Rabu, 18 November 2015




Berselang dua puluh minit kemudian, kereta milik hasif berhenti betul-betul dihadapan poliklinik Al-Haj yang beroperasi selama dua puluh empat jam.

“Jom turun.” Arah Hasif tanpa perasaan. Kakinya melangkah keluar, tapi dilihat Raisha masih kaku di dalam kereta. Dengar ke tak perempuan ni? dengus hasif dalam hati. Dia berjalan menuju ke pintu belah Raisha dan dibukanya.

“Cepat la keluar. Bibir kau tu kena letak ubat.” Walaupun tak ada tanda-tanda marah dalam suara yang terkeluar itu, tapi bunyi-bunyi tegas itu masih ada. Tanpa menunggu lama, tangan
isterinya ditarik keluar.

Tangan hangat Hasif yang melekat ditangannya ditolak. “saya boleh jalan sendiri.” Katanya pendek. Dia berjalan sendiri masuk kedalam klinik yang sudah kosong lewat malam begini. Tanpa disuruh, terus duduknya dilabuhkan diatas kerusi panjang yang disediakan.

Hasif yang mengekor dari belakang segera mendekati kaunter pendaftaran. Beberapa minit kemudian dia menapak menghampiri Raisha yang sudah meyandar kepala di dinding. Darah dihujung bibir gadis itu nampak sudah mula mengering. Lengan Raisha dicuit sedikit.

“Bagi IC kau. Aku nak daftarkan ni.” pinta Hasif dengan tangan yang sudah dihulurkan depan muka Raisha.

Raisha yang mulanya bingung segera mengangguk. Terus diseluk tangannya mencari dompet dalam bag LVnya. Kad pengenalannya diletakkan ditelapak tangan suaminya. Malas rasanya nak bersuara sakit-sakit begini.

“Puan Raisha Mahira.” Panggil seorang gadis dalam linkungan dua puluh-an diambang pintu yang tertera nama Dr. Alif Hafifi itu. Punggung Raisha diangkat. Hasif yang baru duduk sambil memejamkan mata berselang dua buah kerusi dari Raisha segera membuka matanya. Dia turut masuk bersama.

“Jemput duduk.” Pelawa doktor berkumis nipis yang diagak dalam lingkungan akhir dua puluh-an itu.

Segera Raisha duduk dikerusi yang disediakan itu. Hasif pula mengmbil tempat di kerusi hadapan meja. Mudanya doktor..

Doktor muda itu mula membelek-belek muka Raisha. Pipinya terasa ditekan-tekan sedikit. mata Hasif pula ralit saja memerhatikan tangan doktor muda yang melekat di wajah isterinya itu. Apasal nak pegang lama-lama sangat ni. kalau dah tengok pipi tu bengkak, bagi jela ubat!! Kata Hasif dalam hati. Berkerut-kerut pelipisnya melihat kelakuan doktor muda itu.

“Cukup la tu doktor. Sekarang pun dah lewat sangat ni. saya rasa tak perlu lama-lama kot.” Ujar Hasif selamba seraya menolak tangan yang masih memegang dagu isterinya itu.

Doktor Aliff yang kelihatan sedikit tergamam itu mengukir senyuman. entah ikhlas entah tak “Ohh..ye. nanti saya bagi ubat sapu, dengan ubat tahan sakit.” Suara doktor itu seraya tangannya ligat menari diatas kertas di atas mejanya.

Raisha yang merasa pelik dengan sikap Hasif hanya menjeling pandang saja suaminya yang duduk sambil memeluk tubuh itu. Kerek gila!!
*******
Sunyi sepi keadaan kabin BMW X-6 milik Hasif. Masing-masing mengunci mulut sepatah kata pun tak terkeluar. mata hasif fokus pada jalan raya yang nampak lengang dari pengguna jalan raya malam itu. Konsentrasinya diberikan sepenuh kepada pemanduannnya.

Raisha disebelah pula sudah menyandarkan kepalanya ke kepala kerusi. Tak bercakap pun terasa sakit, lantas didiamkan saja mulutnya. Sedaya upaya cuba ditahan rasa sakit berdenyut-denyut di pipinya, tak mahu menunjukkan sikap lemahnya di hadapan suaminya. Matanya dipejam rapat, cuba melupakan rasa sakit yang dirasakannya. Kemana kereta suaminya menuju pun dia tak tahu. Sudah terlalu banyak perubahan yang berlaku sepanjang ketiadaannya di sini. Tanpa disedari, dia sudah terlelap lena.

“Kau duduk dekat mana ni?” tanya Hasif dengan matanya masih keatas jalan. Terlupa dia hendak bertanya dimana isterinya itu tinggal. Seminit, dua minit berlalu. Langsung tak ada jawapan yang diberi. Segera dia menoleh kesebelah kanannya, dilihat mata isterinya sudah terpejam sambil memeluk bag LV di ribanya.

Baru dia hendak mengeluarkan suara mengejutkan isterinya. Lidahnya tiba-tiba terasa kelu. Jatuh simpatinya melihat keadaan pipi isterinya yang nampak bengkak sedikit, hujung bibir pula sudah ditampal dengan kain kasa. Memang sial betullah lelaki yang berani menampar isterinya tadi!! sedangkan dia sendiri pun tak pernah naik tangan dengan wanita walaupun rasa amarahnya  meluap naik.

Kepalanya di garu kejap. “Nak bawak pergi mana pulak perempuan ni? nak bawak balik rumah aku? Mahunya ada jiran-jiran yang salah anggap nanti, sesuka hati bawak perempuan masuk rumah. Tapi kita orang kan suami isteri, kalau kena tangkap basah tunjuk ajelah surat nikah. Apa susahnya.” Bicaranya sendirian. Boleh la...

Hujung matanya memandang sekilas kesebelah. “Menyusahkan betul la kau ni!!” gumam Hasif perlahan sebelum memandu keretanya menuju ke Sri Hartamas menuju kearah rumahnya. Rasanya malam-malam macam ni, dah tak ada yang masih berjaga kot.

Setelah hampir setengah jam memandu, akhirnya sampai juga ke rumahnya. Pintu pagar automatik dibukanya, dan kereta dimasukkan kedalam porch rumahnya. Diam tak diam sudah dua tahun dia mendiami rumah semi-D yang di belinya tiga tahun lepas ini. Dia melangkah keluar dari kereta sebelum berlalu ke tempat isterinya yang masih lena tertidur. Sedikit pun tidak terasa terganggu lenanya. Cepat-cepat dia membuka pintu rumah terlebih dahulu sebelum berlalu semula ke keretanya.

Pintu belah isterinya dibuka dan tangannya dimasukkan kebawah leher dan lutut isterinya sebelum tubuh itu ditarik keluar dari kereta. Boleh tahan berat jugak perempuan ni. badannya diseimbangkan sebaik mungkin. Tak pasal-pasal dua-dua jatuh nanti.

Tidak semena-mena kepala Raisha jatuh melentok kedada bidangnya. Bagai baru terkena renjatan elektrik, jantung Hasif tiba-tiba berdetak kencang. Cepat-cepat langkahnya dilajukan naik ke tingkat atas. Pintu bilik kosong bersebelahan dengan biliknya dibuka dan tubuh Raisha diletakka keatas katil queen size itu. Dirinya dibawa menjauh dari Raisha, terasa panas hatinya sekejap.

Peluh sejuk yang merenik di dahinya dilap dengan belakang tangannya. Pantas kakinya melangkah meninggalkan Raisha. Rasa takut dan resah mula membuatkan dia tak keruan.

Kenapa dengan kau ni Hasif? Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan. Hanya Hana perempuan yang kau cintai..just Hana!

Dia cuba mengingatkan dirinya sendiri. Lama dia duduk dibirai katilnya seraya melemparkan pandangan kosong kearah karpet berbulu hitam putih yang menutupi lantai biliknya. Iphone dalam kocek seluarnya dibawa keluar. Nombor Hana didialnya, tapi satu panggilan pun tak diangkat. Mungkin gadis itu masih marah. Tubuhnya dihempaskan keatas katil, dan matanya dipejam. Senang saja dia dijemput lena. Seketika kemudian dengkuran halus mula kedengaran.
******
 Lagu yang sayup-sayup masuk kependengaran Raisha mula mengganggu lenanya. Matanya terasa kelat untuk dibuta, rasa sakit masih bisa dirasakan. Dengan mata yang masih tertutup, tangannya mula meraba-bawa keseliling mencari bagnya. Blackberrynya di tarik keluar dan dilekapkan ke telinganya.

“Ermmmm...” Raisha mengeluarkan bunyi. Tekaknya terasa kering nak mengeluarkan suara.

“Isha!! Kau kat mana tu? kau tau tak aku punyalah risau sepanjang malam kau tak balik-balik rumah. Kau tidur kat mana tu ha??” suara Mira dihujung talian mula mengguruh. Naik bingit telinganya mendengar volume suara tinggi itu.

“Pelan sikit boleh tak? Aku belum pekak lagi la.” Dia mula bangun dari pembaringannya. Sedikit demi sedikit matanya cuba dibuka. Cuma mengenal pasti tepat keberadaannnya itu. Pelik! Asal rasa asing sangat ni? matanya ditebarkan kearah dekorasi dalaman bilik yang didudukinya itu. Ni rumah siapa pulak ni. akal warasnya mula menyentap, membawa ingatannya pada kejadian malam tadi. dia mula kaget. Comforter yang membaluti tubuhnya ditarik kedepan melihat tubuhnya. Satu keluhan kecil terlepas juga melihat tubuhnya masih lengkap berpakaian seperti semalam. Alhamdulillah...selamat...

“Kau kat mana tu Isha? Kenapa kau tak balik semalam?” suara Mira dihujung talian mula menyoal gaya inspector tak bergaji. Dia sudah arif sangat dengan Mira yang selalu risau terhadapnya. Nak kata over protective pun ada jugak. Sampai kadang-kadang, dia pula yang terasa naik rimas dengan sikap kawannya itu.

“Aku ok...aku tak apa-apa.” Balas Raisha. Pipinya yang masih terasa bengkak ditekan-tekannya sedikit. berkerut-kerut mukanya menahan rasa yang terhasil. Memang hebat betul penangan budak tak guna semalam tu. sampai naik bengkak sudah pipinya ini.

“Ouchhhhh...” tak semena-mena suaranya mengaduh sakit terkeluar.

“Hahh...apasal pulak tu? kau sakit ke?” Mira mula kerisauan. Mana taknya, semalam..sampai pukul dua pagi dia terpacak depan pintu rumah menunggu Raisha pulang. Tapi batang hidung gadis itu langsung muncul-muncul. Bila call tak berangkat. Manalah dia tak cuak. Kena culik ke, kena tangkap ke..

“Tak..tak aku ok. Aku...” Raisha cuba mencari idea nak menipu Mira. Berputar ligat kepala otaknya menikirkan jawapan bernas yang patut diberinya. Ini rumah siapa pun aku tak tau. Tapi kalau nak diingat-ingat semalam..lelaki tak guna tu yang selamatkan aku dari budak-budak jahat tu. rumah Hasif ke ni?

“Aa....aku tidur dekat rumah mak mertua aku malam tadi.” fuhh...jawapan paling elamat diberikan. Kalau diberitahu dia tidur dirumah suaminya, mahu sampai kesudah dia akan disoal. Niatnya hendak pergi kerumah mertuanya semalam pun tak disenangi Mira sebenarnya. Katanya buat apalah dia nak pergi kesana. Dibuatnya dia terserempak dengan suaminya, nak buat macam mana. dan dia menjawab..buat bodoh jela, buat-buat buta. butakan mata, pekakkan telinga.

“Kau jumpa suami kau tak?”

Terdiam Raisha sekejap. “Tak la..tak jumpa pun.” tipunya ringkas.

Suara mendecit mula masuk ketelinganya. Dapat dibayangkan muka risau Mira didepan matanya  kini, mesti muncung saja memanjang. Dia sudah arif benar dengan habit sahabatnya yang satu itu. Kalau ada benda yang dia tak puas hati, mulalah keluar muncung itiknya.

“Kau memang suka kan buat aku sakit jantung. Kalau aku kojol semalam, memang semua salah kau!!” marah Mira lagi.

“Tapi kau tak kojol kan...kalau tak macam mana kau boleh telefon aku pagi-pagi ni.” seloroh Raisha pula.

“Main-main...main-main aku cakap!!” kata Mira lagi dengan rasa sebalnya.

“Okay..okay..i’m sorry my dear. Aku bukan sengaja tak nak beritahu kau semalam. Aku lupa.” Alasan diberi Raisha.

“Ni kau nak balik pukul berapa ni? aku dengan Iza ingat nak pergi Mid Valley, nak cari baju kerja.”

“Nak cari baju kerja? Ala...nak ikut jugak.” Tapi dia mula berfikir. Nak keluar dengan pipi bengkak dimukanya ni? mau semua orang menghadiahkan pandangan pelik padanya nanti.

“Kalau nak ikut, baliklah cepat. Aku dengan Iza tunggu.” Sambut Mira.

Dia berfikir sejenak sebelum menyambung bicaranya. “Ermmm...takpe la. Kau dengan Iza pergi jela berdua. Aku cari lain hari jela.” Raisha memberi alasan. Macam mana aku nak balik rumah dengan muka bengkak macam ni ek?? Mesti banyak bunyinya Iza dengan Mira nanti. Itu belum masuk dengan mulut becok Aidil lagi. Lagi pening dia nak menjawab nanti.

“Okay la kalau macam tu. kau kirimkanlah salam aku dengan Iza dekat mertua kau tu. dekat suami kau..aku kirim pelempang kuat kuasa sejuata watt dekat dia!!”

Mendengar bicara Mira itu mengundang rasa geli hatinya. Tergelak kecil dia mendengarnya. “Yela mak cik oiii...bukan setakat pelempang sejuta watt aku kirim, dengan tendangan jurus ke-sepuluh pun aku bagi sekali.”

Sesaat kemudian, berdekah-dekah suara ketawa Raisha dan Mira dihujung talian.

“Aduh..duh...dah la tu. kau jangan la buat lawak lagi. Sakit perut aku ni.” nasihat Raisha denga ketawa yang masih bersisa. Pipinya dipegang kejap. Rasa sakit dan kejang pipinya sedikit membataskan gelak tawanya. Ini mau dua tiga hari baru baik. Itu pun lepas dituam. Setelah menjawab salam yang diberi, panggilan dimatikan.

Dia mula melangkah keluar dari bilik. Kepalanya dijengahkan kebilik sebelahnya yang pintunya terbuka luas. Tapi langsung tak ada orang. Dengan penuh berhati-hati, kakinya mengatur langkah menuju ketingkat bawah rumah. Matanya meliar keseluruh isi rumah yang agak luas. Susunan dan pemilihan perabot juga nampak sepadan. Pandai jugak mamat tak guna ni jaga rumah. Perutnya mula berkeriuk mengeluarkan bunyi.

“Lapar la pulak.” Gumamnya rendah. Perutnya ditekan-tekan menahan rasa lapar. Bau roti bakar yang menari-nari di ruang udara, membawa langkahnya menghala ke ruang dapur.

Penutup jam starwberry yang baru nak dipulas Hasif terhenti, bila telinganya tajam menangkap derap langkah kaki yang bergerak ke ruang itu. Segera kepalanya dipanggung keatas.

“Dah bangun dah? Ingtkan malam esok baru nak bangun.”

Kata perlian yang terkeluar dari mulut puaka Hasif itu mematikan nafsu makan Raisha yang sejak tadi asyik memandang roti bakar yang ada dipinggan depan Hasif itu. Dan..dan tu jugak barannya turut naik. Nak-nak pula bila tengok muka suaminya yang tersenyum mengejek itu.

“Yang awak memandai bawak saya balik rumah awak ni kenapa? Sengaja nak ambil kesempatan!!” Raisha mula bersuara geram. Sudah tak dipedulikan rasa sakit dipipinya. Hatinya terasa lebih sakit sekarang melihat senyuman sinis yang bergayut dimuka suaminya.

“Dah kau tak betahu kat mana rumah kau. Daripada aku tinggalkan kau dekat tepi jalan, dengan tidur selesa dekat sini... mana lagi better?”

“Bukannya awak tak boleh kejut saya kan. Awak memang sengaja kan!” tekan Raisha lagi.

“Suka hati kau la nak mengamuk ke apa.” Tutur Hasif tanpa perasaan. Roti bakar dipinggan dicapainya.

“Lagipun....” kata Hasif lagi. Kepalanya dinaikkan, dan matanya turun naik melihat Raisha dari atas sampai bawah dengan pandangan yang dibuat-buat jelik.

“Setakat perempuan macam kau ni. aku tak makanlah...” balas Hasif mendatar tanpa intonasi.

Raisha yang terpempam dengan satement yang boleh dikategorikan sebagai kurang ajar dan dan jelas-jelas nak mempermalukannya, terus menyirap rasa berangnya. Dia mendengus kasar.

 “Awak ni memang kurang agaknya kan!! memang tak ada manner langsung. Ooo...setakat perempuan macam saya ni awak tak makan. Habis perempuan yang awak sentuh empat tahun lepas tu siapa? Perempuan simpanan?” soal Raisha dengan muka yang memerah sudah. Terbang sudah rasa laparnya, melayang entah kemana.

Kali ini, Hasif pula yang terpempam. Peristiwa malam empat tahun lepas segera menerjah masuk kedalam kotak fikirannya.

“Kenapa? Speechless...” ujar Raisha berani.

“Kalau perempuan macam Hana tu awak makan la ye. Agaknya dah berapa kali ye Hana tu kena ‘MAKAN’ dengan awak?” provok Raisha lagi. Sengaja dia hendak membalas rasa sakitnya. Lelaki seperti Hasif ni memang pantas dilayan sebegitu. Lepas apa yang dilakukan lelaki itu padanya empat tahun lepas...meninggalkannya sendirian macam kucing kurap lepa menyentuhnya. Memang perbuatan yang tak boleh di maafkannya. Lelaki ni cuba lari dari tanggungjawab!!

Darah merah menderu naik kemuka Hasif mendengar kata-kata lancang yang lancar meluncur dari celah bibir gadis itu. Tajam matanya tertunak kemuka isterinya.

“Mulut kau tu jaga sikit ek!! Sebelum muka kau tu bertambah bengkak aku tampar!!” Keras suara yang dilontarkan.

“Ooo...sekarang dah pandai pukul perempuan la pulak. Awak ni memang lelaki ‘TAK GUNA’ kan!! Entah apa yang Hana tu nampak pada awak pun tak tahu. Poor her...” ditekankan perkataan tak guna itu. Hatinya mula bertepuk gembira melihat memek muka suaminya yang jelas naik berang. Kalau nak dibandingkan dengan rasa sakit hati kau sekarang. Hati aku lebih sakit dulu!!

Penumbuk Hsif dikepal kuat. Sedaya upaya dikawal rasa berangnya yang naik meluap-luap. Terasa menyesal sungguh dia menyelamatkan isterinya semalam. Patut ditinggalkan saja isterinya di gulai di sana.

“Sebab engkau aku bergaduh dengan Hana semalam. Sebab kau Hana dah bencikan aku. Kau memang perempuan sial!! Tak guna! Memang aku menyesal, menyesal semenyesalnya kahwin dengan kau dulu!!” memetir sudah suara Hasif. Terasa bergegar seisi rumah dengan suaranya yang mengguruh kuat.

Mulut Raisha yang melopong ditutup sedikit, seolah-olah terkejut dengan kenyataan yang baru diberi Hasif itu. Padahal dia memang boleh mengagak apa yang bakal terjadi dengan hubungan lelaki itu dengan kekasihnya yang bernama Hana itu.

“Is that true?? Oh my god. Poor you...seriously saya tak sengaja nak rosakkan hubungan Hana dengan awak. I’m truly sorry okay...” lembut saja Raisha menyusun kata. Tapi boleh naik bernanah telinga sesiapa yang mendengar.

Kepala Hasif mula terasa berdenyut-denyut. Rasa sakit hati dan berangnya seolah-olah sudah menyengat sampai ke otak. Berombak-rombak dadanya menahan rasa sakit yang seolah-olah menikam-nikam jantungnya. Botol jam ditangannya digengam kuat sebelum dilemparkan  kelantai sehingga bunyi deraian kaca kuat melatari mereka.

“Keluar!! Keluar kau dari rumah aku!! start from this moment, jagan kau tunjuk lagi muka kau depan aku!” kaki Hasif sudah bergerak mendekati Raisha yang masih menayang riak selamba. Langsung tak gentar dengan berangnya yang datang menyapa. Bahu Raisha dipalingkan kearah ruang tamu sebelum ditolaknya kasar. Sempat lagi dia menyambar bag LV isterinya yang terdampar atas sofa L-shape hitam miliknya dirunag tamu.

Pintu rumah dibuka kasar, dan tubuh Raisha ditolaknya keluar. “Jangan kau berani tunjuk muka depan aku lagi!!” kata Hasif lagi. Bag LV di tangannya dicampak tepat kearah Raisha yang masih tak beriak.

Berdentum...bunyi pintu dihempas kuat menerobos masuk ketelinga Raisha. Terasa nak luruh segala organ dalamannya. Berkelip-kelip matanya melihat pintu rumah yang sudah ditutup rapat. Sesaat kemudian, bibirnya mula menggigil. Rasa takut
yang cuba disembunyikannya tadi terkeluar juga. Sungguh..dia takut sebenarnya melihat muka suaminya yang sudah berubah tiga ratus enam puluh darjah tadi. tapi sedaya upaya cuba disembunyikan rasa gerunnya itu.

Perlahan-lahan tubuhnya dipalingkan. Kakinya terasa lemah dan lembik hendak melangkah. Tapi digagahkan juga  dirinya. Ini baru sedikit saja rasa yang perlu dilaluinya kalau nak dibandingkan dengan dulu.

Tanpa dipinta seraut wajah comel itu mula melayang di ruang matanya. Seraut wajah comel yang susah payah dikandungkannya selama sembilan bulan. Anak yang dipertaruhkan nyawanya untuk dilahirkan. Arwah anak lelakinya merangkap hero lelakinya, Hakim Nazmi yang telah pergi dijemput ALLAH setahun setengah yang lalu akibat komplikasi jantung mula menari diruang mata. Tanpa disedari, air matanya mula merembes keluar. Hanya ALLAH saja yang mengerti bagaimana menggunungnya rasa rindu yang ditanggung dalam hatinya itu.

“Mama rindukan Hakim... sayang..” rintih Risha dengan air mata yang mengalir deras.

p/s: jgn menangis semua..sob..sob...pasni kite wat hasif jatuh tergolek2 pada Raisha plak ek..bru die tau langit tu tggi ke rendah haha*gelak jhat...sila tingglkn jejak n komen ye sayang sume...insyallah dila akan blas...peace no war ~ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee >_<

Tidak ada komentar:

Posting Komentar