Antara mahligai ego dan cinta 10
Dia memandang lama pantulan imej dirinya di cermin besar itu. Kejap-kejap dia berpusing ke kiri, kemudian ke kanan. Dia mahu memastikan pakaian itu benar-benar sesuai buat dirinya.“okay ke Zul baju ni?” soalnya.
Memang benar, baju kebaya putih dengan sulaman bunga-bungan kecil bewarna ungu itu sememangnya ditempah khas untuknya namun dia juga bimbang sekiranya baju itu kelihatan buruk di tubuhnya hari ni. Hari paling bersejarah dalam hidupnya.
“Jangan risau la cik. Memang cantik. Lawa baju tu” balas Zul kembali. Larra tersenyum tawar sebelum menoleh ke arah pendandan rambutnya yang masih sabar berdiri memerhatikannya sejak 15