Rabu, 18 November 2015

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 1





Larra memerhati telefon I-phonenya yang menunjukkan nama pemanggilnya. Tertulis di situ nama ‘papa’ di skrin.
“Larra? What’s wrong? Don’t tell me it’s a call from your dad” ujar Amanda yang sedang berjalan menuju ke dapur. Larra mengeluh perlahan sebelum mencapai telefon bimbitnya dan berjalan menuju ke balkoni appartmennya. Sudah beberapa kali papanya cuba menghubunginya.
“Hello papa” ujarnya.
“Larra. Kenapa tak angkat papa call? Dari semalam papa try call Larra” marah papanya. Larra menelan air liurnya yang terasa sedikit kelat. Dia menyandarkan badannya ke dinding
“Sorry papa. Larra. Larra busy sikit” jawabnya sengaja memberikan alasan. Yang sebenarnya dia sememangnya mengelak panggilan telefon dari papanya. Dia tidak mahu papanya memaksa dia lagi. Kedengaran keluhan berat dilepaskan oleh papanya di hujung talian. Pasti papanya tahu dia hanya memberi alasan.

“Ke Larra cuba mengelak dari papa? Larra still nak duduk Kota London tu. dah…” belum sempat papanya menghabiskan kata, Larra terlebih dahulu memotong.
“Papa, papa tahu jawapan Larra kan?. Larra tak nak balik Malaysia” pujuknya lembut. Dia harap papanya faham yang hatinya masih belum bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja di Malaysia. Pengalaman masa lampaunya masih menjadi mimpi buruk baginya.
“Sampai bila Larra nak duduk situ? Dah 9 tahun dah pun kejadian tu berlaku. Orang dah lupa dah. Sekarang dah sampai masanya Larra balik sini” pujuk papanya lagi. Walaupun jangka masa 9 tahun telah berlalu semenjak kejadian yang memberi kesan dalam sejarah hidupnya, berlaku namun Larra pasti. Tidak mungkin orang akan melupakan kejadian itu dengan mudah.
“Larra? Dengar tak apa yang papa cakap ni?” soal papanya lagi apabila tiada balasan yang diterima dari Larra.
“Ya papa, Larra dengar tapi Larra still belum bersedia lagi. Just give me a little more time here” jawabnya.
“Look Larra, papa sebenarnya tak nak beritahu Larra pasal kenapa papa betul-betul nak Larra balik Malaysia semula tapi nampaknya sekarang, papa terpaksa berterus terang dengan Larra.” ujar papanya membuatkan Larra mula berteka-teki.
“apa maksud papa?” soalnya sedikit tidak sabar.
“Mama sakit sekarang. Papa tak boleh jangka apa yang mungkin berlaku nanti. Just papa harap, Larra balik jumpa mama. She really need you here”
“what? Ma.. Mama sakit? Sakit apa papa?” soal Larra. Suaranya kedengaran cemas.
“Larra balik dan Larra tengok la sendiri mama. Papa tak nak cakap banyak pasal hal ni. Larra balik ye?” pujuk papanya lagi. Kali ini Larra buntu. Dia tersepit antara keinginannya dan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Dia sememangnya tidak mahu balik ke Malaysia, tapi mamanya memerlukan kehadirannya di sisi. Aku tak patut pentingkan diri sendiri, ujarnya di dalam hati.
“Baiklah papa. Larra balik” ujar Larra.
“Good Larra. Kalau macam tu, nanti bila dah sampai airport, papa akan suruh Pak Mat jemput Larra. Okay?” soal papanya lagi.
“Okay papa. Erm, Larra dah mengantuk ni. Goodnight papa” ujarnya sebelum memutuskan talian.
Larra berjalan masuk ke dalam lapangan terbang. Kelihatan segenap ruang itu dipenuhi dengan ramai orang yang terdiri dari pelbagai bangsa. Tidak kurang, pelancong-pelancong asing turut memenuhi ruangan itu. Larra memerhati sekeliling. Sepatutnya Pak Matlah yang akan menjemputnya namun bayang lelaki itu masih belum muncul. Tangannya memegang seketika rantai emas putih bersama loket yang tertera huruf awal namanya iaitu L dan A. Rantai itu merupakan hadiah dari mamanya. Dia tersenyum seketika apabila teringat akan mamanya. Sungguh dia rindu wanita itu.
Syaheera sedikit tergamam apabila matanya menangkap gadis tinggi lampai yang mengenakan kot putih mini itu. Rambutnya yang panjang hanya dibiarkan lepas namun wajah gadis itu benar-benar membuatkan dia teringat kembali kepada seseorang. Pantas ekor matanya memerhati gadis itu yang kini sedang melepasinya. Dia pasti, itu adalah gadis yang sama yang pernah dikenalinya dahulu.
Pantas langkahnya turut diatur mengekori langkah gadis itu yang sedikit pun tidak mengenalinya, juga tidak sedar yang dirinya sedang diekori oleh Syaheera. Pantas Syeheera mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya sebelum beberapa gambar gadis itu berjaya diambilnya. Dia tersenyum gembira melihat gambar-gambar yang telah berjaya diambilnya.
Tak sangka kau tak kenal aku, tapi tak hairanlah kalau kau tak kenal. Kau mungkin tak kenal lagi aku, tapi aku tak mungkin tak kenal kau Elle, ujarnya di dalam hati. Dia sudah memberitahu beberapa orang rakannya tentang berita itu.
She’s back! You guess who i just met by chance in KLIA? See the pic and don’t tell me you not even yet remember her. please say welcome back to the hoity-toity Elle.
Dia memandang sekeliling, dah kini dia sudah kehilangan jejak gadis itu. Tak kisahlah, yang penting aku dah dapat gambar kau. Kini telefon yang berbunyi menandakan ada beberapa mesej telah masuk ke dalam inboxnya. Dia membaca satu persatu mesej itu.
Sender: Ridza hazim
Are you sure this girl is Elle? The head of HV? Tapi pic tu memang nampak macam dia la. Dia stil gorgeous macam dulu. Wakaka. Sya, tolong kirim salam dekat dia. Haha. Gurau!
Sender: Adilah Zara
Kau ni gile ke? Biar betul perempuan tu dah balik sini? Huhuhuhu.memang hot gossip ni kalau budak-budak lain tau dia dah balik. Hahaha. Aku pasti akan sebarkan.tapi kan sya. Aku nasihatkan kau, kau jangan diri dekat-dekat dengan dia tau. Aku risau ni, bahaya siot perempuan tu. hahaha
Sender: Syazu
Mana boleh lupa siapa Elle. Aku ingat lagi apa yang dia dah buat dekat aku.Sampai aku mati pun aku mesti ingat punya dia ni. Tapi pasal apa dia balik tetibe ek?. pape pun. Thanks la sya bagitau aku. Citer hot ni. haha
Syaheera tersenyum membaca semua mesej-mesej itu. Ternyata rakan-rakanya juga masih ingat dengan jelas tentang Elle.
“Aku tak sangka boleh jumpa kau lagi. Welcome back, Elle” ujarnya seraya menutup telefon bimbitnya.
Larra memakai cermin mata hitamnya sambil terus berjalan. Matanya leka memerhati gelagat beberapa pasangan keluarga tidak jauh darinya. Tiba-tiba badannya dilanggar dengan kuat membuatkan badannya gagal dikawal dan tidak semena-mena terdorong ke hadapannya. Di menjerit, namun ada tangan gagah lebih pantas mencapai bahunya dan pinggangnya bagi mengelakkan dia dari terjatuh. Larra menarik nafas lega apabila dia kembali berdiri namun matanya kini menangkap susuk seorang lelaki tinggi di hadapannya. Dia kaku seketika. Tidak pernah dia membenarkan lelaki menyentuhnya apatah lagi, memeluk seperti lelaki itu. Dia mula berasa sedikit marah. Kalaulah dia tidak terlanggar dengan lelaki itu tadi, pasti tidak ada sebab untuk lelaki itu memegangnya.
“Cik? Are you okay?” kedengaran suara garau milik lelaki memecahkan lamunannya.
“Yes, i’m okay” ujar Larra sebelum bagasinya yang jatuh pantas diambilnya sebelum dia berkira-kira untuk cepat-cepat meninggalkan lelaki itu.
“You should say sorry” kedengaran suara lelaki itu keras menampar telinganya membuatkan Larra yang telah pun berpusing terhenti dari terus berjalan.
“At least thanks” sambung lelaki itu lagi. Perlahan-lahan Larra menoleh memandang kembali lelaki itu yang masih berdiri di hadapannya.
“What you mean by that?” soal Larra kembali. Meski lelaki itu memakai cermin matanya namun jelas riak sinis dilemparkan melalui senyumannya.
“What i mean by that? Awak dah langgar saya, then awak sepatutnya cakap sorry. At least thanks.” bingkis lelaki itu lagi. Kata-katanya penuh dengan sinis membuatkan Larra benar-benar malu. Larra perlahan-lahan membuka cermin mata yang menutupi separuh mukanya.
“in that case, i’m sorry and thanks” ujar Larra sebelum kembali berjalan laju menarik bagasinya meninggalkan lelaki itu. Dia benar-benar geram. Berani benar lelaki itu memerlinya begitu.
“Baru balik sini je dah jumpa benda tak elok. I hate it. I hate it!” ujarnya membebel sendiri. Dia benar-benar marah.
Tengku Dzafril Haidhar memandang gadis berkot putih itu yang sudah kian menjauh. Kelihatannya kata-katanya telah membuatkan gadis itu marah. Memang dia sengaja berbuat begitu. Melihat sikap dingin gadis itu yang ingin beredar begitu sahaja membuatkan egonya tercabar. Lantas dia sengaja berkata kasar begitu demi menarik perhatian gadis itu. Perempuan macam tu patut diajar. Jangan sebab dia cantik, dia boleh tak endah kan aku, ujarnya sebelum mengemaskan kot yang dipakainya.
Tak semena-mena matanya tertancap pada sesuatu yang kemilau di lantai. Perlahan-lahan dia membongkokkan badannya bagi mencapai rantai emas putih itu. Dia membelek-belek seketika rantai itu dan didapatinya loket itu tertulis huruf L dan A.
“Rantai ni perempuan tu punya ke?” soalnya perlahan sambil terus memikir-mikir. Akhirnya dia menarik nafas dalam sebelum menggengam erat rantai itu di dalam genggamannya dan berjalan melangkah pergi.
Erina membelek jam tangannya yang sudah menunjukkan angka 3 petang. Namun bayang kekasihnya belum tiba. “Mana Zaf ni? Kata nak jemput awal” marahnya. Serentak bayangan perbualan antara dia dengan senior modelnya kembali menggamit memorinya.
“Kakak bukan nak cakap apa, Rin. Tapi you pasti ke, yang Dzafril Haidhar tu setia?” soal Kak Hanis. Erina menoleh sebentar ke arah Kak Hanis sebelum tersenyum.
“Alah Kak. Rin kenal Zaf tu dah lama dah. Memanglah ada dengar cerita-cerita tu tapi Rin yakin Zaf setia dengan Rin” ujar Erina cuba mempertahankan kesetian Dzafril padanya.
“Bukan tu Rin, tapi akak nampak dengan mata kepala akak sendiri dia berpeluk-peluk dengan perempuan lain Sabtu lepas. Akak pasti tu Zaf, boyfriend Rin. Kalau setakat kawan, takkanlah sampai peluk-peluk Rin” balas Kak Hanim lagi cuba meyakinkan Erina. Erina bingkas bangun.
“Dia kan memang sosial sikit kak. Rin percaya dia tak ada apa-apa. Mungkin perempuan tu je yang lebih-lebih goda Zaf” ujar Erina lagi. Kak Hanim kelihatan berputus asa. Satu keluhan berat dilepaskan.
“Akak bukan apa Rin. Akak just nak Rin hati-hati je. Lelaki sekarang ni tak boleh percaya nak-nak lagi yang ada status anak VIP macam Zaf tu. Lagilah Rin. Ramai perempuan tunggu peluang nak dengan dia tau. Kalau memang Zaf tu setia dengan Rin tak apalah. Akak doakan yang terbaik je buat Rin” ujar Kak Hanim lagi.
“Sayang!” kedengaran satu suara memanggilnya membuatkan lamunannya terhenti. Dia menoleh dan kelihatannya teman lelakinya sedang berdiri di situ. Pantas dia menarik wajah masam sebelum memalingkan wajahnya dari terus memandang lelaki itu.
“i tahu la i tak handsome, tapi janganlah palingkan muka you dari I macam tu. Erina, i’m sorry okay for late” pujuk Dzafril lagi.
“You kata nak jemput i pukul berapa. Flight i sampai pukul 2 tau. You jemput i tengok pukul berapa? 3.30 dah” ujar Erina.
“Alalaala. Comelnya muncung you. I bukan sengaja nak jemput you lambat tapi i ada meeting dengan bahagian marketing hotel tadi. Habis meeting i terus datang sini jumpa you” pujuk Dzafril lagi. Dia memandang lama wajah milik Erina. Wajahnya yang bujur sirih dengan sepasang mata bulat dan hidung yang mancung memang mampu membuatkan mana-mana lelaki yang memandangnya menoleh berkali-kali ke arahnya. Lagipun tidak hairanlah kerana gadis itu juga seorang model dan pastilah cukup pakej menjadi wanita idaman lelaki.
“You dengar tak i cakap ni Zaf?!” jerit Erina apabila melihat lelaki itu termenung jauh memandangnya. Serentak membuatkan Zaf terkejut.
“Ya.. Yes sayang i dengar. So you maafkan i ke tak ni?” soalnya. Erina memandangnya lama.
“Boleh, dengan syarat you bawa i dinner malam ni” ujar Erina. Dzafrill serentak teringat malam itu dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan Dareena.
“erk sayang. Malam ni tak boleh sebab i kena tolong my dad. Malam esok pulak i busy satu hari. So, kalau esok lusa boleh?” soalnya. Erina terdiam sejenak.
“Ke, you nak bawa awek you yang lain?” teka Erina sengaja menguji Dzafril. E’eh perempuan ni. Macam paham-paham pulak yang aku ada date lain.
“Eh, tak adalah sayang. You kan tahu i setia dengan you je. So boleh la ea esok lusa?” dilihatnya Erina mengangguk tanda setuju. Dia tersenyum sambil memeluk gadis itu dan menarik bagasinya Erina. Tangan Erina melingkari pinggangnya. kenapalah, kau macam ni punya cantik pun, aku still tak ada perasaan lagi.
“Cik Larra?” soal satu suara membuatkan Larra serentak menoleh ke arah lelaki tua itu. Terdiam dia sejenak dan setelah beberapa ketika dia pasti itu adalah Pak Man, pemandu peribadinya dahulu.
“Pak Man” ujarnya pendek sambil tersenyum. Lelaki tua itu turut tersenyum sambil berjalan ke arahnya. Lelaki itu kelihatan berumur dengan rambut yang memutih. Kedutan di dahinya juga kelihatan agak jelas membuatkan dia hampir tidak cam lelaki itu. Mujur lelaki itu mengenalinya.
“Maafkan Pak Man sebab lambat Cik Larra. Jalan sesak sikit tadi” ujarnya sambil mencapai bagasi-bagasi milik Larra.
“Tak apalah. Saya pun baru je sampai tadi. Nasib baik Pak Man cam saya” ujar Larra dengan lembut membuatkan Pak Man menoleh hairan ke arahnya.
“Kenapa pandang saya macam tu, Pak Man?” soal Larra kembali. Cepat-cepat Pak Man menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum tergelak sendiri.
“Tak ada apa-apalah Cik Larra. Pak Man ni dah tua, tak sedar pulak yang Cik Larra dah jadi dewasa pun. Malah, makin cantik Pak Man tengok” ujar lelaki itu. Larra sekadar tersenyum sambil berjalan mengikuti langkah Pak Mannya. Baginya tidak ada apa-apa pada pujian tersebut. Dia bukanlah jenis yang makan pujian. Pujilah dia macam mana melambung pun, dia tidak termakan dengan kata-kata tersebut.
“Tak adalah, Pak Man. Saya still macam ni juga. Sebab dah lama tak jumpa kot” balas Larra pula. Lelaki itu membukakan pintu keretanya bagi memudahkan Larra untuk masuk.
“yelah, dah lama tak jumpa cik. Hampir tak kenal Pak Man dibuatnya tadi. Nasib baiklah betul pak cik panggil” ujar Pak Man sambil memandu keluar dari lapangan terbang itu.
“Ni cik. Errrr sebenarnya cik balik hari ni, Datin tak tahu. Datuk nak buat surprise dekat dia” ujar Pak Man lagi. Larra memandng Pak Man melalui cermin tengah.
“So mama tak tahulah saya nak balik hari ni?” soalnya. Pak Man turut memandangnya melalui cermin tengah itu.
“ya cik” balasnya.
“Erk, lagi satu Pak Man. Boleh saya tahu tak. Mama saya sakit apa?” soalnya. Pak Man memandangnya hairan.
“Sakit? Sakit apa pula cik? Datin tak sakit apa-apa pun” ujar Pak Man serentak membuatkan wajah Larra berkerut. Bukankah, papanya memberitahunya bahawa mamanya sakit. Sekiranya memang benar mamanya sakit, masakan Pak Man tidak tahu. Bukankah lelaki itu pemandu tetap keluarganya.
“Err, tak ada apa-apalah Pak Man. Mungkin saya silap dengar kot” ujarnya sambil menyandarkan kepalanya. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kereta memerhati pemandangan di sekitar Kuala Lumpur. Sudah 9 tahun dia tidak menjejakkan kakinya di situ, dah kelihatan sudah banyak perubahan yang berlaku sepanjang ketiadaannya.
Pak Man pula mencuri-curi pandang wajah milik Larra melalui cermin pandang belakang. Sememangnya gadis itu cantik. Wajahnya kelihatan lebih matang jika dibandingkan dengan 9 tahun lepas. Pasti menjadi pujaan ramai jejaka. Dia masih ingat di mana 9 tahun dahulu anaknya Ali juga pernah meminati anak majikannya ini dalam diam-diam. Bukan dia tidak tahu, anak lelakinya itu sering datang ke rumah Datuk Qamal dengan alasan untuk berjumpanya adalah semata-mata ingin melihat Larra yang diambilnya setiap hari dari sekolah. Namun ada sesuatu yang lebih menjadi persoalan dalam benak fikirannya semenjak dia berjumpa Larra dilapangan terbang tadi.
Gadis itu kelihatan telah berubah. mungkin lebih matang. Tiada lagi riak ego dalam tutur katanya. Perbicarannya lebih lemah lembut dan kelihatannya gadis itu lebih menghormati dirinya yang lebih tua kini. Tidak seperti dahulu. Pantang salah sedikit pasti di makinya cukup-cukup oleh gadis itu. Sudah kenyang dia menerima kata-kata cercaan seperti bodoh, tua, lembap dan sebagainya yang dihamburkan oleh Larra setiap kali dia membuat kesilapan. Namun hari ini gadis itu tidak kelihatan seperti itu lagi. Mungkin kejadian hitam itu memberi kesan mendalam kepadanya, ujarnya Pak Man di dalam hati. Pantas pengalaman dia dimarahi dan dimalukan oleh Larra kembali menggamit memorinya.
Ketika itu dia lambat menjemput Larra dari sekolah. Setibanya dia di sekolah itu, Larra telahpun menunggunya dengan muka masam. Larra memang pantang dijemput lambat. Cepat-cepat dia keluar dan membukakan pintu untuk Larra.
“kan saya dah cakap, saya tak suka kalau orang jemput saya lambat!” tengking Larra membuatkan beberapa pelajar lain di situ sudahpun mula menoleh ke arah mereka. Dia agak malu diperlakukan seperti itu namun dia masih cuba bersabar. Apa-apa pun gadis itu merupakan anak majikannya.
“maaf cik, tayar pancit jadi saya terpaksa tukar kereta nak ambil cik” ujarnya kembali.
“Pak cik jangan bagi alasan ea. Bukan saya tak tahu, pak cik tu lembap! Kalau dah tua tu, buat cara tua la! Ikutkan hati saya, saya memang tak nak pak cik kerja dengan saya. Entah apa agaknya yang papa pandang dekat pak cik ni. Buat kerja pun lambat!” ujar Larra sebelum masuk ke dalam kereta. Dia benar-benar malu ketika itu apabila Larra memarahinya di hadapan pelajar lain.
Dia kembali memandang Larra melalui cermin tengah. Gadis itu kelihatannya telahpun tertidur. Mungkin sukar dipercayai gadis itu merupakan gadis yang sama 9 tahun lepas.
“Cik….cik” Larra perlahan-lahan membuka matanya. Penat sungguh rasa badannya dan dilihatnya kini Pak Man sedang memerhatinya sambil tersenyum mesra.
“Dah sampai dah cik” ujarnya. Larra membuka matanya luas-luas sambil matanya pantas melihat suasana banglo dua tingkatnya yang masih seperti dahulu. Tidak banyak yang berubah. Perasaanya melonjak-lonjak untuk masuk ke dalam banglo. Tidak sabar rasanya menemui mamanya, Datin Marissa.
“Pak Man, saya masuk dulu” ujar Larra seraya membuka pintu keretanya dan berjalan melangkah masuk ke pintu banglo. Pak Man pula membuka bonet kereta dan mengeluarkan bagasi-bagasi milik Larra.
Larra mula menjejakkan kakinya ke ruang utama banglo tersebut dan matanya menangkap seorang wanita separuh abad dan dia pasti. Itu adalah pembantu rumahnya yang berkhidmat dengan keluarganya sejak dia kecil lagi, Mak Cik Siah. Wanita itu kini berjalan mendapatkannya dengan wajah kehairanan.
“Cik ni siapa ya?” ujar wanita itu. Namun belum sempat Larra menjawab wanita itu lebih dahulu menyambung kata-katanya. “Kejap ya cik, cik tunggu sini. Saya panggilkan Datin” ujar Mak Cik Siah lagi membuatkan Larra sedikit hampa.
“kau tak kenal ke siapa ni Siah?” soal satu suara dari belakangnya dan Pak Man datang berdiri di sisinya dengan membawa bagasi-bagasinya.
Berkerut-kerut dahi Mak Cik Siah memandang Pak Man sebelum pandangannya diarahkan memandang Larra. Dia berpatah balik semula dan berdiri di hadapan Larra yang turut memandangnya. Setelah beberapa ketika, Mak Cik Siah seakan-akan teringat sesuatu dan dia memandang gadis di hadapannya kini dengan pandangan tidak percaya.
“Ya Allah, ni.. Cik Larra kan?” soal Mak Cik Siah sedikit terkejut. Larra tersenyum sambil mengangguk dan menghulurkan tangan bagi bersalaman dengan wanita tua itu.
Terkedu sejenak dia melihat anak majikannya yang bernama Larra itu menghulurkan tangan. Nak bersalam ke dia ni? Soalnya di dalam hati.
“Eh Siah, tak nak bersalam ke?” tegur Pak Man membuatkan Mak Cik Siah tersentuk namun tangannya turut dihulurkan bagi bersalaman dengan Larra.
“Maaflah. Tangan mak cik kotor. Baru lepas bersihkan habuk-habuk tu” ujar Mak Cik Siah.
“Tak apa lah mak cik. Saya tak kisah pun. Mama ada tak?” soalnya lagi. Mak Cik Siah mengerutkan keningnya sambil menjeling ke arah Pak Man.
“Eerk.. Datin? Ada. Dia ada dekat dalam. Nak mak cik panggilkan ke?” soal Mak Cik Siah. Larra pantas menggeleng.
“Tak pe mak cik. Saya pergi jumpa dia sendiri” ujar Larra. Mak Cik Siah mengangguk.
“Baiklah kalau macam tu, biar mak cik naik atas dulu. Hantar bagasi-bagasi ni ke bilik Cik Larra” ujar Mak Cik Siah sebelum berjalan mengambil bagasi-bagasi Larra dan berjalan meninggalkannya.
“Cik, kalau tak ada apa-apa. Pak cik pergi dulu” ujar Pak Man. Larra menoleh dan mengangguk sahaja. Dia berjalan ke sekitar ruang bawah itu bagi mencari kelibat mamanya sambil melihat-lihat ruang yang selama ini dia telah tinggalkan. Masih tidak jauh berbeza dan gambar besarnya sewaktu kecil masih lagi diletakkan di ruang keluarga itu. Dia tersenyum sambil langkahnya di atur menuju ke dapur. Hampir terkejut dia melihat seorang lagi gadis mungkin sekitar usianya sedang berada di situ. Gadis itu juga terkejut melihatnya. Larra berjalan masuk ke dalam ruang dapur
“eh awak ni siapa?” soal gadis itu curiga.
“Saya Larra. Mama saya ada?” soal Larra kembali. Berkerut dahi gadis itu.
“Mama awak? Manalah saya tahu mama awak tu ada ke tak kat sini. Tetamu tak dibenarkan turun ke dapur cik. Jadi boleh keluar tak?” soal gadis itu lagi membuatkan Larra sedikit terkejut dengan sikapnya.
“Erk takpelah….” belum sempat Larra menghabiskan bicaranya dia mendengar suaranya mamanya dari jauh.
“Ni apa kecoh-kecoh ni. Saya dengar dari tadi. Kat depan kecoh, sini pun ke….” kata-kata mamanya terhenti apabila terpandang dia berdiri di situ.
“La.. Larra Adlea?” soal mamanya jelas terkejut. Larra tersenyum dan kini mamanya telahpun berjalan menghampirinya. Pantas Larra mencium tangan ibunya sebelum memeluk erat Datin Marissa.
“Betul ke ni Larra?” soal mamanya jelas tidak percaya dengan kemunculan di banglo itu secara tiba-tiba. Mungkin perlakuan mereka sekadar diperhatikan oleh wanita yang memarahinya seawalnya tadi.
“ya mama. Ni Larra. Larra rindu sangat dengan mama” ujar Larra sambil mencium kedua-dua pipi mamanya. Serentak Datin Marissa menolak lembut Larra membuatkan Larra terkejut dengan tindakan spontan mamanya itu. Kenapa mamanya menolak untuk dipeluk.
Datin Marissa masih ingat Larra pernah memarahinya dahulu apabila dipeluk di tempat umum.
“Mama boleh tak jangan peluk Larra macam tu. Larra bukan budak kecik lagi lah mama. Malu orang tengok mama peluk-peluk Larra macam tu” bayangan lama itu kembali mengisi memorinya.
“Mama?” soal Larra jelas terkejut dengan tindakannya tadi. Datin Marissa tsekadar tersenyum.
“Maaflah. Mama lupa Larra tak suka dipeluk. Lebih-lebih lagi depan orang” ujar mamanya sambil menjeling ke arah Nafisah yang berdiri memandang adegan mereka anak beranak sedari tadi.
“Larra bukan macam dulu lagi mama” ujar Lara sambil kembali memeluk mamanya erat. Datin Marissa sedikit terkejut mendengar kata-kata Larra namun dia gembira. Apakah benar, anaknya itu telah berubah.
“Nafis, tolong sediakan makanan cepat” arah Datin Marissa sebelum kembali memandang Larra. “Larra mesti lapar kan” ujar Datin Marissa sambil menarik tangan Larra menuju ke meja makan.
Nafisah sedikit terkejut, rupa-rupanya gadis itu adalah anak Datuk Qamal yang dikhabarkan berada di luar negara. Selama 6 tahun dia bekerja di situ, baru kali ini dia melihat gadis itu du rumah banglo itu. Sungguh dia tidak menyangka gadis itu merupakan anak majikannya.
“maluuuunye aku. Dahlah aku marah dia tadi. Mesti dia fikir yang bukan-bukan pasal aku. Memang padan dengan muka aku. Lagi nak tunjuk lagak, sekali rupa-rupanya dia anak Dato'” marah Nafisah kepada dirinya.
Datin Marissa memerhati Larra yang duduk di hadapannya. Nafisah keluar sambil menghidangkan lauk pauk sebelum menceduk nasi ke pinggan Larra.
“Jemput makan cik” ujar Nafisah perlahan.
“Awak tak nak makan sekali ke?” soal Larra.
“Larra, sekarang adalah masa awak untuk makan. Bukan dia” ujar Datin Marissa tegas. Fahamlah Larra, undang-undang pembantu rumah dan majikan tidak boleh makan pada waktu sama masih berkuat kuasa di rumah itu. Perlahan-lahan Larra tersenyum sambil mula menyuap makanan ke mulutnya.
“Boleh Larra tanya something dekat mama?” soal Larra tiba-tiba.
“Tanya apa, sayang?” soal mamanya pula.
“Papa… Papa cakap mama sakit. Sebab tu Larra balik hari ni. Mama sakit apa?” soalnya. Dia masih ingin memastikan samada papanya menipu dia atau tidak. Takkanlah Pak Man boleh tak tahu mama sakit. Dia teringat kembali jawapan pak Man apabila dia mengajukan tentang mamanya ketika mereka dalam perjalanan pulang sebentar tadi. Datin Marissa terdiam seketika.
“Sakit? Ouh a’ah. Hari tu memang mama demam. Sakit tapi hari ni dah okay sikit dah” balas mamanya. Larra memandang lama ke arah wanita itu dan seperti ada sesuatu yang tak kena. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan oleh mamanya. Namun, dia malas untuk ambil pusing.
“Larra kenapa tak cakap dengan mama awal-awal yang Larra nak balik. Kalau tak boleh mama suruh Mak Cik Siah hias-hias sikit bilik Larra tu” ujar Datin Marissa cuba mengubah topik. Sememangnya semenjak pemergian Larra, hanya Mak Cik Siah yang dibenarkan untuk mengemas bilik itu.
“Saja nak buat surprise dekat mama. Lagipun Larra balik sini tak lama, mama. Mungkin dalam seminggu” ujar Larra. Terkejut Datin Marissa mendengar jawapan anaknya. Masakan suaminya tidak memberitahu tujuan asal kenapa Larra perlu balik ke sini. Takkan dalam masa seminggu je boleh siapkan semua yang dirancang.
“Seminggu je Larra? Takkan seminggu je?” soal mamanya meminta kepastian. Dia benar-benar berharap anaknya itu takkan pergi darinya lagi.
“Seminggu je mama. Larra tak berani tinggal lama dekat sini. Mama pun tahu kan” ujar Larra kembali. Nada suaranya kedengaran sayu sekali. Sememangnya dia takut dengan kisah silamnya. Dia takut jika dia berlama-lama di situ, ada orang yang akan membawa cerita tentang perihalnya lagi. Dia tidak mahu keluarganya diperkatakan lagi.
“Mama ingat. Larra nak terus tinggal sini. Lagipun Larra, benda tu dah lama berlaku pun. Kenapa Larra tak nak lupakan je pasal hal tu?” soal Datin Marissa lagi cuba memujuk Larra. Meski dia tahu, Larra tidak mungkin berubah fikiran namun dia benar-benar berharap, Larra tidak akan kembali ke Kota Londan lagi meninggalkan dirinya di sini.
“i just not ready yet mummy. Please understand me” ujar Larra lagi.
“Mama faham. Mama faham sangat pasal hal ni. Tapi mama dengan papa bukan muda lagi Larra. I’m old now. Tak boleh ke Larra spend more time dekat rumah ni?” soal Datin Marissa lagi. Larra berhenti menyuap. Dia memandang ke arah Datin Marissa.
“Larra tahu. Larra tahu keputusan Larra ni tak adil buat mama dengan papa tapi Larra harap sangat yang mama boleh lepaskan Larra. I know my place is to be here but not now mama. Just not now” ujar Larra bersungguh-sungguh. Datin Marissa mengeluh tanda hampa. Anaknya itu masih lagi degil seperti dahulu. Keputusannya tidak mungkin berjaya diubah. Deringan telefon bimbit miliknya membuatkan Datin Marissa tidak jadi untuk terus berbicara dengan Larra soal itu.
“Larra makan dulu. Mama nak jawab call kejap” ujar Datin Marissa kepada Larra sambil berjalan keluar dari ruang makan meninggalkan Larra seorang diri. Nafisah mengambil kesempatan itu untuk menemui Larra.
“Erk, Cik Larra” panggilnya membuatkan Larra menoleh ke arahnya.
“Saya minta maaf pasal hal tadi. Saya tak tahu pulak yang cik Larra ni anak Dato’ dengan Datin. Saya minta maaf ya cik” ujar Nafisah lembut. Larra menarik nafas dalam sambil tersenyum.
“Tak apalah. Saya tak ambil hati pun. Biasalah tu. Awak tak kenal saya kan. Lagipun saya tak pernah balik sini kot semenjak awak kerja sini. betul tak?. So, mestilah awak ingat saya orang luar” ujar Larra kembali.
Nafisah tidak menyangka gadis itu sememangnya baik. Raut wajahnya yang cantik pasti memikat ramai orang yang melihatnya. Sukar untuk menjumpai gadis seperti itu kini. Walaupun kaya dan cantik namun kata-katanya masih lembut dan merendah diri.
“Kenapa pandang saya macam tu?” soal Larra apabila gadis tukang masak itu masih berdiri memandangnya lama. Pantas Nafisah menundukkan kepalanya.
“Erm takdelah. Saya cuma rasa jarang jumpa majikan macam cik. Cantik, kaya, pandai tapi baik” puji Nafisah.
“awak ni sengaja nak bodek saya kan. Awak pun cantik juga” ujar Larra. Nafisah tersenyum.
“kalau nak bandingkan saya dengan cik, memang jauh. Macam langit dan bumi. Saya hitam, cik putih. Eh memang tak sama langsung la. Memang sepadan lah cik dengan Te….” kata-katanya terhenti di situ. Dia tidak sepatutnya mengatakan hal seperti itu kepada Larra. Sepatutnya dia merahsiakan perkara itu. Perbualan antara kedua-dua majikannya didengarinya tanpa sengaja. Malah, lelaki yang bakal dijodohkna dengna Larra juga pernah datang ke rumahnya suatu ketika dahulu.
“Te? Te apa Nafisah?” soal larra yang sedang hairan.
“Erm.. Tak ada apa-apalah cik. Saya ke dapur dulu” ujarnya sambil berjalan keluar menuju ke dapur.
“Larra kalau dah siap makan, boleh naik ke atas. Berehat. Mak Cik Siah dan kemaskan apa yang patut untuk Larra” ujar Datin Marissa.
Tengku Dzafril Haidhar memegang perutnya yang terasa lapar. Langkahnya diatur menuruni tangga dan terlihatnya kelibat Kak Indah melalui ruang itu.
“Erk, Kak Indah. Saya lapar, boleh tolong siapkan makanan?” soalnya. Wanita itu menoleh ke arahnya.
“Baik tuan muda. Tunggu sebentar ya” ujar Kak Indah sambil pantas berjalan kembali ke dapur. Tengku Dzafril Haidhar melangkah menuju ke meja makan. Rumah itu sememangnya sunyi. Papanya sangat jarang berada di rumah. Kebiasaanya di rumah ini, memang dia berdua sahaja dengan Kak Indah. Namun dia tidak suka berdua-duaan dengan pembantu rumah itu. Kerana itu ketika papanya tiada, dia lebih gemar berada di rumah Aqiem, teman baiknya.
“Jemput makan tuan muda” ujar Kak Indah setelah siap menghidangkan lauk pauk di meja makan. Tengku Dzafril Haidhar mengeluh perlahan melihat dia makan berseorangan.
“Kak Indah tak nak makan sekali?” soalnya mengharapkan pembantu rumahnya itu setuju untuk menemaninya makan namun jangkaanya meleset apabila dilihatnya wanita itu pantas menggelengkan kepala.
“tak apalah. Tuan muda makan dulu” ujar Kak Indah sebelum kembali ke dapur meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar mengeluh perlahan di meja makan. Dia sudah biasa dengan keadaan itu. Sejak kecil dia kerap ditinggalkan dan makan bersendirian di meja makan itu. Nak mengharapkan dapat makan bersama-sama papanya memang payah. Mamanya pula tinggal agak jauh dari kediaman papanya membuatkan dia sangat jarang kembali ke rumah mamanya. Hanya berada di rumah mamanya dia tidak makan sendirian seperti itu namun sayangnya hubugan antara dia dengan mamanya tidak seperti hubungan ibu dan anak yang lain.
Dia mengelamun panjang tanpa sedar dia hanya menjamah sedikit sahaja dari makanan-makanan yang dihidangkan. Lantas dia bangun dan berjalan pergi.
“Tuan muda dah siap makan ke?” soal Kak Indah jelas terkejut melihat dia yang baru sahaja duduk makan sudah bangun ingin pergi. Tengku Dzafril Haidhar menoleh.
“Dah lah kak. Saya dah kenyang. Naik dulu” ujarnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar