Novel : Antara mahligai ego dan cinta 4
Hakimi masuk ke dalam dapur sambil duduk di kerusi berhampiran dengan
Adlea dan Mak Munah. Ketika dia masuk ke ruang itu tadi, kelihatan
gadis itu sedang leka berbual-bual dengan Mak Munah.
“erm, Tuan
Hakimi, masakan belum siap lagi” ujar Mak Munah. Bimbang dia sekiranya
tujuan lelaki itu ke dapur adalah untuk makan.
Hakimi tersenyum memandang Mak Munah. Adlea pula dilihatnya tidak memandangnya. Sedang asyik memotong sayur di hadapannya.
“Tak adalah Mak Munah. Saya datang dapur bukan sebab saya nak makan,
tapi saja nak bual-bual dengan Mak Munah dan….. Lea” ujarnya sambil
memerhati ke arah Adlea. Kini dilihatnya gadis itu mengangkat wajahnya
dan turut memandangnya. Satu senyuman di hadiahkan padanya membuatkan
hati lelakinya berkocak kencang. Aura gadis itu sememangnya mampu
membuatkan hati lelakinya jadi tidak tentu arah.
“Tuan Zaf dengan Puan Zahnita mana?” soal Mak Munah lagi. Hakimi mengangkat tangan kanannya sebelum memerhati jam di tangannya.
“Hurm, pukul 10.37 pagi. Biasa kalau macam ni, mummy keluar dah pegi
butik dia. And Zaf maybe tidur lagi. Pagi tadi sarapan pun dia tak turun
kan” ujarnya. Mak Munah mengangguk.
“Tuan Hakimi tak kerja hari
ni?” soal Larra lembut. Hakimi menoleh ke arah gadis itu. Nah! Memang ni
yang aku tunggu-tunggu. Nak berbual-bual dengan kau. Aku turun ke dapur
ni pun sebab kau.
“err. Ahad Lea. Hari ni saya cuti. Tak masuk
kerja” ujarnya sambil matanya tak lepas memandang wajah milik gadis itu.
Dilihatnya gadis itu mengangguk-angguk.
Oh Larra Adlea! Soalan
apa aku tanya ni. Dah tentu-tentu hari ni Ahad. Mestilah dia tak kerja.
Ah! Terselah pula kebodohan aku, marah Larra di dalam hati.
Hakimi memandang Adlea di hadapannya. Rasa hairan sedikit melihat gadis
itu. Bagaimana gadis
secantik itu boleh menjadi pembantu rumah sahaja.
“Adlea, tak sambung study ke?” soalnya membuatkan mata gadis itu bulat
memandangnya. Dia merenung kembali gadis itu menunggu jawapan.
“sa.. Saya dah lama habis study dah. Kenapa ya Tuan Hakimi?” ujar Larra
tergagap-gagap. Dah kenapa dia ni tanya background study aku. Saja la tu
nak korek rahsia. Entah-entah dia tahu tak yang aku ni menyamar je
dekat sini.
“eh tak ada apa-apa. Saya saja je tanya. Jangan awak
fikir lain pula. Sebab saya tengok awak ni muda lagi kot. Tapi kenapa
pilih kerja pembantu rumah since awak ada banyak lagi choice dekat luar
sana. Kerja butik ke, kerja kedai makan ke, kerja apa-apalah” soal
Hakimi.
Larra mula serba salah. Memang la aku muda lagi tapi dah
nak buat macam mana. Sebab dah pandai sangat, Ijazah and segala sijil
aku, aku pergi tinggalkan dekat rumah. Ingat senang nak minta kerja.
Dahla aku pun baru je balik sini, nak pergi mana pun aku tak tahu.
Selalu ada Pak Man yang teman aku. Lagipun, kalau aku nak pergi kerja
dekat tempat-tempat macam tu, dibuatnya orang-orang papa berjaya jumpa
aku. Tak ke sia-sia usaha aku lari dari rumah. Dia bermonolog di dalam
hati.
Pandangannya kini di alihkan pada Mak Munah di sisinya. Mak
cik, tolonglah Lea ni, rayunya dalam hati. Macam dia boleh dengar suara
kau pula Larra Adlea.
“Lea? Jawablah. Kan Tuan Hakimi tanya tu?” ujar Mak Munah. Eh mak cik ni, bukan nak back up aku.
“se.. Sebenarnyeeeeee… Yang sebenarnyeeee” Larra terdiam sejenak. Otaknya ligat mencari alasan logik.
‘sebenarnya apa?” soal lelaki itu lagi tidak sabar.
“sebenarnya saya memang minat dengan kerja-kerja jadi pembantu rumah ni
Tuan Hakimi. Hee, Cita-cita saya” lancar sahaja dia menjawab.
Ah
sudah! Apa ke bodohnya aku pergi cakap macam ni. Cita-cita? Ada ke orang
cita-cita nak jadi pembantu rumah. Ugh! Tak logik betullah jawapan yang
kau bagi ni Larra! Dia sedikit kesal dengan jawapan yang diberikan.
Tergelak besar Hakimi mendengar jawapan gadis itu. Terasa lucu dengan jawapan yang diberikan.
“maksud awak? Cita-cita awak memang nak jadi menjadi pembantu rumah?”
soalnya lagi. Terkebil-kebil mata Adlea memandangnya sebelum sekadar
mengangguk sebagai tanda jawapannya ‘ya’.
“oh ya, Tuan Hakimi
umur 25 kan?” soal Mak Munah tiba-tiba. Larra menjeling ke arah wanita
itu. Mujur wanita itu bijak menukar topik perbualan. Tidak sanggup lagi
dia ingin menjawab soalan yang di ajukan oleh lelaki itu. Tidak senang
duduk dibuatnya. Ingin sahaja dia lari dari terus diasak dengan perasan
takutnya kini. Kalau kantoi, habis aku.
“A’ah. Saya 25. Kenapa
Mak Munah?”soal Hakimi kembali. Larra sedikit lega kerana perhatian
lelaki ini telah bertumpu Mak Munah pula.
Mak Munah menggelengkan sedikit kepalanya sambil tergelak memandang Adlea yang kelihatan pucat di sisinya.
“tak adalah. Sebab Adlea ni pun baru 25 tahun. Kira kamu berdua ni,
sebaya lah rupanya” ujar Mak Munah. Hakimi sedikit terkejut mendengar
kenyataan yang diberikan oleh Mak Munah.
“Adlea pun 25?” soalnya kepada Adlea. Gadis itu mengangguk.
“Eh iyeke! Sebaya rupanya.” Hakimi jelas terkejut. Pandangannya kini
dialihkan pula memandang Larra. Ha, dia dah tengok aku tu, nak tanya aku
soalan la tu., Larra menelan air liurnya yang terasa pahit.
“sekolah mana dulu?” soalnya. Sekali lagi Larra di asak soalan yang
betul-betul killer. Kan aku dah cakap. Dia nak tanya aku soalan. Apa
pulak aku nak kelentong dia kali ni. Takkanlah aku nak bagi tahu dia
yang aku sekolah apa. Kantoi la nanti. Sekolah tu dah tentu untuk
anak-anak orang berduit.
“sekolah biasa je. By the way, Tuan
Hakimi peguam kan?” soalnya kembali. Yang sebenarnya dia tidak mahu
topik perbualan terlalu fokus tentang dirinya sahaja. Sengaja dia
menyoal kembali lelaki itu.
“a’ah saya peguam. Kenapa?” soal lelaki itu. Larra tersenyum.
“tak ada apa-apa. Saya ada juga kawan jadi peguam. Dengar dia kata
hidup dia jadi peguam macam seronok” ujarnya kembali. Hakimi tersenyum.
“seronok sebenarnya kerja jadi peguam ni. Cuma yang kadang-kadang penat
tu bila jumpa kes-kes yang tough. Kawan Lea tu kerja mana?” soalnya
kembali. Mak Munah sudah pun bangun dari kerusi itu menuju ke sinki.
“saya tak tanya pula dia kerja mana” ujar Larra dengan senyuman sambil turut bangun mengekori Mak Munah.
“ni nak masak apa ni, Mak Munah?” soalnya Hakimi dari belakang.
“Masak lemak cili api. Kan kegemaran Zaf. Puan Zahnita yang suruh
masak” ujar Mak Munah sambil menoleh memandang ke arah Hakimi yang duduk
bersendirian kini di meja itu.
“Ni Lea tahu masak tak?” soal
Hakimi kembali. Larra menggigit bibirnya. E’eh mamat ni. Belum rasa lagi
aku masak. Hari tu memang la aku tak reti tapi sekarang aku power tau
memasak.
“Lea lah yang masak hari ni” ujar Mak Munah selamba. Larra tersenyum. Yes Mak Munah! Tell him, i yang memasak!
“Oh baguslah. Perempuan sekarang susah nak cari pandai memasak kan Mak
Munah. Esok kalau saya nak cari bini pun, mesti kena pandai memasak.
Penting tu” ujar Hakimi bersungguh-sungguh. Sempat matanya memandang
Adlea yang sedang tertunduk malu. Ya! Nampaknya kau memenuhi hampir
semua kriteria perempuan yang aku cari. Kalau macam ni, susah la aku.
Aku dah makin suka dia.
“betul tu Tuan Hakimi. Perempuan sekarang
ni jaranglah yang nak turun ke dapur .nak-nak lagi kalau yang biasa
hidup senang tu” ujr Mak Munah. Larra berasa sedikit terpukul. Macam aku
lah pulak contoh mak cik ni bagi.
“erm, okaylah. Saya naik bilik
dulu. Nanti time lunch. Saya turun. Nak rasa juga masakan Adlea”
ujarnya. Larra menoleh sambil tersenyum.
*****
Dari tingkat
atas, Tengku Dzafril Haidhar memerhati gadis itu yang sedang leka
melakukan kerja-kerjanya menyusun buku-buku yang disepahkannya di
tingkat bawah. Wajah milik gadis itu direnungnya. Perasaannya masih
sama. Walau seribu kali dia cuba memberitahu dirinya bahawa mereka
berdua belum pernah bertemu sebelum ini namun hasilnya masih gagal.
Perasaannya kuat mengatakan yang dia pernah melihat wajah gadis itu
sebelum ini. Namun malang, kerana otaknya tidak cekap untuk memberi
maklumat bila mereka pernah berjumpa.
“agh! Ada sesuatu yang tak kena bila aku tengok perempuan ni.” dia memarahi dirinya sendiri.
Larra
menyusun bunga-bunga itu masuk ke dalam pasu bunga sebelum
meletakkannya di atas meja. sememangnya Puan Zahnita, majikannya itu
sukakan bunga.
“Woi! Kau alihkan pasu bunga tu. Aku tak suka kau
letak situ” ujar satu suara dari tingkat atas membuatkan Larra
terdongak-dongak mencari arah suara itu. Dilihatnya Zaf sedang berdiri
di situ memandangnya.
“Habis tu nak saya letak mana?” soalnya
kembali sambil mengerutkan dahinya. Yang sebenarnya dia sememangnya
meluat setiap kali perlu berhadapan dengan anak pertama majikannya itu.
Ada sahaja yang tak kena di matanya. Sengaja mencipta alasan untuk
memarahinya. Dia tu memang jahat. Beza betul dengan Hakimi.
“kau
letak tepi rak tu” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tangannya
mengunjukkan ke satu arah. Larra mengerutkan dahinya. Dia suruh aku
angkat pasu berat ni ke hujung sana? Biar betul dia ni.
“tercegat
apa lagi dekat situ. Angkatlah!” tengking Tengku Dzafril Haidhar
membuatkan Larra terkulat-kulat di pendiriannya. Pantas tangannya segera
mencapai pasu bunga di atas meja itu sebelum dengan segala kudratnya
mengangkat ke arah rak di hujung sudut itu.
Fuh! Berjaya pun aku angkat. Dia berasa sedikit bangga kerana berjaya mengangkat pasu bunga itu sendiri.
Tengku Dzafril Haidhar ketawa besar di dalam hati melihat aksi gadis
itu yang kelihatan bersusah payah mengangkat pasu itu ke tempat yang dia
maksudkan. Sengaja dia menyusahkan gadis itu. Dia memang tidak sukakan
Adlea dari sejak pertama kali mereka berjumpa. Meski semua orang di
dalam rumah itu sukakan dia tapi aku tak!
“eh kejap. Macam tak
lawa pula letak situ” kedengaran lelaki itu bersuara. Larra membulatkan
matanya sebelum menoleh ke arah lelaki itu.
“Apa kau pandang aku
macam tu. Kau letak balik pasu tu dekat meja tadi!” arah lelaki itu
lagi. Larra menarik nafas panjang. Eeeee!! Geramnya aku dengan dia. Dah
penat-penat aku angkat sampai ke sini dia suruh aku angkat balik ke sana
pula.
Dalam terpaksa dia mengangkat kembali pasu bunga yang
berat itu kembali ke meja yang dimaksudkan. Susah payah dia terpaksa
pula untuk mengangkat pasu itu naik ke atas meja.
“Dah” jawabnya
dingin sambil menoleh ke arah lelaki itu kini yang tersenyum nakal
memandangnya. Serupa tak payah suruh aku angkat tadi. Cari pasal betul.
“Taknaklah letak situ. Kau letak……” belum sempat lelaki itu
menghabiskan ayatnya pintu gerbang utama dibuka dan muncul Puan Zahnita
di situ dengan membawa beg-beg plastiknya yang berisi barang dapur.
“Hurm Lea, tolong bawa ni ke dapur” ujar Puan Zahnita. Larra tersenyum.
Yes! Kau tak boleh buli aku lagi kalau Puan Zahnita ada. Mujur
majikannya itu menyuruhnya menghantar barang-barang ke dapur.
“baik puan” ujar Larra sambil berjalan mengambil beg-beg plastik itu
dari Puan Zahnita sambil berjalan semula ke dapur. Sempat dia menjeling
ke arah lelaki itu yang sedang membuat muka bengangnya. Satu senyuman
sinis dihadiahkan buat lelaki itu.
Bulat mata Tengku Dzafril
Haidhar melihat gadis itu tersenyum sinis memandangnya. Oh takpe, kali
ni kau boleh terlepas. Tapi tengoklah. Aku tak akan lepaskan kau lain
kali. Aku buli kau cukup-cukup. Dasar perempuan kampung!
“Zaf! Buat apa lagi dekat situ. Cepat turun. Makan tengah hari” ajak Puan Zahnita.
*****
“Makanlah Marissa. Jangan asyik termenung je” tegur Dato’ Qamal melihat isterinya yang termenung. Wanita itu tersenyum.
“Kalau
Larra ada mesti dia suka kan bang. Lauk kegemaran dia ni, masak lemak
cili api” ujar Datin Marissa sambil memandang mangkuk yang berisi lauk
kegemaran Larra itu.
“Awak ni time makan pun ingat dekat dia” ujar Dato’ Qamal.
“Nak
buat macam mana. Otak saya ni tak boleh berhenti fikir pasal dia. Rasa
macam nak keluarkan dari kepala ni pun ada haa” sindir Datin Marissa.
“Eh
jangan. Kalau awak keluarkan otak awak tu dari kepala, alamatnya rumah
ni nanti tak adalah orang nak bebel-bebel dekat Siah dengan Nafis tu
lagi. Awak pun dok senyap je terus nanti” usik Dato’ Qamal.
“amboi.
Mulut awak tu tak ada cop sirim ya Dato’ Qamal” tegur Datin Marissa
sambil tersenyum. Dato’ Qamal tersenyum juga. Baru kali ini dia melihat
isterinya itu tersenyum setelah hampir dua minggu kehilangan Larra.
“Tenang hati saya tengok awak senyum” luahnya.
******
“Berselera betul Hakimi makan hari ni” tegur Puan Zahnita meliha Hakimi yang sudah pun menambah nasinya buat kali kedua.
“Sedap la mummy” ujarnya.
“mummy
tak tahu pula ni lauk favourite Hakimi. Mummy ingat Zaf je yang suka
lauk ni” ujar Puan Zahnita sambil menjeling ke arah Tengku Dzafril
Haidhar yang kelihatan masam di tempatnya.
“Awek dia yang masak
mummy. Mestilah dia suka” sampuk lelaki itu tiba-tiba dengan sindirannya
membuatkan Larra tersedak-sedak. Pantas dia meneguk air di hadapannya.
Dia perasan pandangan Puan Zahnita dan Tengku Dzafril Haidhar bertumpu
padanya. Manakala Hakimi pula terhenti dari makan.
“mana ada! kimi
dengan Lea kan kawan je” ujar Hakimi kepada Tengku Dzafril Haidhar.
Meski benar dia menyimpan perasaan pada gadis itu namun dia masih belum
bersedia untuk mengakui perasaanya itu di hadapan keluarganya. Apatah
lagi di hadapan gadis itu sendiri. Abangnya itu dilihatnya sekadar
tersenyum sinis.
“Lea ke yang masak. Amboi, patutlah sedap” puji
Puan Zahnita. Larra tersenyum kelat. Masih terasa malu dengan kenyataan
yang dikeluarkan oleh Zaf sebentar tadi.
“saya belajar pun dari
Mak Munah” ujar Larra merendah diri. Serentak dilihatnya Zaf bangun dari
tempatnya sebelum berdiri untuk beredar dari ruang itu.
“eh Zaf. Sikitnya makan. Kan lauk favourite kamu ni” tegur Puan Zahnita.
“tak sedap” ujarnya sebelum berlalu dari situ.
Larra
sedikit berkecil hati mendengar kata-kata lelaki itu namun dia
cepat-cepat buang perasaan kecil hatinya itu. Agh! Aku masak pun bukan
sebab kau. Kalau tak sebab Puan Zahnia suruh aku masak, tak adanya aku
nak masakkan untuk kau! Jeritnya di dalam hati.
“Lea jangan ambil
hati dengan apa yang Zaf cakap tadi. Mungkin mood dia tak baik” pujuk
Puan Zahnita. Takut-takut Adlea berkecil hati dengan anaknya. Baginya
tidak ada yang kurang dalam masakan budak itu. Cukup je. Sedap pun
sedap. Kalau tak, takkanlah sampai Hakimi yang memilih makanan itu pun
siap tambah sampai dua kali lagi.
“tak adalah puan. Saya tak ambil hati pun” ujar Larra sambil tersenyum.
****
Larra
menatap skrin telefon I-phone nya. Rasa sebak mula menguasai dirinya.
Hampir 8 misscall dari mamanya setiap hari namun satu pun tidak
dijawabnya. Maafkan Larra, mama. Larra bukan anak yang baik.
Air
matanya mengalir. Sungguh dia rindu akan mamanya namun dia belum
bersedia untuk pulang ke sisi keluarganya. Sudah hampir 2 minggu dia
bekerja di sini.
Meski kehidupanya kini jauh berbeza dari
sebelumnya namun dia tekad, dia perlu membuktikan pada papanya bahawa
dia masih mampu untuk hidup tanpa wang ringgit papanya.
“tak
tidur lagi, Lea?’ soal satu suara. Cepat-cepat Larra menyapu sisa air
matanya sebelum menoleh. Dilihatnya Mak Munah berdiri di situ. Sungguh,
dia tidak sedar bila wanita tua itu masuk.
Sambil batuk-batuk wanita itu duduk di sisinya.
“Kenapa menangis? Lea ada masalah ke? Ke ada apa-apa yang buat Lea tak
suka tinggal dekat sini. Lea cerita lah dengan Mak Munah” pujuk Mak
Munah. Meski gadis itu cuba berselindung di sebalik senyumannya manisnya
namun dia tahu gadis itu menangis tadi.
“tak ada apa-apalah. Lea okay” ujarnya sambil cuba ketawa. Suaranya kedengaran serak. Telefon i-phonenya cepat-cepat dipadam.
“jangan bohong. Mak Munah tahu Lea menangis tadi. Kenapa?” soal Mak Munah lembut.
Larra mengeluh.
“Saya cuma rindukan mama saya” ujar Larra perlahan. Kini air matanya
gagal ditahan lagi. Dia menangis juga di hadapan Mak Munah. “saya
rindukan dia, Mak Munah” ujarnya. Jari jemarinya halusnya dicapai oleh
jari tua milik Mak Munah. Erat wanita itu menggengamnya.
“Kalau
rindu, kenapa tak balik semula jumpa mereka? Jangan sampai mama Lea rasa
apa yang Mak Munah rasa” pujuk Mak Munah. Larra mengerutkan keningnya.
Tidak faham dengan maksud wanita itu.
“Maksud mak cik?” soal Larra dalam tangisnya.
“Mak cik pun ada anak. Mungkin baya-baya Lea atau mungkin lebih tua
sedikit dari Lea. Mak cik besarkan mereka bagai menatanng minyak yang
penuh. Tapi semua tu tak berbaloi. Mereka tinggalkan Mak cik. Sampai
sekarang, Mak cik tak tahu apa khabar berita mereka. Telefon pun tak
pernah.” ujar Mak Munah panjang lebar.
“mak cik ada berapa orang anak?” soal Larra.
“dua orang. Mak cik betul-betul rindukan anak-anak mak cik. Lea. Sebab
tu, Mak cik tak nak Lea buat apa yang anak-anak Mak cik buat. Ingat,
syurga anak adalah di bawah keredhaan ibu dan bapanya” ujar Mak Munah.
Baru Larra perasan. Selama ini, wanita itu tidak pernah menyebut
perihal anaknya dan dia sendiri tidak terfikir langsung untuk menyoal
tentang hal itu. Ada benar pada kata-kata Mak Munah. Aku dah banyak buat
mama dengan papa malu dengan perangai aku. Apa yang aku dah buat 9
tahun lepas memang cukup teruk, tapi mama dengan papa masih layan aku
dengan baik sebagai anak mereka. Mereka dah tolong aku untuk teruskan
hidup. Beri aku semangat baru. Ahh! Berdosanya aku.
“Saya tahu.
Saya sedar apa yang saya lakukan ni salah Mak Munah. Saya larikan diri
dari masalsah, tinggalkan ibu bapa saya. Tapi keadaan saya masa tu yang
desak saya buat macam ni” ujar Larra. Mak Munah mengangguk-angguk.
“Mak Munah faham dan yakin, ibu dan bapa Lea pun sekarang mesti
risaukan Lea. Lea satu-satunya anak mereka kan?” soal Mak Munah.
Larra mengangguk.
“Mak Munah bukan niat nak halau Lea cuma Mak cik harap, Lea balik lah
semula ke pangkuan mereka. Jangan sampai mama dan papa Lea rasa apa yang
Mak Munah rasa” ulang Mak Munah lagi.
Larra sekadar memandang
Mak munah. Dia hilang kata-kata. Tangannya ditepuk perlahan sambil
dilihatnya Mak Munah tersenyum padanya.
****
Tengku Dzafril
Haidhar sekadar memerhati suasana hingar bingar kawasan itu. Malam ini
dia akan berlumba bagi merebut gelaran juara yang pernah dirampas oleh
kumpulan Afiq. Tak kira walau apa pun, aku mesti cuba kalahkan dia.
Tekadnya.
“woi Zaf! Dah ready nak kalah!” jerit satu suara
membuatkan dia tersentak. Seraya dia menoleh ke arah kumpulan Afiq yang
berada tidak jauh dari situ.
“kau boleh tutup tak mulut longkang
kau tu. Belum tentu lah wei dia kalah” jerit Joe pula. Cepat-cepat
Tengku Dzafril Haidhar menghalang.
“Dahlah Joe. Biar je dia orang
nak cakap apa. Kita jangan lawan mulut dengan kumpulan monyet macam tu.
Nak lawan, tunggu masa drift nanti” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Joe
akur terhadap kata ketuanya.
“sistem baru dekat kereta kau tu amacam Zaf? Kau betul nak test?’ soal Aqiem.
“Aku dah check dah petang tadi” ujarnya sambil meneguk air mineral di
tangan. Entah mengapa sejak dari tadi, otaknya asyik teringatkan Adlea
pembantu baru rumah mamanya itu.
“Oi! Jauh termenung” tegur Aqiem
sebelum duduk di sisinya meneguk air mineral juga. Tengku Dzafril
Haidhar menoleh ke arah sahabatnya.
“aku nak tanya kau sikit boleh?” soalnya.
“ermm boleh. Kau nak tanya apa, tanya je lah. Sejak bila kau pandai
minta izin nak tanya pula ni” ujar sahabatnya itu sambil menumbuk bahu
sahabatnya itu perlahan. Tersenyum Tengku Dzafril Haidhar mendengar
usikan Aqiem itu.
“Kau pernah tak kalau jumpa orang, even kau
dengan dia first time jumpa tapi rasa macam pernah jumpa sebelum tu.
Pernah tak kau face situation ni?” soalnya bersungguh-sungguh. Tergelak
Aqiem mendengar soalannya.
“ai, lain macam je soalan kau ni Zaf.
Ada apa-apa ke?” soalnya kembali. Tengku Dzafril Haidhar meneguk air
mineral di tanganya lagi.
“kau. Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Memang tak boleh pakai betullah” ujarnya sedikit marah.
“Okay, okay. Aku jawab. Aku tak pernah jumpa tapi ada lah orang pernah
juga tanya aku macam kau tanya ni. Kenapa sebenarnya?” soal Aqiem lagi.
Satu keluhan berat dilepaskan oleh Tengku Dzafril Haidhar tatkala
mendengar jawapan yang diberikan oleh lelaki itu.
‘Maid mak aku. Aku tak tahulah. Bila aku nampak dia, aku rasa macam pernah jumpa dia sebelum ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar.
“Perempuan?” soal Aqiem.
“Perempuan la. Takkan lelaki kot jadi pembantu rumah” ujarnya.
“Mana la tahu. Entah-entah kau suka dia tak” ujar Aqiem lagi.
“uish! Mulut kau tu jaga-jaga sikit. Tak ada nye aku nak jatuh cinta
dekat perempuan. Maid pulak tu” ujarnya sambil tergelak sinis. Aqiem
mengeleng-gelengkan kepaalnya. Sedikit hampa melihat keangkuhan lelaki
itu terhadap perasaannya sendiri.
“Kau ni Zaf. Ego betullah” ujar
Aqiem sambil menepuk perlahan bahu lelaki itu sebelum bangun beredar.
Tengku Dzafril Haidhar meraup mukanya beberapa kali sebelum turut
bangun.
Afiq menjeling ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang kelihatan tenang berbual dengan sahabatnya, Aqiem.
“kau hati-hati Fiq. Budak Zaf tu bukan boleh buat main. Dah banyak dah orang kalah dengan dia” ujar Hafiz.
“Kau jangan risaulah. Bukan ke sebelum ni Afiq pun berjaya kalahkan si Zaf tu” ujar Amirul pula.
“Yelah, tapi jangan lupa. Kita menang pun sebelum ni sebab ada budak
bodoh tu dalam gang dia orang. Sekarang ni semua orang-orang kuat dia je
yang tinggal. Mana nak sogok lagi” ujar Hafiz.
“dahlah! Kau orang diam lah sebelum aku balun muka seorang-seorang” marah Afiq.
****
Selesai
mengemas ruang tamu dan dapur, Larra masuk ke bilik. Dilihatnya Mak
Munah batuk-batuk teruk. Dulang berisi bubur dan air kosong itu
diletakkan di meja solek berhampiran.
Sudah 3 hari wanita itu
demam. Bila di ajak pergi ke klinik, dia tidak mahu. Berkeras meyakinkan
semua orang bahawa dia hanya sakit biasa. Degil betul wanita itu. Larra
berjalan masuk dan duduk di birai katil sambil tangannya bergerak
menuju ke dahi Mak Munah. Panas.
“Mak cik. Rasa macam dah teruk
batuk mak cik tu. Kita pergi klinik ya” pujuk Larra lembut. Cepat-cepat
Mak Munah menggeleng. Larra mengeluh perlahan. Sedikit hampa. Dia
membantu wanita itu untuk duduk. Rambutnya tidak terurus dengan bibir
pucat membuatkan Larra tidak sedap hati untuk terus membiarkan wanita
itu begitu.
“eh tak payah. Tak payah la pergi klinik. Ni demam
dan batuk biasa je ni” ujar Mak Munah lemah. Ya! Sudah berulangkali
wanita itu berkata begitu. sudah lali telinganya mendengar alasan yang
sama. Kalau biasa, kenapa batuknya tidak pernah reda.
Mak Munah
batuk-batuk teruk. Bunyinya kedengaran perit sekali. Setelah sedikit
tenang. Larra mencapai mangkuk berisi bubur di atas meja solek, sebelum
menyuakan sudu berisi bubur itu ke bibir Mak Munah. Terketar-ketar
mulutnya dibuka sebelum menelan bubur masakan Larra.
“Lea masak
sendiri ya bubur ni?” soalnya. Larra mengangguk. Sepanjang dua minggu
dia di situ, pelbagai masakan telah dipelajarinya. Akibat sering,
menolong Mak Munah memasak, minatnya mula tumbuh dalam dunia memasak.
Tidak disangkanya memasak itu merupakan sesuatu yang menyeronokkan.
Mungkin ada hikmahnya aku dipertemukan dengna Mak Munah.
Sekurang-kurangnya sekarang aku dah pandai mengemas rumah, sudah pandai
memasak. Kalau lah dekat rumah, pasti mama tak bagi.
Selama
beberapa hari Mak Munah sakit ini dia jugalah yang terpaksa menggantikan
wanita itu melakukan kerja-kerja rumah dan memasak.
“Mak cik
rasa umur mak cik dah tak panjang lah Lea” ujar wanita itu serentak
batuk-batuk lagi. Namun kali ini batuknya beserta darah.
“mak
cik!” jerit Larra jelas terkejut apabila melihat tapak tangan Mak Munah
penuh dengan darah. Wanita tua itu batuk lagi sambil menekup mulutnya
dengan tangan. Dan kali ini jelas terlihat darah pekat likat di telapak
tangannya. Lebih banyak dari tadi.
“tak boleh biar ni mak cik.
Kita pergi ke hospital sekarang!” jerit Larra sambil pantas meletakkan
mangkuk berisi bubur itu ke dalam dulang. Dia segera berlari keluar dari
bilik ingin memanggil Hakimi yang sedang berada di ruang tamu.
“Tuan! Tuan Hakimi!”jerit Larra sebaik sahaja terpandang kelibat Hakimi
yang tertidur di situ. Pisat-pisat lelaki itu memandangnya. Rasa serba
salah namun dia terpaksa mengejutkan lelaki itu juga. Mak Munah dalam
bahaya.
“Mak Munah.. Mak Munah batuk darah” beritahunya.
“Huh!” pantas lelaki itu bangun dan berlari menuju ke bilik Mak Munah. Larra mengekori dari belakang.
Kini sekujur tubuh milik Mak Munah sedang terbaring di lantai. Tidak sedarkan diri.
“Mak cik! Mak cik!” panggil Hakimi. Hakimi tanpa berlengah pantas mengangkat Mak Munah.
“kita bawa dia ke hospital sekarang” arah Larra seolah-olah dia pula
majikan. Hakimi mengangguk sebelum pantas mengangkat tubuh Mak Munah.
*****
Perlumbaan
sudah pun dimulakan dan kereta lumba milik Afiq terlebih dahulu memecut
jauh di hadapan. Tengku Dzafril Haidhar tenang sambil turut memecut di
belakang kereta lumba milik Afiq.
“kalah lagilah kau kali” ujar
Afiq sambil tersenyum. Matanya memandang kereta milik Tengku Dzafril
Haidhar yang masih belum berjaya memotongnya.
Sememangnya kawasan
berbukit itu merupakan tempat kegemaran bagi mereka untuk berlumba.
Agak jauh dari kawasan Kuala Lumpur jadi agak memudahkan untuk mereka
untuk berlumba secara haram di sini. Jauh dari pihak polis.
“jangan ingat senang nak kalahkan aku” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil kakinya serentak menekan minyak dan memandu laju.
Sampai di selekoh itu, dia memutar laju stering keretanya sebelum
berjaya menghimpit kereta milik Afiq menyebabkan kali ini lelaki itu
pula yang terpaksa menekan brek kecemasan apabila keretanya
hampir-hampir terbabas masuk ke dalam gaung. Berdecit-decit bunyi kereta
mereka.
Kini, kereta milik Tengku Dzafril Haidhar terus sahaja
mengaum laju meninggalkan Afiq bersama kekalahannya jauh ke belakang.
Dia tersenyum sinis.
Dia menang besar kali ini. Semua duit pertaruhan akan jadi miliknya. baru kau tahu siapa aku.
*****
Hakimi
mengerling gadis di sisinya itu. Sejak dua jam yang lalu, mereka
sekadar duduk diam di situ. Satu patah perkataan pun tidak terkeluar
dari bibir masing-masing. Mak Munah masih berada di bilik kecemasan.
“Awak tak mengantuk ke?’ soal Hakimi membuatkan gadis itu kini menoleh ke arahnya. Matanya kelihatan bengkak.
“tak, tapi kalau Tuan Hakimi mengantuk, tak apalah kalau Tuan Hakimi
nak balik dulu. Biar saya yang tunggu Mak Munah dekat sini. Lagipun esok
kan Tuan hakimi kerja” ujar Larra. Kelihatan lelaki itu tersenyum.
“tak adalah. Saya dah biasa dah stay-up. So no hal la. Cuma saya risau, awak tu. Kot-kot mengantuk” ujar Tuan Hakimi.
“tak adalah. Saya lebih risaukan Mak Munah tu je. Tak mengantuk pun” ujarnya.
Hakimi mengangguk-angguk tanda faham. Dia melihat tangan Adlea
menggosok-gosok telapak tangannya sebelum kembali menutup lengannya yang
terdedah. Baru dia perasan gadis itu hanya memakai T-shirt lengan
pendek. Walaupun saiznya kelihatan 2 kali ganda dari saiz tubuh gadis
itu, namun dia pasti gadis itu sedang menahan kesejukan.
Mujur dia memakai sweater. Perlahan-lahan dia menarik turun zip sweater Adidasnya sebelum menanggalkannya.
Larra
yang sedang khusyuk memerhati pintu bilik kecemasan dibuka, terkejut
apabila dia merasakan sesuatu disarungkan ke tubuhnya. Pantas dia
menoleh dan kini majikannya, Tuan Hakimi sedang meletakkan sweater
miliknya bagi menutup tubuhnya yang terdedah.
“saya tahu awak
sejuk. Pakailah dulu” ujar lelaki itu. Larra mengaku, sememangnya sejak
tadi dia menahan rasa sejuk namun tidak disangkanya lelaki itu perasan.
Lambat-lambat dia senyum. Dia memandang wajah milik lelaki itu. Baru dia
perasan lelaki itu sememangnya mempunyai raut wajah yang kacak.
“terima kasih” ujar Larra pendek.
Hakimi
memandang wajah Larra. Dia terpaksa mengaku, gadis itu sememangnya
mempunya aura yang tinggi untuk menambat hati lelaki. Sejak pertama kali
berjumpa dengan gadis itu lagi, hatinya sudah mula tertarik dengan
gadis itu. Serentak kedengaran pintu bilik kecemasan dibuka. Segera
matanya menoleh. Seorang doktor keluar sambil leka berbicara dengan
pembantunya.
Bulat mata Larra melihat doktor yang keluar dari
pintu itu. Faris! Lelaki itu merupakan bekas rakan sekolahnya.
Dilihatnya Hakimi telah pun mendahuluinya bangun menuju ke arah doktor
itu. Lambat-lambat dia bangun dan turut serta namun dia tidak berani
untuk menunjukkan wajahnya. Tubuh dan wajahnya dilindung di sebalik
tubuh sasa Hakimi.
Ingin sahaja dia menutup wajahnya ketika itu.
Jantungnya berdegup kencang. Dalam banyak-banyak doktor dalam hospital
ni, kenapalah dengan kau juga aku jumpa. Tak ada doktor lain ke. Kalau
kau cam aku, habislah aku. Aku tak bersedia lagi nak jumpa dengan
siapa-siapa ni. Dia teringat kembali peristiwa 9 tahun lepas.
Hakimi menoleh di sisinya. Adlea tiada. Baru dia sedar kini gadis itu
seolah-olah sedang bersembunyi di belakangnya. Apahal dengan perempuan
ni. Nak jumpa doktor pun takut. Pantas tangannya gagah menarik tubuh
Adlea menyebabkan gadis itu terdorong dan berdiri di sisinya.
Doktor Faris itu masih sedang asyik menerangkan sesuatu pada
pembantunya. Larra menoleh ke arah troli di tepi itu. Ikutkan hatinya,
mahu sahaja dia berlari dan bersembunyi di bawah troli itu.
“kamu
erm, saudara Puan Maimunah?” soal doktor itu membuatkan Larra
cepat-cepat menundukkan wajahnya. Sebawah yang boleh dia cuba
menyembunyikan mukanya.
“saya majikan. Tapi ini anak saudara dia” ujar Hakimi sambil menunjukkan Adlea di sisinya yang sedang menunduk.
Doktor Faris menoleh ke arah gadis di sisi lelaki itu. Apa hal dengan
budak ni. Pelik dia melihat gadis itu yang menundukkan wajah. Dia
cuba-cuba mebongkokkan wajahnya untuk melihat wajah gadis itu bagi
memudahkan proses perbincangan namun gadis itu seolah-olah mengelak.
“Cik. Cik pandang saya kejap boleh. Saya nak bincang tentang Puan Maimunah ni” ujar Doktor Faris.
Larra mengetap bibirnya. Dia memejam matanya erat. Akhirnya dia
mengalah. Dia redha dengan apa jua yang bakal berlaku. Perlahan-lahan
wajahnya diangkat memandang lelaki bergelar Doktor Faris itu.
Bulat matanya memandang wajah di hadapannya kini. Biar betul apa yang
aku nampak ni. Aku ni mimpi ke. Bukan ke dia di luar negara.
“Larra!” jeritnya akibat terlalu terkejut. Bergema sejenak koridor itu dengan suaranya.
Hakimi sekadar memandang hairan doktor di hadapannya bersama Adlea di sisinya. Sungguh dia tidak faham apa yang telah berlaku.
“Siapa Larra?” soal Larra berpura-pura hairan. Yes! Aku kena pandai berlakon ni, jeritnya di dalam hati..
Hakimi mengerling sekilas ke arah Adlea yang kelihatan hairan dengan
soalan yang diajukan oleh doktor itu sebelum memandang pula reaksi
doktor di hadapannya juga sedang keliru. Apa benda semua ni. Siapa Larra
yang disebut oleh doktor ni?
“awak bukan Larra?” soal doktor itu kembali. Larra pantas menggeleng.
“maaf doktor tapi saya rasa doktor salah orang. Ni Adlea pembantu rumah
saya” terang Hakimi membuatkan doktor Faris malu sendiri.
“oh,
maafkan saya Cik Adlea. Larra tu kawan sekolah saya. Rupa cik buat saya
teringat dekat dia. Sekali lagi maafkan saya” pinta doktor itu.
Larra sekadar mengangguk. Senang juga nak tipu kau ni. Lupa la tu nama
penuh aku Larra Adlea, gelaknya di dalam hati. Tak sangka lakonannya
menjadi. Lepas ni, aku boleh lah kot aku pergi interview jadi pelakon.
Doktor Faris sempat memerhati sekali imbas penampilan gadis yang
disangkanya Larra itu. Penampilannya biasa sahaja. Rambutnya yang
panjang di ikat satu, seluarnya kelihatan lusuh serta. Selipar buruk.
Kini dia yakin, tidak mungkin gadis itu adalah Larra, diva di
sekolahnya. Berbeza dari segi berpakaian antara mereka berdua. Pakaian
Larra sentiasa berjenama dan mengikut perkembangan fesyen semasa
sedangkan gadis itu tidak sama sekali.
“jadi macam mana dengan
hasil pemeriksaan Mak Munah?” soal Hakimi lagi membuatkan Doktor Faris
baru tersedar tujuan asal mereka bertemu dengannya. Untuk membincangkan
tentang Puan Maimunah.
“oh ya. Pasal Mak Munah. Laporan
mengatakan dia menghidap kanser paru-paru peringkat akhir” ujarnya.
Sempat dia mengerling ke arah gadis itu.
“apa? Barah paru-paru. Jadi macam mana doktor? Boleh sembuh” soal Larra cemas.
“kebiasaannya. Pesakit-pesakit yang menghidap barah peringkat akhir
memang tak ada harapan sembut” serba salah dia ingin memberitahu
kenyataan itu.
“Tapi buat sementara waktu, saya rasa lebih elok
kalau ibu saudara cik tinggal dulu dekat sini. Kita ada, pakar yang akan
pantau Puan Maimunah. Macam mana?” sarannya.
“Kalau macam tu,
saya pun rasa lebih elok kalau Mak Munah tinggal di sini. Macam mana
Lea?” soal Hakimi pula. Perlahan-lahan Larra mengangguk. Riak wajahnya
jelas masih terkejut dengan kenyataan yang diberikan.
“saya ikut je. Yang terbaik buat Mak Munah” ujar Larra perlahan menahan rasa sebaknya.
“bawak bersabar ya cik. baiklah, kalau macam tu, izinkan saya” ujar
lelaki itu meminta laluan untuk berlalu. Hakimi sekadar menganguk. Larra
di sisinya sudah menangis. Rasa kasihan melihat gadis itu.
Perlahan-lahan tubuh milik gadis itu ditariknya lembut sebelum
membiarkan gadis itu menangis semahunya di dalam dakapannya. Ternyata
gadis itu tidak menolak. Tangannya memeluk erat tubuh gadis itu berharap
dapat mengurangkan derita rasa hatinya.
****
Bagi meraikan
kejayaan yang diperoleh, mereka berkumpul di Zeen Club. Dua rakannya
masih dalam perjalanan. Lissa di sisinya dipandang sekali imbas.
“Kenapa you pandang i macam tu?” tegur Lissa apabila sedar dirinya diperhatikan.
“Tak ada apa-apalah” ujarnya sambil tersenyum sendiri.
“Alah Lissa, you macam tak faham-faham pulak dengan Zaf ni. Eh, korang
berdua kan. Bila nak kawen?” soal Faim tiba-tiba membuatkan Zaf tersedak
“Kau ni agak-agaklah Faim. Tanya dia pasal kawen memang cari nahaslah.
Dia kan dah ada tunang” ujar Ayie sambil ketawa besar. Dipandangnya
sekilas wajah Dzafril yang sedang serius memandangnya.
“Alamak aku lupa pulak, dia dah ada tu….” belum sempat Faim menghabiskan ayatnya, Lissa lebih dahulu pantas berkata.
“What?! You dah ada tunang?” soal Lissa jelas terkejut besar mendengar
kenyataan itu. Tengku Dzafril Haidhar mengerling sekilas ke arah gadis
itu tanpa bicara.
Ayie dan Faim saling pandang silih berganti sebelum kedua-duanya kembali memandang Lissa dan Zaf yang sekadar membisu.
“Zaf! You jawablah. Betul ke you dah ada tunang!” soal Lissa. Kali ini
nada suaranya sudah meninggi. Airr matanya juga mula bergenang. Lengan
lelaki dipegangnya erat meminta kepastian. Perlahan-lahan Tengku Dzafril
Haidhar mengangguk.
“Sampai hati you buat i macam ni” ujar Lissa
serentak bangun meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar. Faim dan Ayie
sekadar memandang dengan mulut yang separuh ternganga. Perlahan-lahan
Tengku Dzafril Haidhar meraup wajahnya. Satu keluhan berat dilepaskan.
“Weh alamak, dia nangis ar” ujar Faim yang kelihatan cemas melihat Lissa yang yang menangis.
“camne ni weh. Aku ingat dia tahu pasal kau dah ada tunang” ujar Ayie pula.
“Biar je lah. Aku tak ada masa nak pujuk perempuan merajuk pasal hal
remeh temeh ni lah” ujar Tengku Dzafril Haidhar selamba sebelum meneguk
minuman keras di gelasnya.
“Hal remeh temeh kau cakap?” Ayie
mengeluh sebelum bersandar. “kau sedar tak, yang kau dah mainkan
perasaan dia, Zaf?” ujar Ayie. Tengku Dzafril Haidhar mengerling sekilas
sebelum mula bersuara.
“bukan salah aku. Dia yang syok sendiri. Aku layan dia biasa je” ujar Tengku Dzafril Haidhar.
“Kau ni Zaf. Tak hairanlah kalau kau dapat gelaran kasanova. Aku yang
tengok si Lissa tu nangis tu pun tak sampai hati kau tahu. Tapi kau
boleh tak rasa apa-apa. Aku tak tahulah lagi dengan kau ni Zaf” tegur
Faim pula.
“so sekarang kau nak backup perempuan tu la?’ soal Tengku Dzafril Haidhar kembali.
“bukan tu maksud kita orang. Hari tu Erin, hari ni Lissa. Kau memang
sikit pun tak ada ke rasa kesian tengok perempuan menangis? ” ujarAyie.
“Entahlah. Air mata dia orang tu terlampau murah. Senang sangat nak
mengalir. Aku dah banyak kali la tengok perempuan menangis. So bagi aku
perempuan ni semua sama je” ujar Dzafril meluahkan isi hatinya.
“Tapi Zaf….”
“Yo! Sorry lambat” sergah satu suara di pintu. Pandangan mereka beralih
ke arah pemilik suara itu. Kini, kelihatan Aqiem dan Joe muncul di
kabin itu.
“Apahal ni? Muka macam ada masalah je. Commonlah! Kita
kan baru menang! Menang besar tu ketua kita. Happy la!” ujar Aqiem
sebelum mengambil tempat di sebelah Tengku Dzafril Haidhar.
“Tak
ada. Kau tengoklah perangai kawan baik kau tu. Dia buat perempuan macam
pampers” adu Faim. Aqiem tergelak sama sambil memandang ke arah Dzafril
yang selamba di sisinya.
“bukan lampin ke?” soal Ayie. Faim menoleh ke arah rakannya itu.
“sama lah jugak tu. Cuma pampers ni upgrade sikit dari lampin pakai
buang” ujarnya. Serentak mereka semua tergelak mendengar jawapan Faim.
“Sapa pulak mangsa baru?” soal Joe tidak sabar. Aqiem menoleh ke arah
Tengku Dzafril Haidhar yang hanya berdiam diri sejak tadi.
“pampers mahal punya” jawab Ayie sambil tersengih.
“Siapa?” soal Joe lagi.
“Cik Lissa kita tu lah. Yang badan macam ni tu” ujar Faim sambil
menunjukkan isyarat bentuk badan Lissa yang solid. Serentak mereka semua
tergelak mendengar kata-kata Faim.
“Lissa tu cantik kot. Kacuk
lagi. Apa kes la kau ni Zaf. Macam tu punya cantik pun kau buang.
Sebenarnya kau ni straight ke tak?” seloroh Joe sambil menghisap rokok
di tangannya
“kau Joe, kalau aku kasi penumbuk sekali, benjol mulut kau. Aku ada rupa macam gay ke?” soal Tengku Dzafril Haidhar
“Relax la kawan. Aku tanya je. Sebab orang kalau straight, dia suka
perempuan tau. Tapi kau, nampak macam anti perempuan je. Tu aku
ragu-ragu tu” ujar Aqiem pula.
“betul ke kau bukan gay?” soal Ayie pula. Bulat mata Tengku Dzafril Haidhar memandang rakannya.
“gila la kau. Aku anti perempuan tak bermaksud aku gay” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil mencapai gelas arak di atas meja.
“tak adalah, pelik kot. Awek kau keliling pinggang. Model ade,
peramugari even artis pun ada. Tapi satu pun kau tak minat. Sebab tu aku
musykil” soal Faim.
“perasaan cinta tu, cuma mainan hormon dalam
kepala otak kita hang tau dak? Tak mungkinlah aku nak jatuh cinta” ujar
Tengku Dzafril Haidhar.
“Kau jangan angkuh Zaf. Kalau suatu hari nanti dibuatnya kau betul-betul jatuh cinta, kau nak cakap apa?’ soal Aqiem.
“agh merepeklah! Mustahil la Qiem. Mustahil” ujar Tengku Dzafril Haidhar.
“rugi rugi!’ ujar Ayie tiba-tiba. Serentak mereka semua menoleh ke arah
Ayie dengn kerutan di dahi yang jelas di wajah masing-masing.
“apa yang rugi?” soal Joe.
“rugilah. Kau Zaf, rupa ada, kaya, senang cerita kau memang pakej lah.
Tapi rugi sebab kau tak nampak nikmat bercinta tu. Rugi rugi” ujar Ayie
lagi. Serentak mereka semua ketawa.
“betul tu Yie. Aku kan kalau
lah kot-kot budak Zaf ni jatuh cinta, aku belanja kau orang makan besar
lah. Salute sama perempuan tu boleh kasi kawan kita yang keras hati ni
cair” ujar Faim.
“Apa kau orang ni, merepek la” ujar Tengku Dzafril Haidhar yang turut ketawa.
“betul ke weh Faim. Aku, kalau betul budak Zaf ni jatuh cinta. Aku tuntut dengan kau Yie. Kau dah janji” ujar Joe.
“betul. Aku janji. Aku belanja kau orang” ujar Faim lagi.
“baguslah Faim. Eh ni Zaf. Tiba-tiba aku teringat pasal kau dengan
tunang kau tu. Apa citer?’ soal Aqiem. Tengku Dzafril Haidhar terdiam
lama mendengar kata-kata Aqiem itu. Entah mengapa dia tiba-tiba
teringatkan Adlea pembantu rumahnya.
“aku tak tahu” ujarnya pendek.
*****
Dato’
Qamal menolak pintu yang tertera nama “Larra Adlea’ di pintu masuknya
itu. Terlihat sekujur tubuh sedang duduk di atas katil termenung
sendirian sambil membelek-belek album milik Larra.
“saya dah agak
dah awak dekat sini. Asal hilang mesti ke sini” ujar Dato’ Qamal sambil
duduk di sisi Datin Marissa. Sejak pemergian Larra. Wanita itu sudah
tidak seceria dahulu.
“saya rindu sangatlah dekat dia bang” ujar Datin Marissa.
“abang faham. Larra tu satu-satu anak perempuan yang kita ada. Abang pun rindu dia” luah Dato’ Qamal.
“orang-orang abang masih gagal cari dia ke?” soal Datin Marissa. Dato’ Qamal menoleh.
“dah
ke sana sini dah orang-orang abang cari dia. Tapi masih tak
jumpa-jumpa. Awak tak ada cuba-cuba call telefon bimbit dia?” soal Dato’
Qamal. Datin Marissa mengeluh.
“hari-hari saya call bang. Satu pun tak berangkat” ujarnya.
“sabar je lah Marissa. Kalau dia ingat kita, dia mesti akan balik semula ke pangkuan kita” ujar Dato’ Qamal.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar