Novel : Antara mahligai ego dan cinta 2
Larra bernyanyi kecil sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Badannya terasa segar setelah mandi. Hanya tuala yang meliliti tubuhnya. Lantas dia berjalan menuju ke meja soleknya dan memerhati dirinya melalui cermin namun dia terpaku seketika melihat dirinya di cermin.Matanya mengamati benar-benar lehernya. Tubuhnya berdiri dekat di depan cermin sebelum tangannya pantas diletakkan di lehernya. “Mana rantai tu?” soalnya panik. Dia mengingat kembali ketika mandi tadi dia langsung tidak menyedari kehadiran rantai tu.
“Sah! Rantai tu dah hilang sebelum aku mandi lagi” keluhnya sebelum keluar dari bilik dan berjalan menuruni tangga. Dia berjalan menuju ke ruang utama dan cuba mengingat kembali tempat-tempat dia lalu petang tadi. Perlakuannya itu disedari oleh Mak Cik Siah.
Dia terkejut melihat gadis itu dengan hanya bertuala sahaja. Mujur di rumah itu tidak ada lelaki. Dato’ Qamal pula belum pulang.
“Cik Larra cari apa?” soalnya melihat Larra yang masih belum menyedari kehadirannya. Larra menoleh.
“Rantai saya? Mak cik ada nampak tak rantai saya yang ada loket huruf L dengan A tu?” soalnya. Mak Cik Siah mengerutkan dahi.
“Saya dah kemas ruang ni cik tapi tak jumpa pun rantai yang cik cakap tu. Bagasi cik pun saya dah kemas. Takde juga. Cik pasti ke rantai tu tercicir di rumah ni?” soalnya. Larra berhenti mencari sebelum berdiri tegak. Menyedari keadaanya kini yang hanya bertuala dia jadi malu sendiri.
“Erk, mungkin saya salah letak atau mungkin tercicir kat mana-mana kot. Okaylah mak cik. Saya naik dulu” ujar Larra yang hanya tersengih. Mak Cik Siah hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Dari segi berpakaian, gadis masih seperti dahulu. Seksi.
“Nasib baiklah kau punya perangai tu dah berubah jadi baik. Kalau kau still macam dulu, tak nak aku dekat-dekat dengan kau” ngomelnya perlahan sambil membetulkan bantal-bantal yang telah beralih tempat di kerusi itu.
Tengku Dzafril memandu laju kereta Pontiac Solstice nya masuk ke pekarangan banglo. Sempat dia mengangkat tangan kepada pengawal di hadapan banglo. Rasa mengantuknya mula menguasai diri. Dia hanya ingin segera tidur. Lantas setelah masuk ke dalam banglo itu, langkahnya diatur laju menaiki tangga.
“Pukul berapa baru balik ni?!!” soal satu suara membuatkan jantungnya berhenti berdegup buat sesaat. Papa! Nama itu tidak semena-mena muncul di otaknya.Lalu dia menoleh dan dilihatnya papanya, Tengku Radzi berdiri di hadapannya.
“haa. Pukul berapa sekarang, Zaf” soal papanya lagi. Tengku Dzafril Haidhar membelek jam tangannya.
“Pukul 3.37 pagi, papa” jawabnya. Lelaki tua itu mengangguk-angguk.
“pagi. Tahu pun dah pagi. Eh, Zaf ingat rumah ni apa? Balik lewat macam ni. Kak Indah cakap, dah 3 hari Zaf tak balik rumah. Betul?” soal papanya. Tengku Dzafril mengerutkan dahinya sambil mengangguk. Memang tak boleh pakai la kak Indah ni.
“Zaf tidur rumah Aqiem” balasnya.
“Aqiem? Bukan ke papa dah banyak kali pesan, papa tak suka Zaf tidur luar. Apapun mesti balik rumah ni. Lagi satu, Zaf boleh berhenti tak bergaul dengan budak-budak tu dan fokus dengan hotel kita?” soal papanya. Tengku Dzafril memandang papanya.
“Pa! Dia orang member Zaf. Lagipun tu hal peribadi Zaf. Papa tak boleh halang. Lagipun dia orang bukannya budak-budak jahat” balasnya.
“okay. Papa tak halang Zaf kalau Zaf nak jumpa dia orang kadang-kadang tapi dari Zaf habiskan masa dengan benda tak berfaedah dengan drift, melepak dekat club, foya-foya dengan perempuan sana-sini lebih baik Zaf fikir pasal masa depan hotel tu. Papa malu la Zaf bila pihak klien kita cakap yang Zaf cancel last minute. Dia orang dah prepare semua” ujar papanya lagi. Tengku Dzafril Haidhar tergamam seketika mendengar kata-kata papanya.
“Mana papa tahu pasal drift and foya-foya tu?”
“mana papa tahu? Ni! Kamu tengok sendiri bende ni” ujar Tengku Radzi sambil menyerahkan sampul bewarna coklat. Perlahan-lahan Tengku Zafrl Haidhar menuruni tangga dan mencapai sampul itu sebelum membukanya. Bulat matanya meniliknya satu demi persatu gambar-gambar di tangannya.
“Oh no! No! You can’t do this to me! Papa hired orang intip Zaf!!” balasnya. Suaranya sudah meninggi. Tengku Radzi memandang anak lelaki itu yang sudah mulai berang apabila mengetahu selama ini gerak gerinya telah diintip. Namun baginya itu adalah yang terbaik.
“Why not? Zaf stil bawah tanggungan papa Jadi papa berhak untuk tahu segala aktiviti anak papa. Ni semua bukti Zaf. Zaf tak fokus langsung dengan urusan hotel. Malah duit-duit semua habis ke benda ni. Papa tak boleh biarkan Zaf hancurkan syarikat kita!” tengking Tengku Radzi.
“Zaf bukan budak kecil lagi dan Zaf tahu apa yang Zaf buat. Papa tak payahlah sampai nak hantar orang intip Zaf!”
“No! kamu tak tahu apa yang kamu buat sekarang ni bagi effect dekat syarikat kita. Sikap sambil lewa Zaf akan hancurkan apa yang telah atuk dan papa bina selama ni. Kalau macam ni perangai Zaf, macamana staf-staf kita semua nak hormat dengan Zaf. You don’t take the responbility as the owner”
“papa silap! Zaf tahu apa yang Zaf buat……….”
“no you don’t Tengku Dzafril Haidhar. How can you forget that you are the one who will succeed Vermilion Hotel? So act like one. Kenapalah kamu degil sangat? Tak macam Hakimi” keluh papanya.
Tengku Dzafril Haidhar merasa terpukul sejenak apabila papanya menyebut nama adik tirinya itu. Sejak kecil dirinya sering dibanding-bandingkan dengan Hakimi, anak mamanya dengan suami baru. Hakimi baik tapi Zaf nakal. Hakimi ketua pengawas tap Zaf begitu. Begini.
Dia muak dengan perbandingan itu. Rasa meluatnya meluak-luak. Lebih-lebih lagi dari kecil ibunya sememangnya lebih mendahulukan Hakimi berbanding dirinya membuatkan rasa irinya dengan Hakimi semakin menebal. Dia sering merasakan Hakimi lah yang telah merampas ibunya darinya. Menyebabkan dia membesar tanpa kasih sayang ibu sepenuhnya.
“Stop papa! Stop bandingkan Zaf dengan Hakimi. Kalau papa rasa, Hakimi tu adalah yang terbaik, the best bagi papa, then why not you just give him my place” ujar Tengku Dzafril sambil berjalan menaiki tangga.
“Zaf! Zaf bukan tu maksud papa. Zaf!” jerit papanya namun dia sedikit pun tidak menghiraukan panggilan papanya itu.
“Zaf!” panggil bapanya lagi namun dia terus berjalan masuk ke biliknya.
Tengku Radzi menarik nafas panjang melihat sikap anaknya itu. Dai tidak sanggup lagi membiarkan anaknya hanyut dalam kemewahan yang dia telah sediakan. Dia perlu berbuat sesuatu.
Tengku Dzafril Haidhar menghempaskan tubuhnya ke katil. Rasa marahnya masih bersisa dan dia benar-benar geram dengan papanya. Sudahlah dia follow semua yang aku buat, lepas tu nak bandingkan aku pulak dengan budak sial tu.
“Tak guna!” jeritnya sambil kepalanya menoleh ke arah meja di tepi katilnya.
Teringat sejenak rantai yang di temuinya di lapangan terbang tadi. Lantas dia bangun dan menarik laci di sisi tersebut. Rantai itu masih berada di situ. Perlahan-lahan tangan kasarnya menarik keluar rantai itu dan kembali membeleknya.
“Huruf L dan A? Perempuan tu punya nama ke?” soalnya lagi. Hilang terbang segala rasa marahnya. Yang hanya ada teka teki tentang pemilik rantai tersebut. Sejenak otaknya memutar ligat peristiwa di lapangan terbang siang tadi. Pertama kali ada gadis yang tidak mengendahkan dirinya dan bersikap dingin memang benar-benar menguji egonya.
“Belum pernah ada perempuan yang berlagak dengan aku macam kau” ujarnya perlahan sambil meletakkan kembali rantai tersebut ke dalam laci.
***
Kedatangannya ke pejabat pagi itu dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang tidak disangka-sangka. Setiausaha pejabatnya , Natasya sempat tersenyum kepadanya.
“Dato, ada tetamu nak jumpa. Dia ada di ruangan menunggu” ujar Natasya. Terhenti langkahnya lama di situ cuba berfikir sejenak. Siapa pula nak jumpa aku pagi-pagi ni. Jarang orang main jumpa aku tanpa appointment.
“dia ada buat appointment?’ soalnya. Dilihatnya, Natasya menggeleng. “kalau tak ada, suruh dia buat appointment. Saya tak ada masa” ujarnya tegas sebelum mula melangkah ingin pergi.
“Tapi Dato’. Ni kawan datuk” beritahu Natasya membuatkan dia tidak jadi terus melangkah. “Tan Sri Tengku Radzi. Dia kata ada hal penting nak dibincangkan dengan Dato'” jawab Natasya tanpa dipinta.
Kini fahamlah dia, tujuan sahabat lamanya itu datang bertemunya. Pasti ada hal yang ingin dibincangkan.
“Baiklah kalau macam tu. By the way. saya tak ada meeting ke pagi ni?” soalnya meminta kepastian.
“tak ada, tapi pukul 2 petang nanti ada meeting dengan unit pelancongan. Ada apa-apa perubahan ke Dato?” soal Natasya. Pantas dia menggeleng.
“Tak ada apa. Buatkan kopi macam biasa dan hantar ke sana ya.” ujarnya lagi. Natasya sekadar mengangguk sebelum berlalu pergi. Dato’ Qamal membetulkan kot yang dipakainya sebelum berjalan menuju ke bilik ruangan menunggu. Pintu kaca itu dikuaknya dan dilihatnya kini Tan Sri Tengku Radzi sedang duduk di situ sambil membaca surat khabar.
“Apa khabar Radzi? Dah lama tunggu?” soalnya sambil bersalaman dengan sahabat lamanya itu sebelum duduk di hadapan lelaki itu. Lelaki itu dilihatnya mengangguk namun riak mukanya seperti ada sesuatu yang tidak kena.
“Baru je datang” jawabnya sambil melipat surat khabar di tangannya. Natasya kini masuk dan menghidangkan secawan kopi buat Dato’ Qamal sebelum keluar dari ruangan itu.
“Aku sebenarnya nak bincang hal penting dengan kau. Pasal anak-anak kita” ujar Tan Sri Tengku Radzi meluahkan rasa gelisah yang terbuku di hatinya. Dato’ Qamal memandang lama wajah sahabatnya itu sebelum membongkokkan sedikit tubuhnya bagi mencapai air kopi yang terhidang.
“Nak bincang pasal anak-anak kita? Kau dah beritahu Zaf ke pasal rancangan kita tu?” soalnya lagi. Tan Sri Tengku Radzi menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Belum tapi aku rasa nak percepatkan perkahwinan dia dengan anak kau. Soalnya, sekarang aku betul-betul risau dengan masa depan hotel aku. Kalau aku tak kahwinkan dengan anak kau secepat yang mungkin, aku takut first, dia buat hal-hal yang tak sepatutnya belakang aku. Kau pun tahu jelah, aku selalu pergi ke luar negara. Dia kalau duduk seorang dekat rumah tu, panjang langkah dia”
“Second, aku nak dia ada rasa tanggungjawab. At least bila dia ada isteri, dia adalah rasa tanggungjawab sebagai suami. Tak adalah setiap masa nak melepak je dengan kawan-kawan tak tentu hala dia tu” ucap Tan Sri Tengku Radzi panjang lebar.
“Aku faham. Kau risau, budak tu hilang fokus dan minat dekat syarikat. Tapi, setahu aku budak Zaf tu baik orangnya cuma mungkin dia masih tak minat nak uruskan syarikat kau tu. ” balas Dato’ Qamal kembali.
“dia tu pengurus besar tau, tapi tak buat pun kerja dia. Semua dia bagi serah kat PA dia.” bingkis Tan Sri Tengku Radzi lagi.
“oh, memang patutlah kau risau. Sebagai sahabat, aku pun rasa, tak boleh biarkan. Nyawa masa depan syarikat kau tu, bergantung dekat dia” ujar Dato’ Qamal memberi pendapat. Tan Sri Tengku Radzi mengangguk-angguk tanda setuju dengan kata-kata sahabatnya itu.
“Jadi aku harap, kau tak kisahlah, kalau aku nak cepat sikit ikatkan dia orang tu” ujar Tan Sri Tengku Radzi bersungguh mengharapkan sahabatnya bersetuju. Satu keluhan berat dilepaskan.
“aku bukan tak nak cepatkan, tapi kau tahu je lah. Larra tu satu-satu anak perempuan aku. Aku kalau boleh tak nak paksa dia, tapi aku pun ada masalah yang sama dengan kau” ujar Dato’ Qamal. Tan Sri Tengku Radzi mengerutkan dahinya.
“kenapa dengan anak kau? Ada apa-apa yang tak kena ke?” soalnya. Tan Sri Tengku Radzi memandang lama wajah sahabatnya itu. Kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Kenapa ni Qamal. Kau ada masalah ke dengan Larra?” soalnya lagi. Sememangnya sudah tiada rahsia antara mereka. Mereka sudahpun bersahabat baik sejak mereka kecil lagi. Perlahan-lahan dilihatnya Dato’ Qamal mengeluh perlahan.
“Dari dulu sampai sekarang, dia selalu mengelak dengan lelaki. Tak pernah aku nampak dia ada hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Aku risau, kalau aku biarkan jawabnya sampai ke tua dia akan terus macam tu” keluh Datuk Qamal pula bila teringat tentang sikap Larra yang sambil lewa bila disoal tentang perancangannya untuk ada teman hidup.
“Eh? Iye ke? Budak Larra tu aku tengok cantik je. Tak kan la tah pernah ada teman istimewa. Entah-entah ada, cuma kau je yang tak tahu” ujar Tan Sri Tengku Radzi.
“aku tahu sangatlah pasal Larra tu. Memang tak ada. Bila ada lelaki nak dekat dia, dia pulak tak hendak. Macam-macam alasan yang diberi. Sejak dia sekolah dekat sini, sampailah sambung belajar dekat luar negara dia memang paranoia sikit dengan lelaki” ujar Dato’ Qamal.
“Kau biar betul. Takkanlah sampai paranoid dengn lelaki. Mungkin dia belum bersedia agaknya”
“aku tak rasa macam tu, aku rasa dia memang sengaja mengelak dari lelaki.” balas Dato Qamal.
“Pelik juga aku dengar. Bila dia nak balik sini? Aku dah lama tak jumpa dia” soal Tan Sri Tengku Radzi lagi. Datuk Qamal tergelak.
“Eh, dia dah balik sini tapi yang buat lagi risau, dia sebok nak menetap dekat London sana. Kau pun tahu jelah, aku dengan Marissa tu makin tua, dia pulak nak jauh dari keluarga. Risau aku dibuatnya. ” ujar Dato’ Qamal. Tengku Radzi tergelak.
“Alah Qamal, sekali sekala kan dia boleh balik jenguk kau”
“kalau senang nak suruh dia balik, aku tak kisah. Ni nak balik pun punya liat. Apapun, aku tak kan kasi dia balik sana lagi. Sebab tu lah aku rasa, memang cara kahwin dia jelah boleh selesaikan masalah aku. Tak payah bimbang lagi”
“Ya tak ya juga, kalau dia dah kahwin, tak boleh la dia nak menetap dekat luar negara. Ya tak? Pandai. Pandai” puji Tan Sri Tengku Radzi.
“iyelah, aku ni pun macam kau juga. Syarikat aku ni, nak turun dekat siapa kalau tak dekat Larra” Dato’ Qamal kembali menghirup kopi yang masih bersisa. Kedengaran Tan Sri Tengku Radzi ketawa.
“nampaknya, kedua-dua anak kita bermasalah ni Qamal. Jadi kau setuju ke tak ni nak cepatkan perkahwinan mereka?” soalnya. Lama Dato’ Qamal berdiam diri.
“baiklah, aku rasa memang ni lah jalannya. Kita cepatkan je. tapi Zaf nak ke?’ soalnya.
“pasal Zaf tu jangan risau. Tahulah aku uruskannya. Kali ni kena bertegas sikit. Lagipun kita buat ni pun demi kebaikan dia orang” ulas Tan Sri Tengku Radzi.
‘betul tu. Pasal tu Larra tu pun biar aku yang handle. Janji perkahwinan tu berlangsung”
“baguslah kalau macam tu, jadi, kalau tak ada apa-apa hal, hujung minggu ni aku datang rumah kau untuk meminang” ujar Tan Sri Tengku Radzi.
“Elok sangatlah lah tu. Sekurang-kurangnya lepas mereka berkahwin nanti, tak adalah kita risau lagi” ujar Datuk Qamal sambil ketawa. Dia sedikit lega kerana akhirnya anaknya itu bakal berkahwin. Dia sedikit gusar namun tekad. Walau apa pun, dia ingin Larra berkahwin dengan Tengku Dzafril.
****
Larra memicit kepalanya yang terasa pening sedikit. Kereta yang dipandu oleh Pak Man sudah masuk ke dalam pekarangan rumahnya. Namun ada sebuah kereta lain yang sedang bergerak keluar dari rumahnya. Larra mengerutkan keningnya.
“Siapa tu Pak Man?” soal Larra apabila keretanya telah berhenti.
“Entah, Pak Man pun tak cam pemandunya tadi” jawab Pak Man. Larra keluar dari kereta dan berjalan masuk ke banglonya. Ketibaannya petang itu disambut oleh senyuman oleh mama dan papanya.
“Mama dengan papa kenapa happy sangat ni? Ada apa-apa ke?” soalnya sambil duduk di depan sofa. Dilihatnya cawan air yang ada masih terhidang di atas meja. Pasti ada yang datang tadi.
Kak Nafisah keluar dan mengemaskan cawan-cawan tersebut sebelum membawanya masuk ke dapur. Datuk Qamal hanya berdiam diri sambil memandang isterinya Datin Marissa.
“ma? Kenapa ni? Apasal tak jawab. Siapa yang datang tadi?” soal Larra lagi. Datin Marissa bangun dan berjalan perlahan-lahan sebelum duduk di sisi Larra. Larra hanya memandang hairan perlakuan mamanya itu.
“Larra, kalau mama beritahu Larra hal ni. Larra jangan marah ya. Kami buat semua ni untuk kebaikan Larra” ujar mamanya lagi. Larra tersenyum sambil menarik tangan Datin Marissa ke dalam genggamannya.
“Larra tak faham apa maksud mama. Kalau apa yang mama dan papa buat tu memang untuk kebaikan Larra, it’s okay. Tapi apa dia?” soal Larra lagi sebelum menoleh ke arah papanya.
“Baiklah, kalau macam tu. Papa dengar pun lega. Marissa, awak cakaplah dengan dia. Bagi cincin tu dekat dia” ujar papanya membuatkan dahi Larra berkerut mendengar kata-kata papanya. Cincin? Cincin apa ni? Dia menoleh pula memandang mamanya. Mamanya perlahan-lahan mengeluarkan kotak kecil dari dalam kocek baju kurungnya. Bulat mata Larra melihat kotak itu.
” Larra dah bertunang, ni cincinnya ” ujar Datin Marissa serentak membuka kotak itu dan kini kelihatan sebentuk cincin kemilau di dalamnya.
“bertunang? Tak! Papa and mama gurau eh? Apa semua ni? ” jerit Larra seakan tidak percaya. Jelas gadis itu terkejut dengan kenyataan yang baru diterimanya. Datuk Qamal bangun.
“papa dan mama dah tunangkan Larra. Dan sekarang Larra dan bertunang dengan Tengku..” belum sempat Dato’ Qamal menghabiskan biacaranya Larra bangun dari duduknya.
“Bertunang apa ni? Larra tak… Tak… Tak nak bertunang!” jerit Larra. Datin Marissa terkejut lalu cepat-cepat berdiri di sisi Larra.
“Larra, sabar. Bawak bertenang. Dengar dulu sebab kenapa papa tunangkan Larra” ujar Datuk Qamal lagi. Larra menggeleng-gelengkan kepala.
“No, Larra tak nak bertunang dan Larra tak akan bertunang dengan dia! Esok Larra nak balik semula ke London” ujar Larra sambil mula melangkah menuju ke tangga.
“tunggu Larra! Papa belum habis cakap lagi. Semua visa, pasport dan segala aset Larra dalam bank, papa dah dibekukan. Larra tak boleh ke luar negara lagi” ujar papanya membuatkan Larra terhenti.
Bait-bait kata papanya ‘Larra tak boleh keluar negara lagi’ terngiang-ngiang di telinganya. Dia menoleh. Perlahan, air matanya mula mengalir membuatkan Datin Marissa yang sekadar memerhati mula berasa serba salah. Apakah tindakan yang diambil oleh mereka berdua adalah yang terbaik buat Larra. Dipandangnya, Dato’ Qamal di sisi.
“What?” soal Larra seakan terkedu.
“Ya, semua hak milik kamu papa dah bekukan” ulang Dato’ Qamal lagi. Dilihatnya Larra seolah-olah terkedu mendengar jawapannya.
“kenapa papa buat Larra macam ni?” soalnya dengan suara yang sedikit merintih. Seketika kemudian dia tersenyum sinis. “Larra dah agak dah, mesti ada sesuatu tak kena bila papa tipu Larra balik sini. Larra tahu alasan papa hari tu, cakap mama sakit tu tipu! Tipu! Dan sekarang, baru Larra faham. Apa tujuan sebenar papa.” jerit Larra lagi. Datin Marissa bangun dan berjalan menuju ke Larra.
“Larra, bukan tu maksud papa. Pertunangan ni adalah satu benda gembira sepatutnya. Lagipun sebagai bapa, mama rasa papa berhak tunangkan Larra dengan lelaki yang dia pilih” ujar mamanya. Larra memandang lama mamanya dengan pandangan tidak percaya.
“Benda gembira. Langsung tak gembira dengar. Larra tak boleh terima pertunangan ni!” jawab Larra kembali.
“Larra, kalau Lara dah ada pilihan sendiri, cakap dengan mama. Larra cakap. Ada ke?” soal mamanya lagi. Dia khuatir anaknya itu sudah mempunyai kekasih hati. Jika begitu, eloklah perkahwinan dengan anak Tengku Radzi itu dibatalkan sahaja. Dia tidak mahu menjadi batu penghalang kebahagian anaknya. Perlahan-lahan dilihatnya Larra menggeleng.
“Tengok, awak tengok. Dia sendiri tak ada pilihan sendiri. Sebab dia macam ni la, saya terpaksa buat keputusan kahwinkan dia, Marissa” keluh papanya. Larra menyapu air matanya.
“Larra tak sangka papa sanggup buat macam ni dekat Larra” ujar Larra teresak-esak.
“This is the best for you, Larra Adlea. Anak Tengku Radzi tu, bukan calang-calang orang” pujuk Dato’ Qamal.
“Larra tak peduli dia anak siapa pun. Yang penting, Larra tak akan setuju bertunang atau berkahwin dengan dia. Larra tak nak!” balas Larra lagi sebelum berlari menuju ke biliknya.
“Larra! Tunggu! Papa belum habis cakap!” jerit papanya namun Larra sedikit pun tidak mengendahkan panggilan itu. Anak gadisnya itu hilang di penghujung tangga. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi pintu dihentak kuat. Datin Marissa menoleh memandang suaminya.
“Awak pasti ke bang, apa yang kita buat ni yang terbaik untuk dia?” soal Datin Marissa sebelum berjalan kembali untuk duduk di depan suaminya. Dato Qamal meraup wajahnya sebelum turut duduk.
“Entahla Marissa. Abang tahu mungkin susah untuk dia terima, tapi apa yang abang buat ni bukan sebab abang pentingkan diri sendiri. Abang fikirkan dia. Abang tak nak dia terus lari dari masalah dan terus tinggal dekat sini, hidup tanpa perlu takut. Ada suami dan bekeluarga. Abang just nak dia hidup macam orang lain” luah Datuk Qamal lagi. Datin Marissa mengerutkan keningnya.
“Tapi nampaknya dia marah benar dengan pertunangan dia ni” ujar Datin Marissa sambil membelek kotak cincin di genggamannya.
“Tu abang tahu, tapi abang harap dia akan faham. Mungkin agak susah dia nak terima tapi abang yakin dia akan faham sebab abang buat semua ni. Abang sayangkan dia” ujar Datuk Qamal lagi. Datin Marissa mengeluh sebelum bersandar ke sofa tersebut.
****
Tengku Dzafril Haidhar bersiul kecil di dalam kamar mandi sebelum keluar dan menuju ke cermin. Dia menatap mukanya di cermin sebelum tersenyum sendiri. Dia benar-benar senang hati apabila bapanya bakal pergi ke Tokyo malam ini. Rambutnya di sisir rapi sebelum minyak wangi kegemarannya disembur ke badannya.
Aroma biliknya semerbak dengan haruman dari minyak wanginya itu. Setelah siap berpakaian dia sekali lagi berdiri di hadapan cermin bagi menyapu gel rambut. Setelah berpuas hati dengan penampilannya dia kembali semula ke katil bagi mengambil barang-barang peribadinya. Malam ini dia bakal bertemu janji dengan seorng artis baru yang kian popular, Mira Nadira.
Jam di biliknya sudah menunjukkan angka 8 malam. “Alamak, dah lambat nak jemput Mira” ujarnya sambil pantas mengambil jaket kulitnya dan keluar dari bilik.
“Nak pergi mana?” soal satu suara membuatkan dia tidak jadi melangkah. Tengku Dzafril Haidhar menoleh dan dilihatnya papanya sedang duduk di sofa ruang tamu.
“Nak jumpa kawan pa” ujarnya. Papanya menjeling seketika sebelum memerhati pemakaiannya dari atas ke bawah.
“sini kejap Zaf, ada hal yang papa nak bincangkan” ujar papanya. Tengku Dzafril Haidhar mengerling ke arah jam tangannya. Aduh! Aku dah lewat 15 minit ni.
“pa, Zaf kena cepat ni pa. Dah janji dengan kawan” ujarnya sebelum berjalan menuju ke pintu utama.
“Zaf!” jerit papanya membuatkan dia tidak jadi melangkah. “i said come here” sambung papanya lagi. Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang. Kalau aku pergi, komfem-komfem dia ni mengamuk. Atuk punya bala kang kena kat aku.
Dia melangkah menuju ke arah papanya. “Duduk’ arah papanya. Tengku Dzafril Haidhar memandang wajah serius papanya.
***
Larra masih menangis. Dia duduk di tepi birai katilnya. Suasana biliknya sememangnya sudah bersepah-sepah akibat dia yang mengamuk sebentar tadi. Rasa geramnya masih menebal. Kenapa begini nasibnya. Sejak dahulu hidup aku tak habis-habis dengan masalah. Belum habis pasal isu 9 tahun lepas, kini masalah pertunangan pula. Kenapa aku tak hidup tenang macam orang lain? Ketukan dia muka pintu membuatkan dia tersentak dari lamunan jauhnya.
“Saya tak nak siapa-siapa kacau saya!” jeritnya. Ketukan berhenti namun kini pintu itu dikuak. Larra terasa ingin marah. Tak paham bahasa ke. Dah aku cakap tak nak orang kacau, dia pergi buka pintu pulak!
“Kan saya……” dia hilang bicara apabila melihat mamanya yang muncul di muka pintu dengan menatang dulang. Serentak rasa marahnya pergi melihat wajah lembut mamanya.
“Mama minta maaf sebab masuk bilik Larra tanpa izin, but i need to talk to you” ujar mamanya lembut sebelum menutup kembali pintu dan berjalan masuk mendapatkan Larra. Sempat dia memerhati keadaan bilik itu bersepah-sepah. Serpihan kaca juga bertaburan di hujung meja sana. Begitu juga bantal-bantal Lara yang bersepah-sepah di lantai. Pasti anaknya itu mengamuk sakan tadi.
“Mama bawakkan Larra makan malam. Dari petang tadi Larra tak makan” ujar mamanya lagi. Larra mula menangis kembali. Sebak dengan tindakan mamanya yang masih mengambil berat tentang dirinya.
“Tapi Larra tak lapar, mama” ujar Larra kembali. Datin Marissa melihat wajah lesu dan mata Larra yang membengkak itu. Rasa kasihan pada nasib anaknya itu mula menggamit.
“Larra, Larra tahu tak, mama tak sanggup tengok Larra macam ni. At least makan la sikit. Larra tak sayang mama ke. Penat mama masak untuk Larra” pujuknya. Larra memandang lama wajah ibunya itu.
“Tapi Larra tak ada selera” ujarnya kembali. Datin Marissa mengelus lembut rambut Larra yang sedikit serabai itu.
“Mama tahu, mama tahu Larra susah hati pasal pertunangan tu. Tapi Larra kena jaga kesihatan juga. Larra makan ya? Larra sayangkan mama tak?. Please makan” pujuknya lagi. Akhirnya setelah lama berdiam, Larra mengangguk tanda setuju. Datin Marissa tersenyum sambil menyuakan sudu ke mulut Larra.
“Kenapa papa buat macam ni dekat Larra, mama?” soal Larra tiba-tiba. Datin Marissa menarik nafas panjang.
“papa tunangkan Larra, sebab papa sayangkan Larra. Papa nak Larra hidup bekeluarga macam orang lain” ujar mamanya lagi. Anaknya itu sememangnya seorang yang keras hati namun juga mudah tersentuh. Dia harap anaknya itu faham.
“papa tak sayangkan Larra, mama. Kalau dia sayangkan Larra, dia tak akan paksa Larra tunang dengan orang yang Larra tak cinta. Even tak kenal” ujar Larra lagi. Dilihatnya air mata Larra kembali mengalir. Datin Marissa mula rasa sebak melihat keadannya itu. Betul ke apa yang aku buat ni?
“Sebab tu Larra kena kenal-kenal dulu dengan anak Uncle Radzi tu. Budaknya pun…..”
“Mama, please help me. Will you? Pujuk papa cancel kan pertunangan Larra ni. Larra tak nak jadi tunang lelaki tu” Larra pantas berkata-kata. Datin Marissa mengerutkan keningnya. Dia tersepit kini. Tidak tahu hendak melakukan apa. Dia mahu anaknya itu berkahwin tetapi dalam masa yang sama dia kasihankan Larra. Walau apa pun, dia yakin, suaminya itu tidak akan mengubah apa-apa. Perkahwinan Larra pasti diteruskan.
“Mama tak boleh buat apa-apa sayang, Lara sekarang memang dah jadi tunang orang” ujarnya. Mendengar jawapannya itu, sudu yang disua pantas dihalang oleh Larra.
“Tak apalah mama, Larra dah kenyang. Can you please leave me alone?” soal Larra lagi. Datin Marissa tahu anaknya itu marah dah kecewa mendengar jawapannya, namun dia juga harus bertegas. Dia inginkan Larra terus menetap di Malaysia. Hanya dengan berkahwin, baru mampu mengikat Larra terus tinggal di sini. Perlahan-lahan dia meletakkan kembali sudu ke pinggan. Di tatapnya wajah lesu Larra.
“Larra rehatlah dulu. Mama keluar dulu ya.” ujarnya lembut sebelum mencium lembut dahi milik Larra. Namun anaknya itu sekadar berdiam diri. Tidak ada balasan, sedikitpun tidak memandangnya. Datin Marissa menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembus kembali. Dia bangun dan berjalan keluar dari bilik itu meninggalkan Larra bersendirian.
Larra pantas menyapu air matanya. Tak! Aku tak boleh terus berharap lagi. Aku mesti buat sesuatu! Dia lantas bangun dan menuju ke balkoni. Muncul idea di benak fikirannya.
*******
“Damn!” jeritnya di dalam bilik. Rasa bengangnya menguasai diri. Dia benar-benar terkejut apabila papanya memberitahu tentang hal pertunangannya sebentara tadi.
“Sesuka hati dia je nak buat dekat aku! Damn!” jeritnya lagi. Telefon bimbitnya bercahaya dan tidak lama kemudian deringan telefon bimbit miliknya berbunyi. Tengku Dzafril Haidhar mencapai telefon itu dan bercadang untuk membalingnya kelantai. Namun nama pemanggil yang tertera membuatkan dia tidak jadi untuk berbuat demikian. Lantas simbol hijau pada skrin di sentuhnya.
“Hello” ujarnya.
‘Zaf! Kau free ke tak malam ni. Jom la keluar, lepak dekat Zeen” ajak Aqeim. Tengku Dzafril Haidhar terdiam seketika.
“Sapa lagi ada sana?” soalnya lagi.
‘Faim ada. Ayie cakap pon nak datang kejap lagi. Yang tak ada cuma Joe je” jawab Aqiem.
“jap lagi aku sampai lah” ujarnya seraya memutuskan talian.
****
Berjaya pun! Dia menoleh memandang ke arah rumah banglonya itu. Setelah bersusah payah dia berjaya melompat keluar melalui pagar. Dia hanya membawa beg Levi’s yang berisi beberapa helai bajunya, serta barang peribadinya.
“Sejuk pula dekat luar ni” ujarnya sambil terus berjalan keluar dari kawasan perumahan menuju ke jalan utama. Suasana sunyi menimbulkan sedikit rasa takut di hatinya. Namun mujur baru beberapa langkah ada teksi yang muncul. Cepat-cepat dia menahan teksi tersebut. Pemandunya seorang warga tua.
“Pak Cik, boleh hantar saya ke Pandan Melati Hotel tak?” soalnya. Pemandu teksi itu berkerut sejenak memandangnya.
“Tapi nak, pak cik tak lalu jalan tu. Kawasan tu jauh dari tempat anak ni” ujar pak cik itu.
“tapi pak cik, saya betul-betul kena ke sana secepat mungkin. Nak harapkan teksi lain, saya rasa tak ada lalu dah malam macam ni. Tolonglah hantar saya pak cik. Saya bayar lebih” ujarnya lagi. Pemandu teksi itu terdiam seketika.
“Bukan soal duit nak, tapi masa pak cik. Tapi tak apalah nak. Kesian pak cik tengok. Mari pak cik hantarkan” ujar pemandu teksi berkenaan. Larra tersenyum sambil segera masuk ke perut kereta. Setelah kereta berjalan, pemandu teksi itu sekali lagi memulakan bicara memcahkan kesunyian antara mereka.
“Anak ni memang tinggal dekat kawasan perumahan tu ya?” soal pemandu teksi itu.
“err, ya pak cik. Kenapa pak cik?” soalnya.
“tak adala, tu kan kawasan perumahan orang kaya. Pak cik tanya je sebab tak pernah nampak cik ni” balas pemandu teksi itu lagi.
“saya tumpang je dekat situ” balas Larra.
“ouh. tumpang je” suasana kekal sunyi untuk beberapa minit. Masing-masin tenggelam dalam lamunan sendiri. Namun tidak lama apabila, pemandu teksi itu sendiri yang memecahkan kesunyian antara mereka
“Anak ingat tak rumah banglo tempat pak cik berhenti tadi?” soal pak cik itu memulakan bicara membuatkan Larra berasa hairan. Rumah banglo tadi? Tu rumah aku?
“Oh rumah tu, kenapa pak cik?” ujarnya berpura-pura baru teringat.
“Pak cik dengar, anak Dato’ yang tinggal dekat situ dulu bunuh orang. Anak kenal tak dengan Dato’ tu?” soal pak cik teksi itu lagi. Larra mengerutkan kening. Anak Dato’ tu aku la kan. Takkanlah sampai pak cik ni pun tahu pasal hal aku dulu. Tapi aku mana ada bunuh orang.
“pak cik tahu dari mana pasal cerita ni?” soalnya ingin meminta kepastian. Dia paling tidak suka apabila cerita tidak benar tentang dirinya dijaja-jaja. Ni sampai pak cik teksi ni pulak tahu pasal aku ni kenapa?.
“pak cik ingat dulu, ada beberapa budak sekolah yang duduk kawasan ni, cerita masa tumpang teksi pak cik ni. Dia orang cerita macam-macam lah pasal anak Dato’ tu jahatlah, buli orang. Macam-macamlah” ujar pak cik itu lagi.
“Erk, macam tu ke pak cik. Pak cik memang selalu ke lalu kawasan tu?” soalnya lagi. Pak cik itu memandangnya melalu cermin.
“Selalu la juga cik. Baru lagi ke dekat sini?” soalnya lagi.
“Erm a’ah. Sebelum ni saya tak duduk dekat sini”
“Nak, dah sampai pun” ujarnya. Larra tersenyum sambil mengelurkan not RM 50 dari dompetnya dah menghulurkan kepada pemandu teksi itu.
“Eh nak. Duit ni lebih ni. Meter pak cik cuma RM36.50 je” ujar pemandu teksi itu jelas terkejut melihat duit itu.
“Tak apalah pak cik. Saya ikhlas. saya berterima kasih banyak-banyak dekat pak cik sebab sanggup hantarkan saya sampai ke mari” ujarnya. Pemandu teksi itu menarik nafas panjang.
“Baik betul anak ni” ujarnya sebelum menerima not RM50 itu dari Larra.
“Tapi pak cik. Saya harap, pak cik jangan cerita lagi fasal anak Dato’ tu dekat penumpang pak cik lain. Saya tak nak dia orang salah anggap sebabnya, anak Dato’ yang pak cik cakap tu, tak bunuh sesiapapun. Mangsa tu koma je tapi dia hidup lagi sampai sekarang. Terima kasih pak cik” ujar Larra sebelum keluar dari perut kereta.
Berkerut dahi Pak Ismail mendengar jawapan gadis itu. Eh, tahu benar nampaknya gadis itu tentang cerita tu. “entah-entah dia kawan agaknya dengan anak Dato’ tu”
****
Aqiem tercengang sambil memandang ke arah sahabatnya itu yang dari tadi tidak berhenti meneguk minuman beralkohol. Sesekali dia melirik ke arah Ayie di sisinya. Tengku Dzafril Haidhar pula seolah-olah masih belum puas meneguk air syaitan itu. Pantas Aqiem mencapai botol arak dan menghalang sahabatnya itu dari tuang ke gelasnya.
“Enough! Stop Zaf!” marahnya. Irama kuat di tempat itu membuatkan dia terpaksa menjerit sedikit. Meski mereka berada di zon privasi namun hingar bingar tempat itu masih terasa.
“Kau ni apahal! Bagi balik la!” marah Tengku Dzafril Haidhar sambil mencuba mengambil kembali botol di tangan Aqiem. Ayie pula cuba menenangkan sahabatnya itu.
“Kau ada masalah eh Zaf? Dari tadi kau asyik minum je. Kalau kau ada masalah, tell us” pujuk Ayie lagi. Tengku Dzafril Haidhar menolak Aqiem dan berjaya mendapatkan kembali botol araknya.
“Masalah? Kau orang rasa, kau orang mampu ke selesaikan masalah aku? Mampu ke lawan orang tua tu?” jerit Tengku Dzafril Haidhar sebelum meneguk rakus arak di gelasnya. Ayie dan Aqiem sekadar berpandangan. Tidak tahu hendak menolong bagaimana lagi.
Faim kembali dari pentas menari dan melihat dua orang sahabatnya itu sedang khusyuk memerhatikan Zaf yang sedang minum.
‘Hey hey korang ni kenapa pandang dia macam tu?” tegurnya sambil duduk di sebelah Tengku Dzafril Haidhar.
“Pelik!” ujar Aqiem lagi. Ayie tergelak kecil.
“Kau tengoklah dia tengah buat apa. Guna mata kau tu sikit la brader” ujar Ayie pula. Faim mengarahkan pandangannya ke arah Zaf yang sedang minum.
“Dia minum? Apa yang peliknya?” soalnya kembali. Aqiem menepuk dahinya sebelum memandang Ayie di sisi.
“Kau tahu tak berapa gelas dah mamat ni telan dari kite enter tempat ni tadi?” soalnya kepada Faim yang kelihatan masih terpinga-pinga. Sahabatnya itu sekadar menggeleng-gelengkan kepala.
“empat belas gelas! Tanpa stop dari tadi” ujar Ayie pula membuatkan Ayie terkejut. Pantas dia bangun dan berdiri.
“Kau ni nak bunuh diri apa? Minum banyak sangt malam ni kenapa?. Kalau terkencing dalam seluar sapa nak tolong!” ujar Faim berpura-pura marah. Ayie dan Aqiem tergelak besar mendengar lawak Faim itu.
“Bengong la kau Faim. Aku risau ni tengok budak ni. Tak pernah-pernah aku tengok dia minum banyak macam ni. Selalu setakat 4-5 gelas tu biasa la. Ni sampai 14 gelas. Okay dah up. 15 gelas. Apa cer” ujarnya apabila melihat Tengku Dzafril Haidhar meneguk gelas yang kelima belasnya.
“Zaf? Kau kenapa ni? Gaduh dengan bapak kau lagi ea?” pujuk Faim sambil duduk di sisi Zaf. Tengku Dzafril Haidhar meletakkan gelasnya ke atas meja sebelum menoleh memandang ke arah Faim.
“Bukan setakat gaduh la Faim. Tapi dia dah musnahkan hidup aku. Aku benci la dengan dia!” pekik Tengku Dzafril Haidhar.
“Tak baik kau cakap macam tu. Apapun dia kan bapak kau. Tak baik benci bapak sendiri” ujar Aqiem.
“Tol tu Zaf. Kau tak boleh cakap cam tu kat bapak kau” ujar Ayie pula.
“aku bukan cakap pasal bapak aku la, bodoh!” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Dia berhenti untuk minum sebelum menarik nafas panjang.
“tunang aku” ujarnya pendek sebelum tersandar di sofa. Ayie memandang seketika ke arah Faim. Masing-masing terdiam. Tiba-tiba Aqiem ketawa membuatkan Ayie dan Faim serentak mengalihkan perhatian kepada Aqiem pula.
“Apasal kau gelak?” soal Faim. Aqiem masih ketawa namun dia cuba menahannya.
“Tak de. Aku dengar Zaf cakap tunang dia. Aku dah lama tak korek telinga agaknya” ujar Aqiem berterus terang sebab mengapa dia tergelak sendiri.
“Aku pun dengar dia cakap tunang dia” ujar Faim membuatkan ketawa Aqiem mula reda.
“Entah. Aku pun dengar dia cakap tunang” ujar Ayie pula. Kini wajah Aqiem mula bertukar hairan. Dia tidak ketawa lagi. Perlahan-lahan perhatian mereka diarahkan ke arah Dzafril yang sudah terlena di sofa.
“Kau cakap tunang ea Zaf?!!” soal mereka bertiga serentak membuatkan Tengku Dzafril Haidhar yang terlelap terkejut dek jeritan mereka bertiga. Terpisat-pisat dia memandang seorang demi seorang sahabatnya itu.
“Apa?” soalnya pula kurang jelas dengan soalan yang diajukan.
“kau dah bertunang? Biar betul?” soal Aqeim lagi. Tengku Dzafril Haidhar meraup wajahnya sebelum mengangguk sambil menuang arak ke dalam gelasnya.
” yup. Aku dah ade fiancee” ujarnya. Pengakuan itu membuatkan ketiga-tiga mereka yang mendengarnya ternganga.
“Kau serius ke doh? Apsal aku tak tahu pulak kau dah tunang?” soal Faim pula.
“A’ah. Apsal tetibe je? ” soal Ayie pula. Tengku Dzafril meletakkan kembali gelas yang telah kosong ke atas meja.
“Bapak aku. Dia yang tunangkan aku dengan perempuan sial tu” marahnya sambil menghembus nafas keras. Faim menjeling sekilas ke arah Ayie sebelum kembali memandang ke arah Dzafril yang sudah mabuk. Dia ketawa sedikit.
“Susah aku nak percaya kau dah tunang” ujar Faim. Aqiem menelan air liurnya. Rasa terkejut masih terbaki.
“Tapi aku rasa, tengok keadaan dia sekarang, dia tak cakap bohong. Takkan lah dia mabuk macam ni kalau tak ada masalah. Aku rasa betul bapak dia tunangkan dia” ujar Aqiem pula.
“Aku tak akan lepaskan perempuan tu! ” ujar Tengku Dzafril Haidhar.
“aku rasa dari keadaan tambah buruk duduk dekat sini. Baik kita bawa dia keluar dari sini. Dia dah mabuk teruk ni” ujar Ayie memberi pandangan. Faim dan Aqiem mengangguk tanda bersetuju.
“Apa ni? Aku belum mabuk lagi lah. Kau tengok aku boleh drive kereta lagi” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil membuat isyarat seolah-olah orang yang sedang memandu kereta dengan tangan kiri dan kanannya di putar-putarkan seperti sedang memegang stering kereta.
Faim menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum memberi isyarat kepada Ayie supaya mengangkat sahabatnya yang telah mabuk itu.
“Kau ni pun, jangan lah minum banyak sangat lain kali” marah Faim sambil memaut lengan Tengku Dzafril Haidhar yang sudah tidak sedarkan diri.
“Dia datang sini tadi pakai apa Qiem? Driver dia hantar ke, dia drive sendiri?” soal Ayie kepada Aqiem.
“Dia drive la. Kereta dia ada dekat depan tu” balas Aqiem.
“habis macam mana nak hantar dia balik rumah dengan keadaan dia macam ni? Macam mana dia nak drive dengan keadaan mabuk macam ni?” soal Ayie lagi.
“Aku boleh drive sendiri la” ujar Tengku Dzafril Haidhar. “Bluweekkk!!” tak semena-mena dia muntah membuatkan kedua-kedua sahabat yang sedang memapahnya memekik.
“Eeeiii! Muntah pulak budak ni. Kau kata kau boleh drive dengan keadaan kau macam ni. Kau jangan mengada-ngada” marah Ayie pula.
“Nasib baik tak kena baju aku” ujar Faim sambil membelek-belek bajunya.
“Aku rasa better dia balik kondo aku je lah. Cuma masalah dia sekarang. Kereta dia tu, macam mana?” soal Aqiem lagi sebelum menekan punat pada alat kawalan jauh keretanya.
“A’ahlah. Dah lah kereta import. Takkan nak tinggal sini. Kalau hilang siapa nak bertanggungjawab” ujar Ayie pula.
“Kau bukan datang sini guna driver ke Yie? Kau bawak la kereta si Zaf ni ke kondo Aqiem. Pastu kau suruh la driver kau amek kau dekat sana?” Faim memberi idea. Aqeim membuka pintu keretanya sambil cuba membantu kedua-dua sahabatnya memasukkan Tengku Dzafril Haidhar yang sudah tidak sedarkan diri masuk ke dalam perut kereta.
“Ah, okaylah kalau macam tu. Rumah Aqeim pun tak jauh dari rumah aku. So no hal la nak suruh driver aku jemput kat sana” ujar Ayie sebelum menyeluk kocek seluar jeans Dzafril bagi mencari kunci keretanya.
Bulat mata Datuk Qamal menerima berita pagi itu. Datin Marissa yang sedang menjamu selera di sisinya juga kelihatan terkejut. Mak Siah yang masih berdiri di pandangnya.
“Apa? Larra tak ada dekat bilik dia?” soalnya meminta kepastian. Mak Siah mengangguk-angguk.
“Saya dah cari dekat toilet, even dekat bilik kasut dan pakaian dia. Semua tak ada” ujar Mak Siah memberitahu lagi. Nafisah muncul dengan keadaan yang tercungap-cungap.
“Jumpa tak dia Nafisah?” soal Datin Marissa. Pantas gadis itu menggeleng.
“Tak ada Datin? Saya dah puas keliling rumah ni, cari dia dekat semua kawasan. Tapi tak ada. Saya rasa, dia tak ada dekat dalam rumah ni” ujar Nafisah memberi penjelasan. Pucat muka Datuk Qamal mendengar penjelasan itu. Hilang seleranya untuk makan. Yang ada kini hanyalah risau dan bimbang tentang kehilangan Larra secara mengejut pagi itu. Takkanlah dia lari dari rumah.
“Saya tak percaya yang anak kita tak ada dekat rumah ni. Saya nak pergi cek sendiri” ujar Datin Marissa sambil bangun dan berjalan keluar dari ruang makan. Datuk Qamal sekadar memerhatikan isterinya itu yang telah menghilang.
“Mak Siah arahkan semua pekerja dalam rumah ni termasuk driver, guard dan tukang kebun jumpa saya dekat ruang utama sana” arah Datuk Qamal. Mak Cik Siah menganguk sebelum pergi menjalankan arahan majikannya.
“Ada hal apa ni Dato’?” soal Pak Man. Dato’ Qamal terdiam seketika sebelum duduk di sofa itu. Dia sempat mempersilakan kesemua mereka untuk turut duduk.
“Ada sesiapa nampak Larra? Pak Man ada hantar Larra kemana-mana tak?” soalnya lagi. Berkerut-kerut dahi Pak Man.
“Saya cuma hantar Cik Larra pergi beli barang. Tu pun semalam petang. Hari ni tak ada Dato'” ujar Pak Man.
“Saya pun tak ada nampak Cik Larra keluar, Dato'” ujar Pak Karim selaku pengawal rumah itu.
“Habis kalau tak lalu gate, takkan dia terbang pulak!” jerit Datin Marissa yang baru tiba di ruang itu. Menoleh Dato’ Qamal memandang wajah cemas milik isterinya.
“awak ni, janganlah macam tu dekat Karim. Mungkin budak tu panjat tembok agaknya” ujar Dato’ Qamal.
“Saya bukan apa, saya risau sangat ni. Saya dah cek bilik dia bang. Telefon dan dompet dia semua tak ada” ujar Datin Marissa. Dato’ Qamal hanya menyepi. Rasa bersalah menguasai dirinya.
‘Karim, betul kamu tak nampak Larra keluar?” soal Datin Marisa.
“Betul Datin, saya tak nampak Cik Larra keluar ikut gate pun. Saya pasti” ujar Karim memberi kepastian. Dilihatnya, Dato’ Qamal sedang menelefon seseorang.
“telefon bimbit dia pulak off, budak ni memang betul-betul la menguji kesabaran saya” ujar Dato’ Qamal sambil kembali mendail nombor milik Larra. Suasana senyap seketika.
“ada tak bang?” soal Datin Marissa.
“Tak berangkat. Makin risau saya dibuatnya” ujar Datuk Qamal sambil berjalan menuju ke pintu utama.
“Saya rasa dia memang lari dari rumah la bang. Kalau setakat keluar biasa, dia takkan keluar macam tu je. Mesti dia beritahu Pak Man dulu” ujar Datin Marissa. Datuk Qamal memandang lama wajah isterinya sebelum memandang satu persatu pekerjanya. Datuk Qamal memejam rapat matanya sambil mula menarik nafas panjang.
“Kemana pula budak ni pergi. Dia bukan tak tahu KL ni besar. Bahaya pula tu, perempuan macam dia seorang-seorang dekat luar” marah Dato’ Qamal.
“kalau lah awak tak paksa dia bertunang, mesti benda ni tak jadi macam ni” marah Datin Marissa.
“Awak janganlah nak salahkan saya pula. Saya pun tak tahu, benda macam ni boleh terjadi. Tak terfikir pun yang anak awak tu sanggup lari dari rumah”
“apa kata kalau kita laporkan pada polis je Dato'” Pak Man memberi pendapat.
‘Dato’ Qamal perlahan sambil berjalan duduk ke sofa.
“tak boleh, kalau sampai hal polis, panjang ceritanya lagi. Silap-silap menjejaskan syarikat saya. Tak boleh. Tak boleh’ ujar Dato’ Qamal.
“awak lagi pentingkan syarikat dari keselamatan anak sendiri.”
“bawak bersabar Marissa. Bukan tu maksud saya. Saya ni bapa dia, saya pun risau juga dia hilang. Dia satu-satunya anak saya. Tapi tolonglah, awak jangan mendoakan yang bukan-bukan. Saya akan arahkan orang untuk cari dia. Saya nak, semua orang berdoa semoga anak saya selamat dan balik semua ke sini’ ujar Dato’ Qamal. Semua yang berada di situ mengangguk-angguk. Terlihat jelas riak-riak kebimbangan di setiap wajah.
Datin Marissa terdiam mendengar kata-kata suaminya.
****
Dia membuka mata namun apa yang dilihatnya adalah benda yang berpusing-pusing sahaja. Dia kembali menutup matanya kembali. Kepalanya terasa berat dan pening. Tangannya di arahkan ke kepalanya bagi memicit-micit perlahan.
Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang sejuk menindih dahinya. Setelah seketika baru terasa derita yang ditanggungnya mula berkurangan. Dia membuka mata perlahan-lahan.
“Sakit lagi??” soal satu suara. Dia cuba membuka luas-luas matanya dan dilihatnya Aqiem berada di situ. Rasa hairan mula menyelebunginya.
“Okay sikit. Aku dekat mana ni?” soalnya sambil cuba untuk bangun. Namun Aqiem terlebih dahulu menghalangnya.
“Baring lah dulu. Kau tak boleh terus bangun. Sekarang kau dekat rumah aku la. Semalam kau mabuk teruk. So terpaksa bawa kau ke sini. Aku takut papa kau marah kau lak kalau nampak kau dalam keadaan semalam” ujar Aqiem pula.
“Dia tak ada la. Dia pergi Tokyo. Thanks sebab bawa aku ke sini” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi. Dia tersenyum sambil mengalihkan bungkusan ais dari dahinya. Kedengaran pintu dikuak dan kini kelihatan Ayie masuk ke bilik nya itu. Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya.
“kau dah okay belum. Kalau dah okay jom lah keluar. Aqiem dah beli sarapan” ujar Ayie.
“Kau pun ada dekat sini?” soal Tengku Dzafril Haidhar agak hairan. Aqiem ketawa kecil.
“Kau muntah dekat baju dan seluar dia semalam. Terpaksa dia mandi dan tidur dekat sini nak tunggu baju dia kering” terang Aqiem membuatkan Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah Ayie yang hanya berbaju T-shirt dan kain pelekat.
“Alamak, sorry. Mesti aku nyusahkan korang gile kan semalam” ujar Tengku Dzafril Haidhar sedikit menyesal. Ayie tersenyum sambil menepuk bahu sahabatnya.
“Alah lepaklah. Kau pun tengah mabuk kan. Bukan sedar. Dah dah. Jom keluar. Sarapan. Aku dah lapar ni” ujar Ayie lagi sambil menepuk-nepuk perutnya.
“Kau orang keluar la dulu. Aku nak basuh muka jap” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum. Dia bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang memahami seperti mereka. Kalau dia orang tak ada malam tadi, tak tahu lah apa jadi dekat aku. Lantas dia bingkas bangun dari katil itu dan berjalan menuju ke tandas. Di tatapnya wajah miliknya di cermin. Baru dia perasan kini, baju yang dipakainya itu bukanlah baju miliknya. Seluarnya juga bukan miliknya.
“Kau ni agak-agaklah doh! Kedekut gila dengan aku” kedengaran suara Ayie apabila pintu biliknya dikuak. Kedua-dua sahabatnya sedang berebutkan sesuatu namun dia malas mahu ambil tahu. Kepalanya masih sakit namun dia benar-benar lapar. Dari semalam petang perutnya masih belum di isi. Semua gara-gara rancangan asalnya yang ingin keluar makan dengan Mira.
“Zaf! Meh sini duduk” ajak Aqiem apabila terpandang kelibatnya.
“Errr, sape yang tukarkan baju aku semalam?” soalnya sedikit malu.
“aku! Baju kau bau dah kot. So, aku tukarlah. Aku tak de buat benda-benda lain ar. Kau jangan risau” ujar Aqiem berseloroh membuatkan Ayie ketawa terbahak-bahak.
“Dia risau keterunaan dia dicabul. Dah kitaorang gurau je Zaf. Makan-makan” ujar Ayie lagi. Tengku Dzafril Haidhar sekadar tersengih.
“apa ar korang. Lapar seh” ujar Tengku Dzafril Haidhar sebelum menyuap makanan ke mulutnya.
“woi! kau dah baca doa belum!” pekik Ayie tiba-tiba membuatkan Aqiem tersentak tanda terkejut.
“Terkejut aku kau tiba-tiba jerit. A’ah Zaf. Kau baca doa dulu” ujar Aqiem
“Dahlah. Aku baca bismillah dah. Haha” ketawa Tengku Dzafril Haidhar. Suasana meriah begitu tidak pernah dikecapinya ketika berada di rumah. Selalunya dia hanya makan bersendirian. Berlainan ketika berada di rumah Aqiem. Pasti ada sahaja lawak yang muncul dari mulut mereka.
“Zaf, aku nak tanya sikit boleh?” soal Aqiem membuatkan Tengku Dzafril Haidhar berhenti menyuap. Dia memandang wajah serius milik sahabatnya.
“Apa dia? ” soalnya. Sempat dia memandang wajah Ayie yang turut memandangnya.
“Betul ke kau dah bertunang” soal Aqiem meminta kepastian. Tengku Dzafril tersedak apabila perkataan ‘tunang’ terkeluar dari mulut Aqiem. Cepat-cepat dia menyambar air di hadapannya dan meneguk. Aqiem menepuk-nepuk belakang badannya.
“A’ahlah. Semalam kau cakap kau dah bertunang. Betul ea?” soal Ayie pula. Juga bertanyakan soalan yang sama. Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak mula berfikir namun setelah lama berdiam diri, akhirnya dia mengangguk-angguk perlahan.
“yup. Dah bertunang tapi aku tak akan kahwin dengan perempuan tu?” ujar Tengku Dzafril Haidhar.
“Eh kenapa pulak? Baguslah dah ada tunang. Kenapa tak nak kahwin pulak?” soal Ayie.
“Aku tau. Mesti tunang kau tu tak cantik kan. Tu pasal la kau tak nak” sampuk Aqiem.
“aku tak pernah jumpa dia pun” balas Tengku Dzafril Haidhar. Aqiem berhenti menyuap. Pandangannya dihalakan seratus peratus ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sedang makan.
“Habis? Tak pernah jumpa? Aku tak faham” ujar Aqiem
“Bapa aku yang tunangkan aku dengan perempuan tu. Tapi aku tak pernah jumpa dia pun, kenal lagi lah tak. So, jangan harap la aku nak kahwin dengan dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar.
“Kalau dia cantik macam mana? Kau nak ke lepaskan perempuan cantik?” ujar Ayie pula.
“Even dia cantik macam bidadari pun, aku tak akan kahwin la dengan dia” ujar tengku Dzafril Haidhar.
“Fuh, gilalah kau ni. Kalau dia cantik pun tak nak kahwin. Sekarang cakap boleh lah. Cuba tengok dia depan. Mari mari! Haa masa tu baru kau boleh cakap poyo macam ni” ujar Aqiem pula.
“tapi kalau cantik, perangai gedik, tak gunalah. Aku anti betul la perempuan gedik-gedik ni” balas Ayie. Tengku Dzafril Haidhar.
“Haa, tau tak apa. Aku setuju dengan kau Yie” sokong Tengku Dzafril Haidhar.
“Haha. Poyo je lebih mamat ni” sokong Ayie. “budak tu kaya ke? Budak KL jugak?” soal Ayie pula.
“Anak dato’. Lagipun dia anak kawan papa aku, tapi aku tak pernah jumpa dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar memberi penjelasan.
“Oh anak Dato’. Apasal pula tak pernah jumpa. Kata kawan bapak kau. Eh silap…. Anak kawan bapak kau. Tak kanlah tak pernah jumpa sekali pun?” soal Aqiem.
“kecik-kecik dulu adalah tapi dah besar-besar mana ada. Lagipun dia duduk London la. Tak duduk sini” ujar Dzafril.
“Oh duduk sana. Eceh, kita ni dah masuk bab interview tunang Zaf pula. Sorry Zaf. Nak kenal-kenal je. Tak ada niat lain” ujar Aqiem.
“Korang pehal seh” ujar Tengku Dzafril Haidhar
“Yelah, takut la kau marah, kita orang tanya banyak-banyak pasal tunang kau” ujar Ayie pula.
“tak ada pasal la aku nak marah pulak. Sikit pun aku tak ambil peduli lah dengan dia. Yang penting, aku akan pastikan perkahwinan tu……..gone” ujarnya lantang. Aqiem menoleh ke arah Ayie.
“Aku pelik la dengan kau. Apsal kau anti sangat ek dengan perkahwinan. Aku rasa, semua orang nak berkahwin, kau je yang tak nak” ujar ayie.
“kau orang lain. Aku lain. Bagi aku, perkahwinan tu just satu konsep yang nak mengikat orang. Aku suka hidup bebas, yie. Tak suka hidup terikat macam tu” balas Tengku Dzafril Haidhar.
“Tak elok kau cakap macam tu la Zaf. Nabi tak mengaku umat, orang yang tak nak berkahwin. Lagipun, aku tak rasa perkahwinan tu satu konsep. Perkahwinan tu satu jalan nak bergaul dengan perempuan secara halal kau tahu”
‘Eh betullah. Aku pernah dengar dulu. Ustazah aku kat sekolah agama tu cakap camni juga” ujar Ayie menyokong kata-kata Aqiem.
“Entahla, apa yang penah jadi dekat aku buat aku rasa tak percaya dengan konsep perkahwinan tu. Kau orang pun tahu pasal parent aku, keluarga aku macam mana. So aku tak pernah rasa, perkahwinan satu benda yang perlu dalam hidup aku” balas Tengku Dzafril Haidhar.
“memanglah Zaf. Bagi kau sekarang, kau ada semua. Cukup. Harta, pangkat, perempuan, rupa dan kau mungkin tak sedar, ada benda yang sebenarnya still tak cukup lagi. tapi suka hati kau la Zaf. Tak tahu macam mana lagi aku nak tolong ubah fikiran kau ni” ujar Aqiem sambil ketawa kecil membawa pinggannya ke dapur meninggalkan Dzafril dan Ayie berdua.
“nama dia kau tahu? Tak kan tak tahu kot?” soal Ayie cuba menukar sedikir arah perbincangan.
“Larra” ujar Tengku Dzafril Haidhar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar