Novel : Antara mahligai ego dan cinta 17
Pintu bilik itu diketuk beberapa kali. Namun masih senyap. Tiada sebarang jawapan yang diterima. Larra mengeluh perlahan sebelum mengerling ke arah jam tangannya. Dia ni tidur mati ke apa? Kan dah pukul 3 petang. Takkan tak bangun lagi. Mentang-mentang hari minggu.Sekali lagi tangannya diarahkan untuk mengetuk pintu bilik lelaki itu.”Zafff!!! Bangunn!!! Buka pintu ni!” dia menjerit dari luar bilik. Namun masih tiada tanda-tanda lelaki itu akan membuka pintu untuknya. Dia hampir pasti, lelaki itu berada di dalam biliknya kerana ketiga-tiga kereta milik lelaki itu masih berada di tempatnya.
‘Zafff!!!” panggilnya. Telefonnya diseluk dari dalam poket seluar sebelum mula mencari-cari sebaris nama “Mr Ego”. Lalu nombor milik lelaki itu di dailnya. Beberapa minit kemudian talian disambungkan membuatkan hatinya melonjak riang. Hah! Dah dapat. Jelas kedengaran dari luar bilik irama muzik ‘hardcore’ sebagai nada deringan telefon bimbit lelaki itu berbunyi menandakan lelaki itu sememangnya berada di dalam biliknya. Tidak ke makan-mana. Seketika kemudian talian itu disambungkan pula ke peti suaranya membuatkan Larra mendengus geram. Ish, tak boleh jadi ni. Tidur mati ke apa?