat tekaan sendiri.
Dia mendongak
memandang ke tingkat atas, teringat pula peristiwa dia dibuli untuk
mengangkat pasu ke sana sini. Di situlah lelaki itu berdiri, bisiknya di
dalam hati.
Eh! Apasal aku teringat dekat lelaki gila tu pula
tiba-tiba ni. Pantas dia menggelengkan wajahnya sambil mengelap
habuk-habuk di sekitar meja. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, dia
berdiri tegak sambil tersenyum bangga memerhati ruang itu yang sudah pun
dibersihkannya.
“Ehem!”kedengaran seseorang berdehem membuatkan
dia segera berpusing. Terkejut dibuatnya melihat Tengku Dzafril Haidhar
dengan baju tidurnya turun dengan membawa selonggok baju yang dipeluk di
tangannya. Lelaki itu berhenti berdiri di hadapannya. Larra masih kaku
melihat aksi lelaki itu.
“Basuh semua baju ni” ujar lelaki itu
serentak melemparkan semua baju-baju kotor itu ke arah Larra membuatkan
kini lantai itu bersepah-sepah dengan baju kotor milik lelaki itu.
Larra berisighfar berulangkali melihat kelakuan lelaki itu.
Perlahan-lahan dia duduk dan tunduk mengutip sehelai demi sehelai
baju-baju kotor itu. Sempat dia menjeling lelaki itu yang masih berdiri
di hadapannya sambil masih memerhatikan dirinya yang kini sedang
mengutip baju-baju kotor tersebut.
Tengku Dzafril Haidhar
tersenyum sinis melihat gadis itu yang kini sedang mengutip baju-baju
kotor miliknya yang dicampakkannya tadi. Terasa dirinya menang melihat
gadis itu tunduk dengan arahannya.
“Eh kejap!’ ujarnya ketika
gadis itu ingin berlalu dengan baju-baju kotornya. Langkah gadis itu
terhenti. “Bawakan sarapan pagi aku ke sini. Siap dengan air sekali”
arahnya sambil mencapai alat kawalan jauh televisyen dan berbaring di
sofa.
Larra mendengus perlahan sambil kakinya pantas diatur
menuju ke dapur. Apasal dia boleh ada dekat rumah pula. Tak kerja pula
dia hari ni. Biasa dah masuk pejabat. Pukul berapa sekarang ni? Soalnya
sendiri sambil matanya segera memandang jam besar di ruang tengah itu.
Huh? Dah pukul 11.45 pagi. Dia mengetap bibirnya rapat mencampakkan
baju-baju milik lelaki itu masuk ke dalam mesin basuh.
“basuh semua baju ni” ejeknya lagi meniru kata-kata lelaki itu.
Tengku Dzafril Haidhar menjeling Adlea yang sedang meletakkan sarapan spagethi serta air orange ke atas meja di hadapannya.
“sarapan tuan” ujar gadis itu perlahan sebelum cepat-cepat bangun ingin meninggalkannya.
“Ada aku suruh kau blah?” soalnya kasar. Larra menoleh ke arah majikannya itu dengan hairan. Apa lagi mamat ni nak ni?
“duduk”
arah lelaki itu tanpa memandang ke arahnya. Larra bergerak ke arah sofa
paling jauh dari lelaki itu sebelum bersedia untuk melabuhkan
punggungnya untuk duduk di situ.
“duduk sini. Bukan situ! Bodoh
ke?” jerit lelaki itu sambil mengunjukkan sofa kosong di sebelahnya.
Bulat mata Larra mendengar bahasa kasar lelaki itu. Wah! Macam kau
pandai sangat la kan nak panggil orang bodoh!. Namun dia melangkah juga
menuju ke tempat lelaki itu sambil duduk di sisinya. Wajahnya
dipalingkan ke tempat lain. Enggan memandang wajah lelaki itu.
“kau
masak?” soal Tengku Dzafril Haidhar ke arah Adlea di sisinya.
Sedikitpun gadis itu tidak memandangnya. Sekadar mengangguk sahaja.
Sikap gadis itulah yang membuatkan dia geram sebenarnya. Sedikit
sebanyak mengingatkan dia pada seseorang. Agh! Kau ni spesies sama je
dengan perempuan tu. Tak padan orang kampung! Marah Tengku Dzafril
Haidhar. Mangkuk berisi spagethi itu dicapainya.
“aku cakap dengan
dinding ke? Ingat dengan angguk-angguk macam tu aku faham?” sindir
lelaki itu sebelum menyuap spageti itu ke mulutnya.
Menyirap darah
Larra mendengar kata-kata pedas dari lelaki itu. Agh! Kau memang
sengaja seksa aku kan. “ya, saya yang masak” suaranya kedengaran keras.
“uwek”
kedengaran lelaki itu memuntahkan semula spagethi yang baru disuapnya
ke pinggan. Larra pantas menoleh. Apa lagi yang tak kena dengan dia ni?
Teruk sangat ke aku masak sampai dia muntahkan balik, soalnya di dalam
hati.
“Kau masak apa ni? Bagi anjing pun, anjing pun tak nak
makan!!” marah lelaki itu. Larra kini sudah hampir hilang kesabarannya
dengan sikap kurang ajar lelaki itu.
“memanglah, anjing je yang
tak nak makan” ujar Larra kembali sambil mata galaknya tepat memandang
mata milik lelaki itu. Kini dia tidak peduli lagi status apa dirinya di
dalam rumah itu. Dia tidak peduli lagi siapa lelaki itu. Majikannya atau
bukan.
Bulat mata Tengku Dzafril Haidhar mendengar jawapan yang
diberikan oleh gadis itu. Serentak ego lelakinya meronta-ronta minta
diletakkan di tempat paling tinggi. Berani betul dia samakan aku dengan
anjing. Lantas dia segera bangun berdiri sebelum mangkuk berisi spagethi
itu dicurahkan ke atas gadis bernama Adlea itu.
Larra benar-benar
terperanjat besar apabila menyedari dirinya kini disimbah dengan
spagethi. Ternganga mulutnya dengan tindakan berani lelaki itu. Mee
spagethi itu masih terjuntai di kepalanya. Lantas, matanya segera
diarahkan memandang lelaki itu yang kini sedang berdiri memandangnya.
Jelas kelihatan riak ego lelaki itu melalui cara pandangan matanya kini.
Aku tak boleh biarkan ni. Kau ingat kau hebat sangat main
curah-curahkan spagethi dekat orang.
“kurang ajar!” ayat itu tanpa
sengaja terkeluar dari mulutnya akibat terlampau marah. Lalu dia bangun
berdiri sebelum tangannya ringan menampar pipi lelaki itu. Pang!
Tengku
Dzafril Haidhar terkedu sejenak apabila menyedari dirinya baru sahaja
ditampar oleh perempuan. Belum pernah dalam sejarah hidupnya dia
ditampar oleh seorang wanita. Tambahan pula gadis yang menamparnya itu
hanyalah orang gajinya sahaja. Terkulat-kulat dirinya sambil tangannya
meraba pipinya yang terasa kebas dan bisa.
“don’t you ever think,
even if i’m just a maid here, then you could do anything like you want
to me. Listen!….. I still own my pride and won’t let you step over it.
Everything got their own limit and you are just too much! ” tengking
Larra. “just too much” ulangnya lagi. Kemarahannya sudah memuncak.
Tengku
Dzafril Haidar tergamam mendengar gadis itu berbicara. Tidak
disangkanya gadis itu fasih berbahasa Inggeris. Fikirnya gadis itu
hanyalah gadis kampung yang tidak tahu apa-apa. Bagai mimpi apabila
gadis yang selalu dipandang rendah itu lancar sahaja memarahinya.
Sedikit terpukul dengan kata-kata gadis itu.
“eh kenapa ni?’ soal
satu suara membuatkan Larra dan Tengku Dzafril Haidhar pantas menoleh ke
arah suara itu. Hakimi muncul dengan briefcasenya.
Terkejut dia
melihat kedua-duanya kini berdiri memandangnya. Kedengaran tadi mereka
seolah-lah bertengkar tapi apakah puncanya. Lebih terkejut lagi apabila
melihat keadaan gadis bernama Adlea itu kini yang lencun dengan sesuatu
yang kelihatan seperti …. Spagethi.
“ya allah! Kenapa dengan awak
ni Adlea?” soal Hakimi cemas sambil segera berjalan mendapatkan mereka
berdua. Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis.
“Aku yang simbah
dia dengan spagethi. Kau nak buat apa?” soal Tengku Dzafril Haidar. Dia
yakin adiknya itu tidak akan berani untuk bergaduh dengannya.
“abang ni dah hilang akal ke apa? Kenapa abang buat macam ni” tegur Hakimi sambil mengerling ke arah Adlea yang diam membatu.
“aku
benci dia. Aku benci gila dengan dia” ujar lelaki itu selamba sambil
berjalan ingin keluar dari ruang itu meninggalkan Hakimi dan Larra.
Namun baru beberapa langkah sengaja dia berhenti.
.
“by the way,
kalau kau nak beritahu dekat mummy. Silakan! Aku tak takut pun” cabar
lelaki itu sebelum berjalan menaik tangga. Sejurus abangnya pergi,
cepat-cepat Hakimi menghampiri Adlea.
“awak pergi bersihkan diri
dulu. Tempat ni biar saya yang tolong kemaskan” ujar Hakimi. Larra
tergamam. Apahal dia ni murah hati sangat nak tolong kemaskan. Yang jadi
maid kat rumah ni kan aku, jadi patutnya aku yang kemaskan.
“tapi
nanti baju Tuan Kimi kotor. Lagipun kan saya memang maid. Saya boleh
bersihkan semua ni” ujar Larra srba salah. Lelaki itu tersenyum.
“tak
apa. Biar saya yang kemaskan. Anggaplah ni sebagai tanda maaf saya dari
pihak abang saya. Awak pergi mandi” ujar Hakimi. Larra melepaskan satu
keluhan berat. Memafkan lelaki seperti Zaf itu? Agh mustahil. Namun dia
sekadar berdiam diri sahaja. Malas mahu menjawab.
Tengku Dzafril
Haidhar menghempaskan pintu biliknya sekuat hati. Bergema biliknya
dengan bunyi dentuman pintu itu. Rasa amarahnya meluap-luap. Dahlah
free-free je aku kena tampar dengan dia. Lepas tu dia kena marah pula
dengan dia. Siap speaking lagi!!
“memang dasar perempuan sial!’
jeritnya sambil membaling buku-buku di atas rak meja itu. Bertaburan
buku-buku itu di atas lantai.
Entah mengapa, dia mula berasa benci
melihat gadis itu semenjak dari hari pertama mereka bertemu lagi. Sikap
dingin dan cara gadis itu memandangnya membuatkan dia teringat pada
seseorang. Tapi siapa?
Langkahnya diatur berjalan mengelilingi bilik itu. Otaknya berputar ligat cuba mencari jawapan pada persoalannya tadi.
Tapi
siapa? Siapa yang pernah bersikap macam ni dengan aku. Tak semena-mena
langkahnya terhenti. Bebola mata hitamnya tepat memandang lantai. Riak
wajahnya memberitahu seolah-olah dia telah pun mendapat jawapan pada
soalannya tadi.
“Perempuan airport tu?’ tidak semena-mena bayangan
tentang perempuan yang pernah dilanggarnya ketika di airport bulan
lepas kembali mengisi ruang memorinya. Ya! Pembantu rumah bernama Adlea
itu membuatkan dia teringat pada gadis airport yang pernah dilanggarnya
dahulu.
Dia berjalan lagi. Tapi! Takkanlah Lea tu perempuan
airport yang aku jumpa. Perempuan tu stylo, Adlea ni pula selekeh je.
Perempuan kampung. Tak nampak moden langsung. Agh! Beza betul. Tak
mungkinlah dia perempuan tu. Fikirnya sambil mula berjalan kembali.
“eh, yang aku pergi teringat dekat budak perempuan airport tu kenapa?” keluhnya.
Alasan
yang sebenarnya, setiap kali dia teringat kenyataan bahawa dia telah
bertunang, dia menjadi marah. Dan hanya dengan melepaskan kemarahannya
pada pembantu rumah mudanya itulah yang membuatkan dia kembali tenang.
Dia tahu wanita itu bukanlah tunangnya namun hanya dengan cara itu dia
mampu melepaskan rasa marahnya terhadap tunangnya.
“ok Tengku
Dzafril Haidhar. Kau ni gila agaknya. Sekejap perempuan airport tu.
Sekejap tunang kau agggghhh!!’ jeritnya sekuat hati. Terdengar ketukan
di pintu biliknya membuatkan dia terdiam. Ya memang pintu biliknya
sedang diketuk.
“Nak apa?!” jeritnya dari dalam bilik. Lantas pintu bilik itu dikuak sedikit dari luar. Tercongol kepala Hakimi di situ.
“abang
okay ke tak?” soal Hakimi membuatkan Tengku Dzafril Haidhar malu
sendiri. Mesti dia dengar apa yang aku cakap tadi. Mukanya terasa
bahang.
“apahal pulak kau nak sebok ambil tahu. Aku okay ke, tak
okay ke, kau peduli apa. Dah. Pergi sana. Jangan ganggu aku!” marahnya.
Tidak lama kemudian pintu bilik itu ditutup kembali.
Hakimi
membulatkan matanya sambil mengangkat kening. Dia mengeluh perlahan.
Ditolehnya pintu bilik itu yang telah pun ditutup rapat sambil tersenyum
sumbing. Dah gila agaknya. Cakap seorang-seorang.
*****
Gembira
sungguh Larra apabila dia diberitahu oleh pihak hospital, Mak Munah
sudah sedarkan diri. Cepat-cepat dia berkemas. Tuan Hakimi yang
menghantarnya ke hospital petang itu. Puan Zahnita telah sampai dahulu
ke situ, berikutan jarak butiknya dengan hospital tidak jauh.
“Mak
cik macam mana?” soal Larra melihat Mak Munah yang sedang terbaring
melihatnya. Tuan Hakimi di sisinya pula duduk di birai katil. Dilihatnya
Mak Munah sekadar tersenyum sahaja memandangnya. Larra turut tersenyum.
Sedikit gembira melihat wanita itu sudah sedar.
“Doktor cakap, Mak Munah boleh balik hari ni” ujar Puan Zahnita pula. Larra menoleh ke arah wanita itu seketika.
“iyeke!
Erm, baguslah macam tu. Rumah tu pun sunyi Mak Munah tak ada” ujar
Larra. Hakimi bangun berdiri sambil membetulkan baju kemejanya.
“kalau
macam tu, Kimi turun bawahlah uruskan proses Mak Munah keluar” ujar
Hakimi. Puan Zahnita sekadar mengangguk. Larra memerhati Hakimi yang
telah pun hilang di telan pintu. Perhatiannya kembali kepada Mak Munah.
“Puan
Nita… Lea….. Ada hal yang Mak Munah nak cakapkan” ujar Mak Munah
tiba-tiba. Puan Zahnita menoleh ke arah Mak Munah sebelum kembali
memandang Larra.
“Hal apa Mak Munah” soal Larra. Mak Munah
dilihatnya tersenyum memandangnya. Puan Zahnita dilihatnya masih dalam
keadaan bingung. Dia juga begitu. Tidak faham maksud wanita itu.
“tentang Adlea” ujar Mak Munah. Bulat mata Larra mendengar kata Mak Munah itu. Ah sudah!
“pasal
Adlea. Kenapa dengan Adlea, Mak Munah?” soal Puan Zahnita sambil
memandang ke arah Adlea yang masih berdiri di hujung katil.
“tentang
siapa sebenarnya Adlea” ujar Mak Munah. Gulp! Larra menelan air liurnya
yang terasa pahit. Terasa berat kakinya untuk terus berdiri di situ
“maafkan
Mak Munah ya, Lea. Tapi Mak Munah rasa, Puan Zahnita patut tahu hal
yang sebenar” ujar Mak Munah, memujuk Larra. Hendak tak hendak Larra
mengangguk juga.
“siapa sebenarnya Adlea?” soal Puan Zahnita. Satu
demi satu persoalan meniti di sebalik bibir milik Puan Zahnita. Tidak
sabar untuk tahu apakah yang dimaksudkan oleh Mak Munah yang sebenarnya.
“saya
sebenarnya bukan anak saudara Mak Munah” tanpa dipinta Larra sendiri
memberitahu hal yang sebenar. Terkedu Puan Zahnita mendengar pengakuan
itu. Rasa marah pula kerana ditipu selama ini.
“What? Jadi kenapa
tipu saya and menyamar jadi anak saudara Mak Munah. Saya tak sangka awak
berdua ni sanggup menipu. Semata-mata nak dapat kerja di rumah saya
kan” marah Puan Zahnita.
“Puan. Puan dengar dulu penjelasan saya”
pantas Mak Munah pula berbicara. Pantas Puan Zahnita menoleh pula ke
arah Mak Munah. “apa semua ni Mak Munah” soal Puan Zahnita pula. Riak
wajahnya jelas kelihatan marah kerana ditipu.
“saya tahu saya tak
patut tipu Puan. Tapi saya mohon, saya mohon dan merayu pada puan dengar
dulu penjelasan saya. Cukuplah sekali pun, tapi saya harap puan dengar”
ujar Munah lemah. Puan Zahnita mengerutkan keningnya sambil mengerling
sekilas ke arah Adlea yang diam membatu. Satu keluhan berat
dilepaskannya.
“cakaplah Mak Munah” ujarnya. Kini suaranya tidak lagi setinggi tadi namun pada wajahnya masih jelas kelihatan marah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar