Novel : Aku, kau, kita 11
“Angah nak ke mana tu?” Puan Rohani menegur anaknya yang sedang memakai kasut di anak tangga.
“Angah nak joging la ma…dah biasa sangat kat sana, pagi-pagi Angah joging, kalau tak joging rasa macam nak demam,” beritahu Adam dan menyambung mengikat tali kasut sukannya itu.
“Pulak? Ma ingat Angah nak ke mana tadi? Sorang saja ke?” tanya Puan Rohani lagi.
“Yalah…habis tu nak ajak siapa, adik pun tak bangun tidur lagi, takkanlah nak ajak kakak pulak kot,” Adam sempat bergurau dengan ibunya itu. Puan Rohani tersenyum mendengarnya. Anak Sulungnya masih lagi ada di rumahnya. Memandangkan sekarang waktu budak-budak cuti sekolah, anak sulungnya itu mengambil cuti lagi dua tiga hari. Suaminya dah pulang sebaik sahaja selesai kenduri semalam. Katanya dia tak dapat cuti.
“Kenapa tak pergi ajak Yat ke, Edi ke? Manalah tahu dia orang nak ikut, tak adalah Angah boring sangat berjoging,” Puna Rohani memberikan cadangan. Adam terdiam seketika, memikirkan cadangan yang baru dikemukakan oleh ibunya tadi. Kemudian dia tersenyum.
“Yat…mati hidup semula pun dia tak nak ikut ma…ma kan tahu dia tu macam mana….takkannya dia bangun pagi-pagi macam ni, entah-entah dalam kain selimut lagi…kalau Edi tu tak tahulah kan, tapi tak apalah ma…Angah boleh joging sorang…lagipun Angah nak joging, bukan nak berbual, ok la ma…Angah pergi dulu ek!” selepas meminta diri Adam terus sahaja turun dan menuju ke jalan raya di hadapan rumahnya. Dia bercadang untuk joging di sepanjang jalan menuju ke sawah padi dan sungai tempat dia bermain waktu kecil-kecil dahulu, tentu udara di sana segar waktu-waktu pagi begini.
Adam berlari menyusuri jalan di sepanjang tali air. Tekaannya tepat, dia dapat menghirup udara yang cukup segar. Tambahan pula dia dapat melihat sawah padi yang menghijau dengan cahaya matahari yang baru memancar, dia terpesona seketika, sudah agak lama dia tak melihat itu semua. Dia berhenti seketika dan menarik nafas sedalamya.
“Hai…gaya kau dah macam pelancong yang baru pertama kali melihat sawah padi,” tetiba sahaja dia terdengar suara menegurnya. Adam sedikit terperanjat. Dia cuba mencari arah suara tersebut. Dan ternyata dia terlihat seseorang yang sedang duduk berehat di tepi longkang besar sambil mendengar MP3.
“Aku mengigau ke apa ni? Kau ke tu Nurul, sejak bila pula kau suka bangun pagi, setahu aku sejak kecik kau tak suka bangun pagi, nak pergi sekolah pun kau selalu bising ngan Mak Long dulu, kau ok ke?” Adam cuba membalas kembali perlian Yat kepadanya sebentar tadi. Dia langsung tak menyangka akan melihat gadis tersebut di situ awal pagi begini.
Yat merengus. Ni yang dia malas sangat nak tegur lelaki itu. Ada sahaja ayat yang keluar dari mulut Adam yang menyakitkan hatinya. Kalau dia tahu dia akan bertemu dengan lelaki tersebut pagi ini, sumpah dia membatalkan niatnya untuk berjoging pada pagi itu. Sebenarnya dia sudah terbiasa joging dahulu pada waktu pagi sebelum ke bengkel untuk memastikan badan dia sentiasa segar dan bersemangat. Kalau dia duduk sahaja di rumah menunggu saat nak ke bengkel jawabnya dia masuk semula ke dalam kain selimut untuk sambung tidur. Silap hari bulan bengkel entah ke mana, dia sendiri pun entah ke mana.
“Itu dulu, manusia boleh berubah what?” Yat membalas ringkas. Dia mematikan MP3 nya. Kalau ikutkan hatinya ingin sahaja dia kuatkan volume MP3nya dan buat tak tahu sahaja dengan kewujudan Adam di situ.
“Memanglah manusia boleh berubah…tapi untuk gadis yang bernama Nurul Hidayat ni…entahlah, susah untuk aku percaya, kau ngigau semalam ek? Ataupun kau sengaja nak joging pagi ni sebab nak jumpa aku…hehe, kau rindu kat aku ek?” Adam suka sangat menyakat gadis itu. dia sebenarnya suka melihat wajah Yat merona kemerahan menahan kemarahan.
“Ya Allah, tolonglah…malas la aku nak layan kau, baik aku sambung joging, buat sakit hati je….kalau aku tahu kau ada kat sini, tobat aku tak nak joging pagi ni,” Yat terus sahaja mengenakan kembali cap kekepalanya dan bangun meneruskan lariannya. Dia tak sanggup untuk berada di situ dengan lebih lama. Silap hari bulan, ada juga orang yang makan penumbuknya nanti.
“Nurul….aku gurau je la, takkanlah tu pun nak ambil hati kot?” laung Adam, kemudian dia turut berlari mengejar gadis yang semakin jauh meninggalkannya.
Sekejap sahaja dia dapat mengejar Yat. sekarang mereka beriringan berlari anak menyusuri tali air. Yat hanya berlari tanpa menoleh sedikit pun pada Adam yang sedang memandangnya di sebelah ketika itu.
“Kau ni sensetif sangat la….aku gurau je, bukannya serius pun,” ujar Adam. Yat hanya memekakkan telinganya walaupun dengan jelas dia mendengar apa yang dicakapkan oleh Adam.
“Nurul….ala kau ni….
“Aku malas la bercakap dengan kau, buat sakit hati je…baik aku joging, pas tu balik rumah, mandi, sarapan, pas tu pergi bengkel, ada juga hasilnya,” Yat bersuara dengan termengah-mengah. Dia sedikit kepenatan kerana berlari terlampau laju sebentar tadi. Ingatkan Adam tak mampu untuk mengejarnya alih-alih lelaki itu sudah berada di sisinya.
“Alah, sekali sekala aku nak bergurau dengan kau, takkan itu tak boleh kot, kau kan suka gurauan, aku suka bila kau balas balik kata-kata aku,” Adam berterus terang. Serentak dengan itu Yat memberhentikan langkahnya. Dia memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Inilah kali pertama dia merenung tajam ke dalam mata Adam dengan agak lama. Kemudian dia melarikan pandangannya dan menggaru kepala yang tak gatal. Adam hanya tersengeh. Dia tahu gadis itu mula tak keruan dengan perangainya.
“You know what…baik kau balik, lepas tu kau tidur…aku rasa kan kau ni dah terkeliru antara malam dan siang, sebab dekat US sekarang ni, masa untuk tidur!” sebaik sahaja dia habis berbicara dia berlari sepantas mungkin. Dalam masa yang sama dia tersenyum. Sesungguhnya lelaki itu tak pernah berubah sedikit pun. Suka sangat menyakatnya dan suka sangat melihat dia marah.
“Mungkin betul jugak apa yang kau cakap tu….entah-entah sekarang ni aku tengah bermimpi kot…dalam mimpi aku terjumpa dengan seorang gadis….muka dia Ya Allah cukup menyeramkan macam muka kau sekarang ni,” entah bila Adam mengejarnya dia sendiri pun tak sedar. Malah lelaki itu terus sahaja melarikan diri sebaik sahaja dia menghabiskan ayat yang terakhir.
“Adam!”
Yat terus sahaja mengejar Adam yang sudah jauh meninggalkannya.namun dia dapat mendengar dengan jelas lelaki tersebut ketawa terbahak-bahak. Gembira kerana dapat menyakatnya lagi.
“Ok dah! Aku dah penat…kita sambung kejar-mengejar ni lain kali ek?” Adam akhirnya berhenti berlari. Dia tercungap-cungap sambil mengurut dadanya yang terasa sedikit sakit. Dia bukannya selalu berlari selaju itu.
“Tahu pun penat…buat aku marah tak penat?” Yat turut tercungap-cungap.
“Eh…benda tu mana penat, malah aku suka sangat!” Adam ketawa lagi. Yat merengus. Boleh gila dia kalau terus melayan lelaki yang bernama Adam. Dia tak tahu lagi macam mana dia nak suruh Adam berhenti dari terus membuat dia marah.
“Eiii….boleh gila aku layan kau tahu tak! Baik aku balik!” Yat terus meninggalkan Adam.
“Hei..tunggulah dulu, aku pun nak balik jugak….tapi nak balik rumah je lah, aku tak nak gila macam kau! Hehe”
“Ya Allah Ya Tuhanku…Kau kuatkanlah iman aku, ada juga manusia yang nak kena bunuh hari ni!” Yat bersuara sambil menadah tangan seperti betul-betul meminta pertolongan daripada Allah. Serentak dengan itu Adam ketawa terbahak-bahak. Dia tahu gadis itu langsung tak bermaksud dengan apa yang dicakapkannya.
“Tapi kan…betul ke kau nak bunuh orang ni…siapa? Aku kenal ke orang tu?” Adam masih belum mahu berhenti dari terus mengusik Yat. Dia betul-betul rindukan wajah yang sedang menahan kemarahan itu. Malah kali ini dia dapat melihat wajah itu dengan jelas sekali. Dia bahagia seketika.
“Dahlah Adam…penat aku nak layan kau tahu tak? Dari kecik sampai ke besar…perangai kau Ya Allah….tak pernah nak berubah!”
“Yalah-yalah! Aku berhentilah…aku pun dah penat jugak usik kau…tapi untuk hari ni jelah..to be continued………
“Adam!”
“Ya-ya….aku berhenti….aku resign!” Adam mengangkat kedua belah tangannya tanda dia mengalah. Dia tersengeh memandang ke arah Yat yang masih menjeling tajam ke arahnya. Kemudian mereka beriringan pulang.
Namun dalam perjalanan pulang mereka langsung tak bercakap. Masing-masing melayan perasaan. Adam dengan dunianya manakala Yat dengan dunianya yang tersendiri. Sedar tak sedar mereka sudahpun sampai ke rumah Yat. Rumahnya pula selang tiga buah rumah sahaja.
Yat hanya berjalan masuk ke perkarangan rumahnya tanpa sepatah kata apa pun. Adam pula hanya memerhati. Kemudian dia tersenyum.
“Nurul!”
“Ada apa lagi?” Yat menoleh.
“Nanti…petang-petang karang ke…aku minta balik ek?” bicara Adam. Yat mengerutkan dahi. Langsung tak mengerti dengan apa yang dibicarakan oleh Adam.
“Minta balik apa?”
“Kan tadi aku dah resign…jadi aku nak mintak la balik kerja aku nak menyakat kau!” serentak dengan itu Adam ketawa besar. Yat pula terus sahaja mengutip batu yang berada di sekitar dan terus dilempar dengan laju. Nasib baik Adam sempat melarikan diri. Kedengaran jelas suara lelaki itu ketawa. Kemudian Yat tersenyum sendiri.
“Nasib baiklah kau lelaki yang bernama Adam!” Yat bersuara sendiri dan melangkah menuju ke arah tangga rumahnya.
**************
Yat sedang termenung sendirian di bawah pokok besar yang terdapat di hadapan bengkel Edi. Dia lebih selesa menghabiskan masanya di bawah pokok tersebut apabila tiba waktu rehat. Di bawah pokok tersebut dia dapat menghirup udara yang cukup segar. Sekurang-kurangnya angin yang bertiup dapat menghilangkan sedikir rasa penatnya setelah bekerja tanpa henti sejak dari pagi.
“Jauh kau termenung….apa yang kau fikirkan?” Tanya Edi yang tiba-tiba datang sambil menghulurkan sebotol air mineral sejuk kepadanya. Yat menyambut sambil tersenyum. Soalan Edi hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan.
“Eh…kalaulah ditakdirkan aku tak dapat kerja, boleh tak kalau aku terus kerja kat sini?” Tanya Yat. Sebenarnya dia takut untuk memikirkan kebarangkalian tersebut. Edi tersenyum kemudian terus sahaja duduk di sisi Yat di atas kekuda panjang yang terdapat di bawah pokok tersebut.
“Ni kenapa pulak tetiba tanya soalan yang macam tu? Aku percaya satu hari nanti pasti kau akan dapat kerja..percayalah cakap aku, kalau bengkel-bengkel besar kat KL tu tak nak ambil kau kerja, memang dia orang rugi besar…malah aku sendiri pun rasa berat nak lepaskan kau nanti, tapi apa boleh buat, dengan kelulusan yang kau ada tu kau layak untuk dapat yang lebih baik lagi….kau jangan la bimbang sangat ok!” Edi cuba untuk menceriakan sepupunya itu yang sedikit muram sahaja hari ini, namun dia memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh Yat yang sentiasa komitmen dengan kerja yang dikaukannya.
“Entahlah..aku pun sebenarnya malas nak fikirkan semua ni, tapi…kau tahulah kan, aku dah banyak susahkan mak dan ayah aku, dia orang dah berabis banyak sangat nak sekolahkan aku sampailah aku ke tahap sekarang ni, tapi kau tengoklah, aku still tak boleh nak balas jasa mereka lagi…kecewa tau tak!” Yat meluahkan apa yang dirasakan olehnya selama ini.
“La….itu rupanya yang kau fikir, tapi aku rasa Pak Long ngan Mak Long faham dengan situasi kau ni, kau pun tak nak semua ni kan…tapi kau kena percaya, rezeki tu kadang-kadang susah untuk kita dapat…tapi kau kena ingat jugak rezeki ada kat mana-mana, kalau kau tak berjaya dapatkan kerja dekat KL manalah tahu kau dapat kerja kat tempat lain pulak, siapa yang tahu kan!” Edi bersuara lagi. Yat hanya tersenyum sambil mengangguk.
“Eh, pagi tadi mak aku cakap dia nampak kau dengan Adam tengah joging, betul ke?” Tanya Edi. Yat terus sahaja memandang ke arah sepupunya yang berada di sebelah.
“Mana ada…aku joging sorang je, dia yang datang menyibuk!” jawab Yat sambil mencebik.
“Baguslah tu, sekurang-kurangnya apa yang Pak Long bimbangkan selama ini tak benar kan! Kau dengan Adam ok je,” Ujar Edi.
“Memang kita orang ok je…kau ngan ayah saja yang fikir benda yang bukan-bukan, bukannya nak tanya pada aku dulu sebelum buat kesimpulan,” ngomel Yat walaupun jauh di sudut hatinya dia masih belum dapat memaafkan Adam sepenuhnya. Biar dia seorang sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi antara dia dengan Adam. Walaupun dia pasti adam langsung tidak tahu menahu apa sebenarnya yang berkau, tetapi peristiwa itu masing utuh dalam ingatannya.
“Eh, Adam balik kampung ni berapa lama? Maksud aku dia nak kerja kat mana pulak lepas ni?” Tanya Yat. Sebenarnya dia nak tanya solan tersebut kepada Adam sendiri namun tak berkesempatan.
“Kenapa pulak tanya aku? Kau tanyalah Adam sendiri,” jawab Edi. Yat henya mencebik. Dia sudah menjangka jawapan yang bakal keluar dari mulut Edi.
“Ala…bukan aku tak nak tanya…kau tahu sajalah Adam tu….kalau jumpa aku tak habis-habis nak menyakat aku, nak tanya soalan pun tak sempat,” Jawab Yat, air mineral yang dari tadi asyik dipegang terus sahaja dibuka dan diteguk perlahan.
“Sebenarnya aku pun kurang pasti jugak, tapi katanya memang dah ada syarikat yang nak ambil dia kerja, tunggu dia lapor diri je,”
“Oo..patutlah….kat mana?” Tanya Yat lagi.
“Entah…aku pun tak tahu pasal tu, ala…kau tanyalah dia sendiri nanti,” jawab Edi. Yat hanya tersenyum. Jauh di sudut hatinya ada sedikit perasaan cemburu. Apa tidaknya, sepupunya yang seorang itu pasti mudah mendapatkan sesuatu sejak dari kecil lagi. Sekarang ini pun tetap sama, Adam mudah sahaja mendaptkan pekerjaan di mana sahaja dia berada. Dia tahu, seorang architect yang berbakat seperti Adam sudah tentu menjadi rebutan mana-mana syarikat kejuruteraan. Tambahan pula, lelaki tersebut sudah mencipta nama di US pada usia yang cukup muda.
Yat menoleh ke arah jalan raya setelah dia terdengar deruman kereta yang cukup manarik perhatian orang ramai. Yat mengerutkan dahinya. Sepertinya dia pernah lihat kereta tersebut dan akhirnya dia tersenyum dalam masa yang sama ada sedikit perasaan cemas. Edi masih lagi cuba mengingati kembali gerangan kereta yang baru masuk ke perkarangan bengkelnya itu.
*****************
Daniel sedikit cemas. Dia tak tahu alasan apa yang harus dia berikan kepada Yat mengenai kedatangannya pada hari ini. Sebaik sahaja dia mematikan enjin kereta kelihatan gadis tersebut sudah berjalan ke arah keretanya sambil tersenyum. Senyuman itu adalah salah satu penyebab yang menarik kedatangannya ke situ.
Daniel terus keluar dari perut kereta sambil tersenyum. Kemudian dia mengangkat tangan kepada Yat.
“Hai….”
“Hai…” Daniel terus sahaja membalas sapaan gadis tersebut. Perasaannya bercampur dengan cemas walaupun hatinya kegirangan apabila dapat bertemu dengan gadis yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupannya seharian semenjak pertemuan di bengkel dahulu.
“Kereta rosak lagi ke?” Tanya Yat walaupun dia tahu kereta lelaki tersebut langsung tak rosak.
“Kereta tak rosak, sejak awak baiki hari tu…Alhamdulillah still ok je…sekarang saya yakin awak memang seorang mekanik yang berkebolehan,”Ujar Daniel. Hatinya berbunga keriangan ketika itu. Entah kenapa, wajah gadis tersebut menyebabkan dia lupakan siapa dirinya buat seketika. Apa yang dia tahu dia ingin terus berbual dengan gadis tersebut.
“Oo…jadi sebelum ni awak tak yakin la ek?” Yat cuba menduga. Dia tahu pasti lelaki itu akan cemas buat seketika dengan gurauannya sebentar tadi. Malah dia sendiri suka melihat wajah lelaki itu yang pasti akan menjadi kemerahan apabila disakat.
“Ha…sebelum ni pun yakin juga….awak…saya ganggu awak ke?” Tanya Daniel sedikit gementar. Tutur caranya mulai tersekat-sekat.
“Tak…langsung tak ganggu, tadi saya tengah rehat, berbual sekejap dengan sepupu saya,” ujar Yat. Kemudian kelihatan Edi berjalan menuju ke arah mereka. Yat tahu sepupunya itu datang hanya sekadar mahu bertegur sapa dengan Daniel. Namun jauh di sudut hati Yat di kala itu dia berharap sangat janganlah Adam muncul tiba-tiba di bengkel tersebut. Dia malas mahu menjawab soalan yang bukan-bukan yang akan disoal oleh lelaki tersebut nanti.
“Hai…macam mana kereta ok ke?” Tanya Edi sambil menghulurkan tangan dan Daniel menyambut salam tersebut.
“Ok…terima kasih sekali lagi,” Daniel menjawab sambil tersenyum. Inilah kali pertama Edi melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki kacukan Inggeris tersebut. Boleh tahan rupa paras lelaki tersebut bila dia tersenyum. Patutlah sepupunya itu sering memuji paras rupa lelaki tersebut sebelum ini. Mungkin disebabkan lelaki tersebut tidak menguntumkan senyuman dan kurang bercakap sewaktu mereka bertemu dahulu, Edi tidak dapat melihat kelebihan yang ada pada lelaki tersebut.
“Oh ya Yat….kalau ya pun jemputlah dia ke dalam bilik rehat, sejuk sikit,” pinta Edi. Di kala itu barulah Yat teringat mereka sedang berbual di bawah cahaya matahari dan barulah dia terasa bahang kepanasan di kala itu.
“Tak apalah, saya pun singgah sekajap saja ni, saya nak balik rumah datuk dan nenek saya dekat kampung sebelah,” ujar Adam. Kalau diikutkan hatinya memang dia mahu berbual lama dengan gadis itu. Namun disebabkan kedatangannya hari ini telahpun diketahui oleh datuk dan neneknya terpaksalaha dia membatatalkan niatnya itu. Dia tidak mahu datuk dan neneknya risau tentangnya pula sekiranya dia lambat sampai.
“Oh….datuk awak dekat kampung sebelah,” Yat bersuara. Sebelum ini dia belum pernah bertanya kenapa lelaki tersebut boleh sampai ke situ.
“Ye ke? Jadi awak ni cucu Tuk Sein ek?” Edi cuba meneka. Dia tiba-tiba teringatkan orang kaya yang berketurunan British yang tinggal di kampung sebelah. Tambahan pula Tuk Sein memang terkenal dengan sikap pemurah dan suka menolong orang kampung.
“Ya saya….awak kenal dengan datuk saya ke?”
“Siapa yang tak kenal dengan Tuk Sein…la rupanya awak ni cucu dia, patutlah awak boleh sampai ke sini,” Edi mulai mesra dengan Daniel. Tambahan pula Daniel merupakan anak jati Johor juga. Yat pula mengerutkan dahinya kerana langsung tak faham dengan perbualan yang berlaku di antara Edi dan juga Daniel. Dia sendiri hairan melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Edi dan juga Daniel.
“Tuk Sein…siapa Tuk Sein? Macam pernah dengar je?” Yat bersuara. Otaknya ligat sedang memikirkan sesuatu di kala itu. Kenapa dia rasa dia kenal denga leleki yang baru sahaja disebut oleh sepupunya sebentar tadi.
“Ala…kau ni kan Yat, Tuk Sein takkan kau tak kenal…kita kan selalu panjat pokok rambutan dia waktu kecil-kecil dulu kalau kita berjalan kat kampung sebelah…kan Tuk Sein selalu marah kita sebab selalu sangat makan buah rambutan dia tanpa kebenaran…kan dia cakap kalau nak makan minta kebenaran dia dulu,” panjang lebar Edi memberikan penerangan supaya sepupunya itu mengingati kembali peristiwa yang berkau sewaktu mereka kecil-kecil dahulu.
“Tuk…Tuk…Tuk Sein tu ke?” Yat mulai tergagap-gagap. Dia langsung tak menyangka lelaki yang sedang berdiri di hadapannya di kala itu merupakan cucu kepada Tuk Sein. Lelaki yang selalu memarahi dia dengan sepupu-sepupunya setiap kali mereka curi-curi makan buah-buahan di kebun lelaki itu.
“Habis tu Tuk Sein mana lagi,” sambung Edi. Yat tersengeh memandang Daniel yang sedang tersenyum nakal memandangnya.
“Jadi dia ni……..
“Budak lelaki yang kau selalu cakap dia sombong dan berlagak…lepas tu….
Serentak dengan itu Yat terus sahaja menutup mulut sepupunya dan dia hanya tersengeh memandang Daniel. Mukanya terasa panas menahan malu yang teramat sangat. Kenapalah dunia begitu kecil sehinggakan dia boleh bertemu dengan budak lelaki yang paling dia benci zaman kanak-kanak dia dulu.
“Nanti kejap….awak ni budak perempuan tomboy yang suka sangat masuk kebun atuk saya masa kecik-kecik dulu ek…yang pernah jatuh pokok sebab terkejut bila dengar suara saya menjerit panggil atuk saya ek?” kini giliran Daniel pula yang mulai teringat peristiwa zaman kanak-kanaknya dahulu. Yat terkaku. Perasaan malu yang diarasainya di kala itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Ha…ingat pun!” Edi bersuara sambil ketawa.
“Mana ada…tu bukan saya, orang lain tu…awak silap orang kot,” ayat terus sahaja menafikan. Waktu itu dia merasakan semua darahnya sudah naik ke muka. Mahu sahaja dia melarikan diri dan sembunyi di mana-mana agar lelaki itu tidak dapat melihat wajahnya yang sedang menahan malu waktu itu.
Sebaik sahaja melihat wajah Nadia, Daniel terus sahaja tergelak kuat. Dia langsung tidak menyangka rupa-rupanya gadis yang dahulunya begitu anti dengannya sedang berdiri di hadapannya di kala itu.
“Tak sangka saya, rupa-rupanya dunia ni kecil saja kan, siapa sangka sebelum ni kita pernah bertemu, patut la saya rasa macam selesa saja berbual dengan awak masa kita makan bersama hari tu,” Daniel tersenyum girang. Yat pula dari tadi asyik tertunduk. Dia sudah tidak sanggup mengadap muka Daniel di kala itu.
“Makan? Makan kat mana? Awak berdua dah keluar bersama ke?”
soal Edi dalam masa yang sama matanya menjeling tajam pada Yat yang sudah menggaru-garukan keplanya yang tidak gatal. Aduh! Matilah dia kali ini. Yat bersuara dalam hati.
“Hari tu kami bertemu kat KL…alang-alang saya belanjalah dia makan, bukan apa sekadar nak ucapkan terima kasih sebab dah baiki kereta saya hari tu,” Danile sekadar berterus terang. Yat pula hanya mampu mendiamkan diri. Nasib baiklah dia belum mengenali Daniel dengan begitu rapat. Kalau tidak sudah tentu dia alan menerkam dan menutup mulut Daniel. Jelingan yang dilemparkan oleh Edi kepadanya di kala itu pula makin menyeramkan.
“Oo..patut la seronok pergi ke KL walaupun apa yang dia nak tak dapat?” perli Edi. Dengan pantas tangan Yat menampar lengan Edi.
“Kalau macam tu tak apalah, saya kena pergi dulu nanti tertunggu-tunggu pula datuk dengan nenek saya, nanti kalau ada masa saya kenalkan awak dengan mereka,” Daniel menguntumkan senyuman manisnya kepada Yat yang mulai tidak keruan di kala itu. Dari tadi dia tidak boleh duduk diam. Tangannya sering kali menggaru-garukan kepalanya yang langsung tidak gatal.
“Insya-Allah,” hanya ayat itu sahaja ayat yang mampu keluar dari mulut Yat.
“I got to go!” Daniel terus sahaja menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Edi dan kemudian bersalaman dengan Yat. Wakah gadis itu direnung dengan renungan yang boleh membuatkan nafas Yat semakin sesak. Tidak tahu mengapa. Sama ada senyuman lelaki itu sememangnya manis dan menawan ataupun sama ada dia tidak biasa bila dia merasakan ada sesuatu pada renungan Daniel itu.
****************
Adam melangkah perlahan menuju ke arah bengkel. Sebaik sahaja dia melihat kereta Ferrari merah itu berlalu dia terus meyambungkan langkahnya. Ada sedikit perasaan yang tidak menyenangnkan di situ. Siapa lelaki itu ? Mengapa dia merasakan lelaki itu ada maksud yang tertentu.
“Adam? Kau buat apa kat sini?” soal Edi sebaik sahaja dia menoleh dan terpandangkan Adam yang sedang melangkah perlahan menuju ke arahnya. Adam melemparkan senyuman hambar kepada sepupunya.
“Dia boring la tu. Tak pun dia sengaja datang nak tengok aku ni boleh buat kerja ke tak, yalah, sejak dulu lagi kan dia tak yakin yang aku boleh buat kerja ni,” Yat bersuara sinis dan terus melangkah meninggalkan Edi dan Adam diikuti dengan satu rengusan kecil.
“Kau datang jalan kaki ke? Kenapa tak call aku, aku boleh pergi ambik kau kalau aku tahu kau nak datang sini,” ujar Edi. Dia terus memaut bahu Adam dan mereka beriringan berjalan menuju ke dalam bengkel.
“Aku saja je nak jalan kaki. Bolehlah ambil angin kat kampung. Boleh tahan jugak bengkel kau ni kan,” Adam terseyum hambar. Perasaannya masih lagi tidak tenang ada sesuatu yang ingin ditanyakan olehnya namun mulutnya masih belum bersedia untuk bertanyakan soalan tersebut.
“Boleh la Dam, rezeki aku kat sini. Tapi kan nasib baik jugalah Yat sudi nak tolong aku sementara dia tak dapat nak cari kerja ni,” Edi melabuhkan punggung di kerusi yang ada berhampiran dengan tempat Yat sedang melakukan kerja. Sekali sekala dia dapat melihat yat menjeling tajam pada dia dan juga Adam.
“Yat tak dapat kerja lagi ke?” soal Adam. Dia turut melabuhkan punggung di sisi Edi.
“Aku tak hebat macam kau. Kau balik Malaysia ni pun dah ada company yang tunggu kau. Aku ni kena round satu Malaysia semata-mata nak dapatkan kerja, tu pun belum tentu dapat lagi” Yat menjampuk kuat dari jauh. Dia dapat mendengar dengan jelas soalan yang baru sahaja dikemukan oleh Adam. Edi mulai geram dengan sikap Yat yang seakan-akan sengaja mahu mencari pasal dengan Adam.
“Yang kau nak emo mengalahkan perempuan monopose tu kenapa pulak Nurul? Aku just tanya je. Aku sikit pun tak bermaksud nak perli kau ataupun nak berlagak dengan kau,” Adam sedikit terasa dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Yat sebentar tadi. Dahlah perasaannya di kala itu sememangnya sudah tidak menentu ditambah pula dengan kata-kata Yat yang seakan-akan mahu mencari gaduh dengannya.
“Eleh, aku kenal sangat la dengan kau! Kau tak cakap pun aku tahulah kau memang nak berlagak dan sengaja nak perli aku!” Yat membalas kembali kata-kata Adam. Kali ini kata-kata Yat betul-betul membuatkan hati Adam begitu sakit.
“Kau ni kenapa? Kenapa kau selalu sangat fikir yang aku ni jahat sangat dengan kau!” Adam mulai berdiri mengadap Yat yang kebetulan turut memandang ke arahnya.
“Ok. Stop it! Apa kena dengan korang berdua ni? Kau orang memang ada masalah ke apa? Benda kecil pun nak dibawa bergaduh tu kenapa?” Edi cuba untuk menenangkan keadaan yang semakin tidak terkawal.
“Kau tanya Nurul ni la. Aku boleh nampak la dia memang tak suka aku ni balik kampung,” suara Adam agak kasar.
“Tahu pun!” Yat menjawab pendek.
“Yat! Kau ni kenapa? Dah! Jangan nak bergaduh tak tentu pasal. Kau pun Adam macam tak kenal pula dengan sepupu kau yang seorang ni. Kau buat tak dengar je apa yang dia cakap tu. Kau tahulah Yat tu. Kalau tak menyakat orang bukannya boleh duduk,” Edi mengeluh seketika. Pening dia dengan gelagat sepupunya itu.
“Aku nak balik la. Panas la duduk kat sini,” Adam akhirnya mengalah. Semakin lama dia duduk di situ tahap kesabarannya semakin menipis.
“Baliklah! Ada aku kisah!” yat membalas lagi. Kali ini Edi hanya mampu menjeling tajam pada Yat, namun gadis itu sekadar mencebik.
Adam melepaskan rengusan kecil. Dia berjalan menghampiri Yat. Gadis itu direnung seketika. Namun Yat terus menyambung kerjanya tanpa mempedulikan Adam yang semakin menghampirinya.
“Kau nak apa? Kata tadi nak balik? Blah la!” halau Yat apabila dia menyedari kehadiaran lelaki itu.
“Aku tak tahu apa yang aku menyebabkan kau marah sangat dengan aku, tapi aku pasti akan dapatkan jawapannya nanti. Apa yang aku tahu. Kau Nurul Hidayat. Sejauh mana kau bencikan aku, tak sukakan aku. Kau tak akan dapat lari jauh dari aku! Percayalah kata-kata aku ni” kata-kata yang terkeluar dari mulutnya hanya Adam sahaja yang faham dengan maksud di sebaliknya.
“Boleh blah!” Yat membalas dan terus melangkah meninggalkan Adam dan hilang di balik bilik perlatan bengkel.
Edi yang menyaksikan pergaduhan di antara sepupu-sepupunya itu hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Tetapi dia tahu mesti ada sesuatu yang telah berlaku yang menyebabkan Yat seakan-akan langsung tidak boleh bersua muka dengan Adam. Dia akan siasat perkara tersebut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar