Selasa, 23 Februari 2016

KAU, AKU PUNYA VERSI 2
PART 1
TENANG. Nyaman. Itu yang dapat digambarkan oleh Sera Humaira ketika itu. Dia melangkah ke pangkin dihadapan rumah neneknya. Hampir tiga hari dia menghuni di teratak itu. Kawasan kampung itu terletak jauh daripada bandar dan yang paling penting jauh daripada tugas seharian.
Tiada kerja lagi yang bertimbun, tiada kekusutan dan dia amat bahagia duduk kampung tersebut. Sera Humaira mengigit rakus buah epal ditangannya. Dia memandang nenek yang sedang meyarung selipar dan menuju ke pangkin.
“Awal betul kamu duduk dekat pangkin ni,” tegur neneknya. Sera Humaira tersengih-sengih.
novel aku tanpamu
 
Saskia mengangguk sedih. Ia menghapus air matanya. Matanya sudah bengkak. Pipinya sembap. Belakangan ini air mata selalu mewarnai hari-harinya. Sering ia ingin melupakan semuanya, tapi begitu ia membaringkan tubuhnya, begitu matanya terpejam, bayangan kejadian itu menyelinap ke dalam benaknya lagi. Menerobos seperti maling tidak diundang. Membekas begitu jelas. Seperti siaran ulangan.

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 18




Baru puas hatinya kini melihat sekujur tubuh milik gadis itu yang jatuh rebah ke belakang sebelum tenggelam hingga ke dasar kolam renang tersebut sambil disaksikan oleh para tetamu. Dia sendiri yang menolak gadis itu dengan tangannya. Merasa geram dengan Larra yang masih cuba menperbodohkan dirinya tentang identiti sebenar gadis itu. Membalas dendam terhadap Elle. Memang itu yang diinginkannya selama ini.
Memikirkan apa yang gadis itu telah lakukan tehadap sahabatnye Syazriel, sehingga lelaki itu sanggup membunuh diri hanya kerana gadis itu. Elle? Betul ke kau Elle? Dia menarik nafas panjang sebelum menoleh memandang sekeliling. Orang ramai semua memerhati Larra yang sudahpun tergapai-gapai di dalam kolam renang. Eh? Perempuan ni tak reti berenang ke? Perasaannya mula jadi tidak senang.
“Larra!” jeritnya. Lalu kotnya pantas dibuka bersedia untuk menyelamatkan Larra namun belum sempat dia terjun, seseorang terlebih dahulu masuk ke dalam kolam renang itu berenang bagi menyelamatkan Larra. Tengku Dzafril Haidhar terkedu. Faris kini sudahpun memaut tubuh Larra sebelum menarik gadis itu ke pinggir.